Wednesday, August 24, 2011

besar..sukar dilentur???




Bismillahirrahmanirrahim..



Ramadhan sudah memasuki fasa terakhir, masing-masing sudah pun menghitung hari..
24,25,26,27,28,29……..30……….1 SYAWAL



ALLAH…


menghitung hari sebaknya untuk berpisah



namun…TIDAK KURANG.. MASIH ADA INSAN…



TIDAK SABAR untuk menghabiskan sisa ramadhan..


 mudah-mudahan bukan aku orangnya….
kiranya… masing-masing sudah boleh menyukat diri..




KURSUS KAHWIN?


Dalam menghabiskan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) semester ini, yang terakhir Anis kira, sebelum melangkah ke medan pra perguruan, PRAKTIKUM pada semester depan, masa yang ada cuba menyiapkan assignment. Menggunakan metod penyelesaian masalah isu akhlak dengan membuat Kertas Kerja Kursus Perkahwinan, walaupun rasanya itu bukan jalan yang terbaik untuk mengatasi masalah yang dikaji, namun, rata-rata bahan dan sumber mencadangkan penyelesaian isu pergaulan bebas, seks bebas adalah dengan sebuah pernikahan.



Sedang menyelongkar bahan-bahan penulisan, terbaca suatu artikel bertajuk “artikel badati 08”. Cukup tertarik dengan penulisan artikel ini. Rata-rata bahan yang usang dalam laptop, ternyata belum usang lagi ilmunya. Ilmu adalah perkara penting dalam hidup. Mahu Berjaya di dunia dan akhirat juga, salah satu faktor adalah ilmu.


Melalui perjalanan hidup yang kita tempuhi,sepatutnya kita bertambah matang dan menyedari bahawa segala kejayaan yang kita kecapi sebenarnya adalah atas ketekunan,usaha gigih dan kesabaran dalam menghadapi segala cabaran dan rintangan, di samping adanya pertolongan dan petunjuk Allah ‘Azza wa Jalla. Sementara kegagalan yang kita alami adalah disebabkan kecuaian dan kelalaian kita sendiri.



Iye… matang dalam menyelesaikan isu akhlak..

juga….sedar..bahawa  semua kegagalan berpunca dari DIRI..




KEAZAMAN MENEMPUH DUNIA YANG MENCABAR



Nampaknya liku-liku kehidupan kita pada hari-hari yang mendatang lebih mencabar dari masa-masa yang lalu. Setiap hari kita didedahkan dengan gegala-gegala buruk dalam masyarakat,seperti salah guna dadah yang belum nampak dapat dikurangkan,ditambah pula gegala mat rempit yang semakin menjadi-jadi.


Gejala yang tidak sihat ini tentulah mencabar dan menggugat kesejahteraan keluarga dan masyarakat.Oleh itu,mahu tidak mahu semua pemimpin institusi masyarakat termasuk ibu bapa harus sama-sama memikirkan dan bertindak serius untuk membendung dan memeranginya.



Anis sendiri yakin bahawa, ramai antara kita sudah MUAK dengan isu-isu  sama yang tidak habis-habis menjadi santapan harian masyarakat..







MEMBENTUK ANAK SOLEH



Apa jua yang terjadi, pelbagai pihak pasti akan dituding jari..



KAMU BERSALAH!


KAMU TU YANG BERSALAH!


KAMU PUN SAMA!


AKU???




Masing-masing sudah bisa membuat penilaian berdasarkan ilmu yang ada..
Namun, asasnya pasti dilihat pada institusi kekeluargaan..


Jujur, Anis kurang minat untuk berbicara, tapi merasakan perlu, maka tidak salah berkongsi dan diingatkan ini hanyalah sekadar dari kaca mata seorang insan yang lemah.



Sedar atau tidak, setuju atau pun tidak.. sesungguhnya pembentukan anak soleh dan solehah sebaik-baiknya bermula dari pemilihan jodoh, ketika anak dalam kandungan dan demikian seterusnya ketika anak sudah dilahirkan. Ibarat benih yang sudah bertunas,pendidikan harus berjalan secara sistematik dengan menjadikan ibu bapa sebagai model untuk dicontohi anak-anak.
 


Pendidikan Islam yang sewajarnya berjalan dengan penuh tanggungjawab hingga Islam berani mengisytiharkan anak perempuan yang berusia 9 tahun Hijrah (kira-kira 8 tahun 8 bulan Masihi) sudah layak diberi tanggungjawab. Bagi anak-anak lelaki pula selewat-lewatnya dalam usia 15 tahun Hijrah (menyamai kira-kira 14.5 tahun Masihi). Pada hal dunia Barat mendeklarasikan seseorang itu dianggap dewasa dan layak memikul tanggungjawab setelah berusia 21 tahun.



Masalahnya sekarang, oleh kerana sistem pendidikan Islam yang begitu teratur telah diabaikan oleh kebanyakan orang islam, maka natijahnya ramai anak muda mengalami masalah, ada yang sudah baligh tetapi tidak tahu menunaikan solat,atau tahu tetapi mengabaikannya,berlaku krisis akhlak di kalangan generasi muda, anak lari dari rumah, ponteng sekolah, murid melawan guru, penyalahgunaan dadah, mat rempit dan sebagainya.







SUKARKAH DILENTUR?


Sering mendengar pepatah melayu, melentur buluh, biarlah dari rebungnya…


Bagaimanapun



perlu disedari bahawa Islam telah memecahkan rekod, bahawa buluh yang sudah keras sebenarmya masih boleh dilentur lagi.



PERCAYAKAH ANDA???




Betapa tidak, kerana telah tercatit dalam sejarah, ramai para sahabat yang masuk Islam setelah dewasa. Sebelum Islam telah menerima pendidikan daripada keluarganya bukan Muslim,sebab itu sudah biasa mereka menyembah berhala,malah memusuhi Islam dan memusuhi Rasulullah s.a.w. Sebagai contoh ialah Umar Ibnu al-Khattab r.a. sebelum masuk Islam adalah musuh Islam dan musuh Nabi s.a.w. sehingga Rasulullah s.a.w. berdo’a semoga umar diberi hidayah, akhirnya alhamdulillah Umar masuk islam.




Setelah Islam, beliau mendapat pendidikan secara intensip bersama-sama sahabat lain,seperti Qiyamullail, mengikuti majlis ta’lim dan nasihat yang berterusan daripada Rasulullah s.a.w. Akhirnya terbentuk keluhuran budi dan Umar menjadi insan soleh yang bertaqwa kepada Allah. Umar menjadi Khalifah Islam ke-2, dan semasa pemerintahan Umar telah berjaya membuat kemajuan besar yang sungguh membanggakan.



 Justeru, BUKAN SATU KEMUSTAHILAN untuk seseorang membentuk diri menjadi insan soleh walaupun telah dewasa dan dalam akhlaknya yang tidak baik.




 Apa yang penting, ibu bapa, alim ulama, cendekiawan dan pemimpin masyarakat di samping melaksanakan undang-undang dunia, hendaklah terus berdakwah dan berdo’a semoga insan-insan ‘degil’ itu hati mereka menjadi lunak,mahu tunduk kepada peraturan dan hukum Allah.



Ingatlah, batu yang keras akan lekuk dengan titisan air yang berterusan,apatah lagi jiwa manusia. Sudah tentu bukan satu yang mustahil ia menjadi ‘lunak’ apabila diberi suntikan nasihat dan didikan agama. Insya-Allah.
 


  WALLAHU A’LAM BISSOWAB…

P/S: Sob2 kempunan mahu membeli buku..moga dipermudahkan, rasa kering otak tanpa ilmu, lesu hati tanpa santapan…



24 Ramadhan 1432H,
24 Ogos 2011M,
3.45 p.m,
Fi Bait Sahabatku Nurwati.





3 comments:

nuRRul syafi_iZZan said...

ini esei anis>>?? mantop.. mmg sukar dilntur

aNis hUmaiRa said...

masya ALLAH.. xdela.. esei gni konfem kena reject ngan ustzh kih3

Syabab said...

salah satu sebab kenapa guru perlu menjadi lebih berperanan dan bertanggungjawab..syukran atas perkongsian yang sangat baik..