Tuesday, August 9, 2011

kakak itu..




Bismillahirrahmanirrahim…


Alhamdulillah, sepuluh ramadhan telah sudi ALLAH tumpangkan diri ini untuk menjadi penghuni madrasah terindah. Coretan daripada sahabat tersayang membuatkan Anis sendiri makin rindu akan kemanisan ukhuwah yang terjalin dahulu.



2 hari yang lepas dalam liqa’ bersama sekumpulan sahabat muslimat, jujur! lidah ini masih “tersasul” memanggil orang disekeliling dengan kak! opss! saya sama umur dengan awakla Anis.. @_@



tersenyum…




melayang sekejap memori pada layar di Maahad dulu…




bila seorang guru, Anis kira juga murabbi bagi Badan Dakwah di Maahad dahulu, Ustaz Baharuddin, sentiasa meniti di bibirnya panggilan kak khusus buat kami semua.




Jujur juga, dengan panggilan kak itu, Anis dapat merasakan rapatnya hubungan kami dalam setiap gerak kerja.




kak ah, kak ab, kak Ra, Kak Ma’, Kak Nana, Kak fida, kak elin…




semuanya ber”kak”..





jadi kesimpulan di sini, kak dalam kamus hidup Anis bukan bermaksud tuanya seseorang itu, tapi itulah pengikat kasih sayang antara kami dan tidak akan merasa sedikit jurang usia antara kami…




dan..Anis masih suka membahasakan diri sebagai kak di sini dan masih suka memanggil orang-orang disekeliling dengan kak….




mungkin kerana pengaruh dan kenangan itu masih kuat terlukis di kanvas hati ini..




apa yang pasti..




itulah tanda sayang yang cuba Anis tanamkan dalam diri ini….




itulah juga rasa hormat Anis pada diri orang lain…




tapi kadang-kadang bukan semua mahu dipanggil begitu.. maklumlah lain orang lain caranya.. lain tempat lain gayanya..




namun, mudah-mudahan dengan adanya coretan Anis pada kali ini… orang lain faham bahawa diri ini mahu menghormati dirinya, mahu membina tapak kasih dan sayang dalam persahabatan dan ingin membina rasa seperti sebuah keluarga…




betul!




Anis suka dipanggil Kak Anis…



p/s: sekarang bukan je Kak Anis tapi sudah dapat pangkat umi.. ^-^


saje-saje,
10 Ogos 2011,
1.13 p.m,
M3217.