Monday, August 2, 2010

membina semangat: zuriat yang dinanti




Bismillahirrahmanirrahim.

Kakiku melangkah perlahan-lahan menuju ke sebuah kereta berwarna silver itu. Dari jauh, terlihat sepasang mata kecil, hanya di situ kecantikan bisa terzahir dek kerana niqob yang menutupi wajah putihnya.



Assalamualaikum..” anis menghulurkan salam sambil membuka pintu kereta.



Lama menatap wajahnya, ada garis luka yang tersembunyi namun biasan taqwa yang merimbun dalam hati menutup segala resah dan duka yang menyelubungi.



Pada sosok indah itu hamparan mata dijatuhkan, tersedar dari lena yang panjang. Ya Allah, benar-benar tersedar dari angan-angan yang bersarang di minda.





hanya pada semangatla akak terus berada di sini..”





mukaku menelopong ke arah akak tu. Leka mendengar bual bicaranya. Sebentar tadi hampir sahaja air mataku tumpah dek meluahkan sebuah pengalaman dalam usrah yang diumpamakan kuliah subuh tadi. Giliran akak itu pun tiba.





akak, jujurnya ilmu pun tak ada.. namun berbekalkan sebuah semangat inilah akak terus berada di jalan ini. Andai ingin diceritakan pengalaman yang akak lalui sepanjang tahun-tahun ini sudah tentu takkan habis. Akak cakap pun tak berapa pandai..” ujarnya , merendah diri.





berkahwin dengan seseorang yang bukan sehaluan dengan kita membawa sedikit ujian pada mulanya. Macam-macam akak telah tempuhi, macam-macam orang kata, anak-anak akak juga mangsanya...hanya ALLAH yang tahu apa yang telah akak tempuhi..”



“apa juga ujian adik-adik sepanjang jalan ini...semuanya telah akak tempuhi..”





SEMANGAT

iya.. kata kuncinya pada sebuah SEMANGAT..

ada juga kata-kata orang semangat itu sama sekali tidak penting kerana ia bakal pudar..

namun pada susuk tubuh seorang wanita itu tadi. Segala-galanya bermula dengan semangat.

betul tu!.. sambung balik citer akak tadi

akak ingat lagi time akak muda, dalam lingkungan tahun 1986.. “

“ni saje nak bercerite untuk adik-adik amek pengajaran..” kata akak itu, membuka cerita baru sambil memandu cerita.(huhu banyak benar citer akak tu.. suke ^-^)

“mengapa akak hanya ada tiga anak je? mesti adik-adik pelik. sedangkan adik-beradik akak sendiri ade 14 orang. Dalam tahun 1986, ade suatu hari tu, akak sakit perut kuat sangat..time tu, abang dan adik akak yang bongsu tu terus bawak akak ke hospital, maklumlah adik-beradik kami ramai sangat, mak ayah tak sempat nak jaga semuanya. Bawa g hospital besar, dr x dpt buat apa-apa pastu terus bawa naek ambulan g hospital kat KL. Abang dan adik akak turut iring. Sampai-sampai sana, terus masuk kecemasan dan masuk bilik bedah. Katenya syak appendix..tapi abang dan adik akak yang kat luar ni dah tunggu lebih setengah jam kat luar bilik bedah. Kate dr klu appendix juz setengah jam jer.

bedah-bedah rupanya bukan appendix, dr terus belah perut sampai ke bawah.. katenya sambil membuat isyarat di perutnya.. lepas bedah, 3hari akak tak sedarkan diri”

“bangun-bangun akak terus nangis depan nurse-nurse , yela dah rasa sakit sebab ubat bius dah x rase, pastu tengok berbalut-balut macam tu ...”

“adik tau tak dia bedah apa??” tanya akak tu.. anis diam jer.. sambil wat buat bese, tengah syok dengar citer.

“rupa-rupanya dr tu buang ovary akak, katenya ade macam ketumbuhan gitu.. ya allah time tu abang dan adik akak bukan main marah dr tu.. yela dah x bagitau pape tetiba terus buang.. sepatutnya dia kena kuarkan surat untuk ditanda tangan...”

“abang akak kate kalau akak x leh hamil lepas ni.. dia nak saman hospital tu..”..

cerita akak tu tanpa henti. Aku terus mendengar sambil menoleh ukht di sebelah yang telah syahid.. kui3

Macam kita tahu... Setiap pasangan yang melangkah ke alam rumahtangga mengharapkan kehadiran cahaya mata, walaupun tanggungjawab yang tersedia di pundak sudah cukup berat namun memiliki cahaya mata bererti menambah tanggungjawab tidak sesekali membuatkan pasangan yang berkahwin memilih hidup berdua sehingga akhir hayat. Di negara Barat, meskipun mengamalkan kehidupan yang 'bebas' dan ramai pula yang takut memikul tanggungjawab (dalam keluarga) namun mereka masih juga merancang untuk memiliki cahaya mata setidak-tidaknya 2 orang.

dalam tahun 1987, akak menikah, time tu akak takut juga, takut jika tak hamil, maklumlah ovary akak dibuang sebelah”

“namun, kekuasaan ALLAH, Alhamdulillah, sebulan menikah, ALLAH kurniakan zuriat buat akak..”

“tapi dr nasihatkan supaya akak tak hamil... adik-adik tau nape? sebab akak ade sakit jantung sejak kecil lagi. Ubat-ubat, injection semuanya menjadi teman akak sejak kecil. Sebab tu, akak kurang ckit dalam pelajaran akak, maklumlah badan selalu lemah..”

sayu aku mendengar luahan akak tu. Tak sangka sungguh, pada raut seorang wanita jelita ini, sungguh tabah dia menghadapi hidup bersumberkan hanya pada SEMANGAT tanpa menghiraukan sakit yang dihadapi demi menginfakkan diri di jalan ALLAH... subhanallah...

akak pernah berjanji..andai akak sembuh dari sakit tu.. akak berjanji akan menginfakkan diri sepenuhnya untuk jalan ALLAH ini..”

SEMANGAT!

“Selepas itu, cukup 9 bulan akak hamil, anak yang akak kandung tak boleh dilahirkan secara normal akibat kesan pembedahan buang ovary dulu. Anak akak dikuarkan secara pembedahan dan dr terus menasihati akak agar terus “ikat” dan jangan membahayakan diri lagi.”

“dalam 3 tahun akak berehat ALLAH anugerahkan akak dengan seorang lagi zuriat, sekali lagi akak menghadapi risiko yang sama ditambah jantung akak yang macam tu, dr memang marah sangat kerana akak hamil lagi, time tu bile dah cukup bulan, air ketuban pecah dan keluar bersama-sama darah yang tak henti-henti, akak tumpah darah dan anak sekali lagi dikuarkan secara pembedahan, dan dr nasihatkan lagi agar akak “ikat” namun akak tetap degil.. walaupun keadaan da teruk time bersalin tu”

“tak lama selepas itu, akak hamil lagi anak ketiga. Time tu akak tak g jumpa langsung setiap bulan sampailah bulan ketujuh anak akak di lahirkan tak cukup bulan secara pembedahan juga. kecik jer.. macam botol kicap.. akhirnya selepas anak ketiga ni dr “ikat” apabila suami akak bersetuju. “

Fuh! macam-macam akak tu tempuhi sepanjang hidupnya. Tapi hanya berbekalkan SEMANGAT akak tu terus menguatkan dirinya yang lemah ditimpa pelbagai ujian yang tak mampu dicoretkan segalanya di sini. Dalam usikan dan celotehnya yang sangat kelakar rupanya banyak juga kisah duka berdarah dala dirinya.





Hidup ini medan ujian.




Ada pasangan yang kahwin bertahun-tahun tetapi tidak memiliki zuriat, pasti hatinya terusik apabila melihat sahabat yang berkahwin sudah mempunyai zuriat sendiri dan makin terusik hatinya bila melihat sahabat yang baru kahwin cepat pula mempunyai zuriat. Satu kisah yang pada zaman Imam Malik (kalau tak salah), pasangan yang sudah bertahun-tahun bernikah tetapi tidak dikurniakan zuriat maka Imam Malik menasihatkan agar pasangan tersebut bangun malam dan istighfar banyak-banyak. Alhamdulillah, selepas mengikuti nasihat tersebut, mereka dikurniakan zuriat.



Ada pula pasangan yang berkahwin dan mendapat zuriat, tetapi Allah menguji kehadiran zuriat tersebut dengan masalah kesihatan sama ada dari rahim atau setelah lahir ke dunia. Ada juga sahabat ana yang sangat sabar dan tabah melayan dan mengurus bayi mereka yang baru beberapa bulan, kehadiran cahaya mata tersebut menjadi ujian apabila doktor mengesahkan bayi tersebut mempunyai penyakit. Andai hidupnya panjang, mungkin akan cacat sepanjang hayat. Jadual kehidupan mereka suami isteri juga berubah dengan kehadiran cahaya mata tersebut, di hening pagi si anak akan minta didukung dan hanya tidur dalam keadaan dukung.


Ujian yang hebat hanya untuk insan yang hebat.


Kalam yang sentiasa dipegang, apabila melihat insan-insan yang teruji menjadikan diri ini insaf dan muhasabah diri. Apa yang Dia hadirkan di atas dunia ini untuk kita fikirkan kebesaran Nya, andai kita bersyukur maka Dia akan tambah nikmat dan sekiranya kita kufur maka azab Nya amatlah pedih.

Anis meletakkan kisah ini setelah semangat semakin down dengan perkara yang tak perlu dikongsikan secara umum di sini. Alhamdulillah, sebuah perjalanan hujung minggu lalu di banyak membuka rongga muhasabah untuk anis berfikir. Allah sentiasa memujuk dengan cara dan kehendak Nya :) Dengan asbab sebuah ujian buat anis ALLAH memujuknya dengan membekalkan sebuah 'ibrah (pengajaran) yang sangat besar.



Apabila Dia berkehendakkan sesuatu, maka jadilah perkara tersebut.



Sejauh mana kita bersangka baik dengan Allah? Merasa nikmat-nikmat yang hadir belum cukup, malah dirasakan terlalu kurang dibandingkan dengan nikmat hamba yang lain?

Allah yang memiliki segala apa yang di langit dan di bumi. Dan celakalah bagi orang-orang kafir kerana siksaan yang sangat pedih.

(Iaitu) orang-orang yang lebih menyukai kehidupan dunia daripada kehidupan akhirat, dan menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah dan menginginkan agar jalan Allah itu bengkok. Mereka itu berada dalam kesesatan yang jauh.


(Surah Ibrahim ayat 2-3)



Pada si buah hati ummi dan walid tersebut, moga menjadi anak yang solehah, anak yang taat pada perintah agama, anak yang menjaga kemuliaan agama, anak yang akan mendukung perjuangan dan dakwah Islam. Ameen...

p/s.. sebuah perkongsian cerita...anis suka sangat pada SEMANGAT akak tu..

Demi ISLAM..kita berjuang, demi ISLAM, kita IKHLASKAN SEGALANYA..

2 0GOS 2010

9.43 P.M

M326

IPG KTAA, KUALA LIPIS, PAHANG




No comments: