Wednesday, November 23, 2011

katanya berHIKMAH



Bismillahirrahmanirrahim..



Pagi semalam ketika sedang menyiapkan sarapan pagi, handphone berbunyi. Tangan terus menggapai Sony Ericsson yang sudah berusia 3 tahun lebih itu.


“ada mesej masuk..” hati berkata.


Kak Meyah!!!!


“Kak, anis masak makanan kegemaran kak hari ni..huhu..”.

Nasi goreng ikan masin… kak meyah suka kan?? ^_^..

“sedapnyeww..bru  maren kak teringin nak makan..tapi adop jual kat kntin..kat abg mie  je ada..hehe.” Kak Meyah membalas ringkas.


Lega dapat khabaran daripada Kak Meyah. Setelah sempat membalas 2,3 mesej. Fikiran terus melayang pada sebatang susuk tubuh insan yang tidak jemu melontarkan nasihat itu. Selalu,  dari susuk tubuhnya umpama diri ini dapat melihat bayangan bidadari syurga. Allah… beruntungnya kamu.



Mengajar erti husnuzon pada Allah dan pada manusia. Perwatakannya menggambarkan perasaan redha dalam menghadapi ujian sakit daripada Cinta Pertamanya…Allahu ‘Azza Wajalla.


Senyuman tidak henti-henti diukirkan, ciuman yang panas terasa, ikhlas daripadanya singgah dipipiku beberapa kali sebelum kami berpisah.


“kak..bila lagi kita nak jumpa ni..mesti rindu selepas ni…”, sempat melepaskan kata dalam pelukan terakhir. Tidak menghiraukan insan lain saat itu.



“Bukan selamanya, insya-Allah program-program nanti akan menyatukan kita, kita tak pernah berpisah,”. Kata-katanya sedikit membalut apa yang diri ini rasai. Pelukan itu sangat ketat terasa.



Banyak nasihatnya yang akan diri ini simpan kemas, jika dilihat bagaimana dia menafsirkan kisah semut dalam gula, banyak mengajar bahawa hikmah disebalik peristiwa itu bukan hanya meniti dibibir tapi perlu difahami dengan hati dan akal fikiran.


Kak menulis ringkas…



Cuba bilang padaku siapa manusia di dunia ini yang berjaya melepasi dunia ini tanpa pernah dihujani hujan-hujan ujian... Yang berjaya mahupun yang tidak berjaya pasti semuanya pernah disimbah hujan ujian ini. Itulah dunia.. Dunia yang sedang kita bertapak dan berinjak ini, kita tidak akan pernah terlepas daripada ujian. Namun segalanya menjadi indah jika selamanya kita mampu untuk memandang hujanan ujian ini adalah sebenarnya perancangan dari Tuhan demi untuk mentarbiyyah diri kita.


Aku juga sebagai manusia yang ditakdirkan untuk singgah di dunia ini. dibawa mengenal alam menerusi kedua ibu bapaku. sedari kecil bergenang dengan kolam kesusahan. Semua kita sebenarnya bergelut dengan ujian. Tiada siapa yang terlepas daripadanya. Jika selamanya aku memandang kepada ujian yang telah berlalu itu, aku pasti kan tiada lagi di dunia. Termakan dengan hasutan syaitan yag selalu bergolak supaya aku memisahkan jasad dan roh ini membuatkan aku menjadi lebih berani untuk bertindak.


Di kala ini, serasanya dengan nikmat ujian itu, aku perlu melafazkan rasa syukurku kepada Allah, kerana Dia lah aku masih boleh berkongsi cerita hidupku pada hari ini. Alhamdulillah Ya Allah hari demi hari aku dididik dengan ujian ini, dengannya aku sepatutnya menjadi lebih matang dalam segala aspek hidup..berfikir mahupun bertindak...bercakap mahupun diam...segalanya perlu disandarkan pada Mu yang menciptakan aku..Usahlah kalian memandang kepada ujian dan musibah itu terlalu lama, usahlah terlalu berkira dengan ujian yang dibebankan barang sekejap, kerana semua ini akan berakhir sekejapan waktu lagi..



Aku tersedar dari lamunanku yang terlalu lama, tertancap kepada tabung gula di dapur, lama lamunanku sehingga tanpa sedar air panas yang inginku bancuhkan Milo itu sudah menjadi suam-suam kuku.. Aku terleka melihat semut-semut kecil itu yang berusaha meloloskan dirinya ke dalam tabung gula. Aku kagum dengan usaha mereka.

Di kala ini aku mampu tersenyum melihat keletah semut-semut ini. Di kala lainnya, berbeza pula pandanganku kepada semut. Aku marah kepada usaha semut ini kerana mereka selalu  bertamu ke dalam tabung gula sehingga menyusahkan aku untuk membancuh minuman dan menyusahkan aku untuk memilih gula yang tidak dicerobohi oleh mereka. Namun ini bukanlah salah mereka, kekadang keletah adik-adik yang masih kecil terlupa untuk menutup tabung gula, sememangnya inilah yang mengundang semut-semut untuk masuk menikmati manisnya gula sehingga kadang-kadang banyak mereka yang kutemui mati di dalamnya, terkambus dek terleka kerana manisnya gula. 


Melihat situasi ini membuatkan aku marah, Marah kepada kecuaian adik kerana mereka semut ini berjaya menceroboh. Aku marah sehingga aku lupa kepada adanya ujian. Adanya pencipta ujian dan adanya ganjaran di sebalik ujian. Aku marah sehingga suatu saat Allah membuka pintu hikmah itu barang sekejapan waktu untukku melihat hikmah disebalik kematian seekor semut. Manakan tidak, gula yang telah diceroboh oleh najis cicak itu terkambus hikmahnya dengan disandarkan kematian semut-semut didalamnya. Aku bersyukur diberi peluang ini. Menyedari hakikatnya setiap sesuatu yang berlaku itu sebenarnya mempunyai hikmahnya yang tersendiri, walau kematian seekor semut sekalipun. Mereka-mereka yang berada di sekitar ujian itu hanyalah disandarkan sebagai rangka ujian yang semata-mata ditakdirkan kepada kita untuk menambahkan iman...waalhualam


Untuk diriku, aku perlu kuat untuk mempertahankan prinsip hikmah di sebalik ujian itu.. aku perlu...  walau seekor semut yang mati di dalam gula itu pun aku perlu memandangnya sebagai ujian yang terselindung hikmah di sebaliknya. aku perlu agar bertambah kekuatan diriku untuk berhadapan dengan ujian-ujian cinta Ilahi idalam hidup yang sekejap ini.. Ya Allah kurniakan untuk kami kekuatan dalam berhadapan dengan segala bentuk ujianMU....




'





RUMAH PAHALA

 Belajar juga daripadanya bahawa sebagai seorang yang bergelar perempuan, apabila pulang  ke rumah, tidak dinafikan tugas menjadi suri rumah adalah perkara biasa. Walaupun diri ini tidak dapat meluangkan masa untuk pergi menadah kitab seperti yang dilakukan oleh sahabat-sahabat muslimin, namun sebenarnya inilah tugas luar biasa yang Allah anugerahkan buat insan bernama wanita.

Kak Meyah pernah menulis dengan hatinya dan diri ini cukup terkesan bahawa :

Setiap kali aku pulang bercuti, itulah rutinku yang satu. Mengemas rumah tak kan pernah berhenti. Tak kan pernah berakhir.. Aku kadang-kadang termenung, berfikir sendiri..apa yang ada di sebalik semua dugaan ini..

               
Bila aku fikir-fikir semula aku mendapat satu penerang hati.. Rupa-rupanya itulah pahala yang Allah dekatkan untuk aku. Aku tak perlu bersusah payah mencari kebajikan yang jauh kerana kebajikan yang dekar telah didamparkan di hadapan aku. Apa yang penting aku perlu ikhlas dan bersabar untuk meraih pahala yang Allah dekatkan kepadaku..Allahu Rabbi...terima kasih ya Allah...


ANUGERAH ALLAH BUATKU

Allah itu baikkan? selalu nak bagi yang terbaik dalam hidup kita. Allah sangat tahu apa yang kita perlu. Saat Anis tercampak keseorangan di bumi Afzan ini, Anis sangat bersyukur dipertemukan dengan insan yang Allah anugerahkan hati  sehebat ini.


Tersedar dari kesakitan perkara pertama yang meniti dibibirmu, “Allah… pukul berapa ni? kak tak solat lagi!...”. Tatkala tersedar dari kesakitan itu juga, bukan diri ini yang memujukmu dengan kata-kata agar terus kuat dengan ujianNya, tapi dirimu yang memujuk insan disekeliling.. “sabar dik deh, ujian Allah  semua ni.. ujian buat adik ni..”. Tidak sanggup melihat air mata itu tatkala menahan kesakitan. Kak kuat deh!


Untung dirimu dipilih menjadi insan yang mengingati Allah setiap masa, menyebut namaNya dalam suka. Redha itu manis dalam kepahitan. Anis doakan kak meyah selalu..


“Allah, tolong jaga kakak saya ini baik-baik.. sembuhkanlah dia..dia sahabatku, sembuhkanlah sahabatku, Mahirah Basirah Binti Sa’ari,  sembuhkanlah dia, semoga dia dan aku menjadi hambaMu yang bersyukur, aku sangat menyayangi dia, limpahilah kasih sayangmu jua untuk dia.. ganjarilah dia kebaikan berganda atas kesabarannya di atas ujianMu..”.


TIDAK LUPA

Betapa ukhuwah kami, sehingga pernah makan coklat dengan penuh perasaan keanak-anakan. Berebut-berebut! Satu demi satu baris coklat bar itu habis disantap! Namun,  tanpa kami sedari terdapat ulat di atasnya. Terus terkejut dan membuangnya. Erk! terkejut bukan main lagi kami.. huhu.. kak meyah..kak meyah..rindu saat itu…


Saat menuam lebam-lebam di badan Kak Meyah, Kak Meyah menghadiahi satu MMS,  mengintai inbox Anis.. Pada waktu itu, diri ini tidak memahami dan sekadar menatap MMS itu bersamanya. Rupa-rupanya Kak Meyah mahu mengungkapkan sayang buat diri ini. Ye, Anis pun sayang pada kak..tapi Allah sayang kak lebih-lebih lagi . Anis simpan memori itu ketat-ketat. Senyuman kak tu simpan untuk anis nanti ye!

p/s: apabila rindukan seseorang yang tiada di hadapan mata, doa adalah saluran terbaik bagi membuktikan cinta..indah bukan? Anis takkan lupa kisah kematian itu..terima kasih kerna memahat kisah itu dalam ingatan ini..Allah...


Fi baiti sakinah
23 november 2011
2.42 p.m

2 comments:

Anonymous said...

semoga Allah kuatkan kak mahirah

Qurratul said...

Allah ada untuk sahabat anis (^^,)