Monday, March 15, 2010

::memori itu::



Bismillahirrahmanirrahim...

cuti2 y berlalu ni mbuatkan hati ini tsentuh...
ditmbah dengan kenangan time BIG.. suka tgk kwn2 y kreatif..
time kawan2 melakar n melukis logo utk bendera group msg2 sebenarnya hati anis membuak2..tgn ni rasa gatal je nak melukis tp entah kenape.. anis pendamkan je semo perasaan tu.. bila teringat balik kenangan belajar lukisan di perkampungan kraftangan dulu..
suka dan riangnya hati ... teringat dengan catitan anis suatu ketika dulu...


Aku semakin seronok belajar di kelas lukisan. Cikgu pula seorang yang agak lucu. Tapi perkara yang sukar dibendung ketika mula-mula belajar lukisan ialah sikap cikgu yang suka mengambil berus lukisan ditangan aku dan kawan-kawanku tanpa memberitahu dahulu. Kadang-kadang tu tersentuh tangan cikgu. Tapi lama-kelamaan perkara tersebut dapat diatasi. Perkara yang paling lucu adalah apabila cikgu memberi komen tentang lukisan aku.
Kadang-kadang tu aku rasa lukisan aku dah macam lukisan pelukis terkenal dah tapi bila tiba lukisan dinilai mulala cikgu dengan komennya yang mengatakan lukisan aku seperti sambal belacan la macam kari tak dimasak dengan cara yang betul. Tapi biasanya selepas dikritik dah mual tu barulah cikgu tanda last-last dapat A juga. Melukis memang perkara yang amat menghiburkan diriku…sampai sekarang pun aku suka melukis walaupun tak sehebat mana pun…
Perkara paling sedih ketika ting
katan lima ialah apabila cikgu memutuskan para pelajar tidak dibenarkan mengambil subjek pendidikan seni visual tahun tu. Aku memang salah seorang yang turut kecewa..hancurlah impian dan cita-citaku untuk menjadi pereka bentuk dalaman. Namun aku pasrah aku jadikan apa yang aku belajar selama ni sebagai ilmu tambahan..biarlah semua mungkin yang terbaik buat diriku.. aku mula memacak impian baru dalam diriku…”baiklah! anis kamu jangan kecewa mulai hari ini kamu bukan lagi seorang interior designer tapi seorang pakar dalam bahasa arab..ya! kamu akan mendalami bahasa arab” bisik hati kecilku. Ketika tu aku mula membuat perancangan untuk mengambil tingkatan enam bawah dan mengambil STAM untuk mendalami bahasa arab seterusnya ke Jordan atau mesir. Sebenarnya sampai sekarang aku ingin sekali ke ummul Qura tapi mana mungkin kerana untuk ke sana kita perlu ditemani muhrim..[kalau tak silap akula] takkan aku kena kahwin kot…Walaupun aku telah memasang niat untuk mengambil STAM namun SPM tidak aku abaikan . Aku lakukan dengan sebaiknya juga
Tingkatan enam memang saat paling gembira kerana disaat itu aku merasakan ketenangan dan ketika inilah perasaanku pada MMP tidak dapat aku gambarkan. Entah mengapa MMP yang dahulunya aku sendiri tidak mahu menjejakinya menjadi bumi kesayanganku…di sinilah banyak kenangan telah dilakar susah senang ..pendek kata semua memori memang menggamit perasaanku. ...

emm terlebih la plak ceritanya... tp y pasti seni masih lagi sebati dalam diriku..
kalau tgk nota2 anis time boring..pasti penuh dgn kartoon n lukisan.. hehe
tula rahsia ans x tido dlm kelas... disamping dpt mghilangkan mengantuk.. lukisan ni satu terapi jg..time2 sedih boleh release rs sedih tu.. k,la.. anis pon x tau nak tulis apa lagi...

4 comments:

sm@ll sOul said...

assalamualaikum sahabatku..
salam ziarah..

alhamdulillah, 0k la, ALLAH kn0ws the best 4 us...redha dan pasrah..kita hanya mampu mrancang, slbhnya ALLAH yg tntukan..rsenya, kte dah brada d landasan yg btul, insyaALLAH, mudah2an..

prnah jua ku impikan dulu, mrawat kanak2 yg sakit, atau cuba mncari alternatif baru menkaji sel2 tulang, myambung pngajian dlm prubatan, tp ALLAH menghendakiku sesuatu yg lain, disandarkan pd impian keluargaku...

dan kini, insyaALLAH, sy se0rang bakal GURU, pendidik anak bangsa yg mungkin 1 hari 6t akan mnyandang impianku, amin...pernah sesekali terbit rsa terkilan dalam hati,namun jaminan krjaya yg mmbuahkan pahala buatku dunia ahirat, juga redha kedua ibubapa mmbuat diri tegar dlm sgalanya...insyaALLAH..

I'M FUTURE OF ART TEACHER...
ya, SEORANG BUDAK SENI YG BAKAL MNJADI CIKGU SENI 1 HARI NANTI, INSYAALLAH...
padahal, dulu prnah diri ini menganggap enteng khadiran subjek tersebut..terkeliru dgn subjek2 sains kegemaranku..
namun, lihatlah........
SENI kini mengalir dlm urat nadiku..
xkenal maka xcinta..
dan cinta itu mengalir jua tatkala hati benar2 pasrah mngenalinya...
I LOVE ART...
hehe, minat yg same kn anis?
k la, dah TERover pnjang lak c0mment ni, hu3..
zihan bt mcm bl0g sndr, ha2, jgn marah ye.....
jemput2lah brtandang juga kt bl0g...eheheh :)

tke cre slalu, may ALLAH bless u always, amin...wassalam...

“………….Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui…” (QS: 216)

”Ya Allah, berikanlah yang terbaik untukku, yang Engkau rasakan terbaik untukku…”, amin...

itan said...

lorh.......
nape diam je...
len kali kalo ad pape idea trus btaw @ lakar ats krtas.
mgkin idea kte tu kurg baik.
tp bile gabung2 ngn idea2 len,
otomatik dye improve taw.
akhir skali akn dpt hasil yg mntap.
rugi taw pndm2 idea.
n 1 more thing,
jgn sskali sekat kreatvt kamu.
itu anugerah Allah.
:)

aNis hUmaiRa said...

waalaikmslm ya ukhtil mahbubah.. betul tu.. anis pon sedar hkikat tu sbb sejak dr dulu lg anis xpernah mdapat apa y diimpikan slalu je ada hlgn dan cubaan ntaranya apa y tlh ans coretkan itu.. impian kluarga kdgkala membatasi segalanya.. ala kulli hal, allah tau apa y terbaik bukan?

Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.
( Harieta Wahab)

TAK SEMUDAH IMPIAN
pahit bersabar madunya redha,
perit berusaha dimanisi tawakal,
jerih beramal menguntum pahala,
susah diuji bertambah taqwa,
rintih mukmin hanya pdnya

adakala dia memberi tanpa sempat kita menadah
kerana dia mengerti keperluan hambanya
kadangkala dia mengambil sebelum sempat kita bersedia
kerana dia ingin menguji hambanya
segala yang terjadi pasti ada hikmahnya

la yukallifullahu nafsan illa wus'aha..

namun anis masih mngenggaam impian suatu hr nnti ans pasti akn mendalami bdg y anis minat, w/pun bidang keguruan hanyalah sekadar impian org tersayang.. anis sggp melepaskan sgala usaha anis dlm spm dan STAM demi menggembirakan org tersyg..i.allah allah akan mnunjukkan hikmahnya y pasti tidak pernah kita duga...

aNis hUmaiRa said...

>>itan..

sukar nk citer apa y terbuku di hati... .kasih atas nasihatnya... nice to know u ma dear