Tuesday, January 18, 2011

:: 21 ::

Bismillahirrahmanirrahim…

Allahu Akbar… sudah 21 umur si Humaira ni… walaupun baru sebentar rasanya proses “perkembangan kanak-kanak” diri ni, tapi itulah hakikatnya, sudah 21 Anis menjadi penghuni dunia. Semuanya hak ALLAH, saat yang lepas milik ALLAH, yang akan datang dalam rahsia ALLAH, yang kita miliki ini pun hanya detik ini, namun ia tetap milik HAK ALLAH, semahunya hendaklah mengharungi setiap detik dengan penuh bererti.

Dengan angka 21 ini, anis sendiri tidak dapat mengagak bagaimana nilaian cik anis di sisi rabb, semoga nilainya hasanah dan berapa jua bakinya jua hasanah … doakan anis ye ^-^..










Sempena misi menjadi tua ini (15 JANUARI 1990), Anis sentiasa mengaminkan doa dari sahabat sahabiah yang sentiasa mendoakan dan mengharapkan ALLAH sentiasa memberikan yang terbaik (of course!!!!), mendoakan kebahagiaan dunia dan akhirat, mendoakan agar diri ini diperindahkan lagi dengan akhlak yang mulia, dipercantikkan dengan keimanan, mendoakan semoga dihindarkan daripada belenggu syaitan, mendoakan semoga diri ini sentiasa ISTIQAMAH dalam kebaikan, mendoakan semoga sentiasa dalam jagaan ALLAH, semuanya anis ucapkan setinggi-tinggi kesyukuran dan rasa menghargai, tak lupa juga buat sahabiah yang tak jemu-jemu mengucapkan rasa sayangnya seorang sahabat, rindu, mengucapkan syukur atas kesabaran dan apa jua ungkapan yang keluar dari lidah yang tak bertulang, atau cukup sekadar pandangan mata, pelukan cinta seorang sahabiah itu sudah terlalu besar nilai dalam erti kata betapa kalian menghargai diri ini.. ALHAMDULILLAH ‘ALA KULLI HAL





MENGHILANG SEBENTAR? ILA AINA ANTI YA ANIS?


Entahlah apa jua yang menghalang hati ini untuk menulis, (astaghfirullahal ‘azim)… baru je anis menulis entry dengan penuh keazaman untuk terus istiqamah dalam segalanya termasuk dakwah di hujung pena, benar, Allah benar-benar menguji patah kata-kata itu.


Dengan menaiki satu lagi anak tangga, menemui angka 21, banyak juga hati tersentuh dengan pengisian jiwa yang banyak memandu kepada penyucian jiwa. ALLAHU AKBAR…


Dengan menginjak ke angka yang membuatkan diri kelihatan “matang” untuk membuat keputusan, juga matang untuk memilih, maka dengan ini, anis isytiharkan, bahawa “SAYA LAYAK UNTUK MENGUNDI” hehe…


Duhai Anis… jangan terlalu “gembira” dengan nikmat dunia yang menjadikan matamu buta daripada cinta yang ESA…ingatlah sentiasa..


Detik ini….

hari ini ALLAH memendekkan jarakku denganNYA, semakin berkurang tempoh berAMAL, semakin kubur mempersiapkan tempat untukku, semakin bersedia MALAIKAT MAUT datang menjemput, semakin dekat masa amalan diperhitung dan semakin hampir HARUMAN FIRDAUSI atau AZABNYA NERAKA JAHANNAM… (na’uzu billahi min zalik)”


Terima kasih mak, abah kerana bersabar dalam membentuk diri ini menjadi seorang insan, muslimah…walaupun sentiasa sedar akan apa jua diri ini, namun keSYUKURan sentiasa diletakkan pada tangga teratas, agar kepada ALLAH jua sentiasa kembali.


Dan Dialah Tuhan yang menerima taubat dari hamba-hambaNya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan) dan Dia mengetahui akan apa yang kamu semua kerjakan.( Syura : 25)


"... (Iaitu) orang yang mengingati Allah sambil berdiri dan duduk dan dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksaan api neraka." - (Ali-Imran: 191)

Kembali

Wahai Tuhan yang Maha Pemurah
Terangilahku dengan Nur Iman-Mu
Hanya Engkau tempat aku berserah
Mohon maghfirah di dalam syahdu



Wahai Tuhan yang Maha Pengasih
Ampunilah segala dosaku
Laksana buih di laut memutih
Hanyut ditelan gelombang nafsu


Hari-hari yang telah aku lalui
Ingin kutinggalkan terus bersemadi


Ingin aku kembali kepada fitrah insani
Tak sanggupku jelajahi rimba duniawi
Bebaskanlah diriku dari dibelenggu
Dosa noda nafsu durjana


Terimalah taubatku Ya Allah
Pimpinlah daku ke jalan redha-Mu
Moga sinar-Mu terangi hidupku
Di dalam kegelapan


Akukan kembali pada-Mu Rabbi
Mengadap-Mu Ya Rabbul Izzati
Segala ketentuanku pasrahkan
Di hujung penghayatan

Di hujung pena Anis Humaira,

18 JANUARI 2011,

4.17 P.M

M217

2 comments:

simfonikasih said...

slmt ulgthun...
smoga brbahagia...:-)

aNis hUmaiRa said...

syukran ye...doakan anis menjadi hamba yang makin dekat denganNYA..