Monday, January 30, 2012

tak fikir jauh...






Bismillahirrahmanirrahim

Anis terfikir untuk menulis pada malam ini, setelah mendapat idea petang tadi. Petang tadi sempat berjalan-jalan mengelilingi maktab (kononla). Sedang berjalan-jalan, tiba-tiba ada seorang sahabat bercerita tentang sesuatu dan Anis cukup tertarik dengan kata-kata dia:

Dulu saya kecik lagi , tak pk jauh lagi..”

Tiba-tiba jugak, Anis tersangat-sangat setuju. Walaupun sempat tergelak dengan ayat tu. Betul-betul macam ayat dalam cerita la my dear….

Bercerita tentang “dulu saya kecik lagi”, tak henti-henti ada penyesalan yang tak sudah,  yang terbit dari dalam diri. Beberapa angka tahun masuk ke kampus ini, melangkah untuk menjadi guru, membuka beg bekalan, baru  terperasan.

Allah! bekal aku kosong lagi! “.

Masakan mahu berjalan dalam alam ilmu nanti tanpa “ilmu” untuk disampaikan. Sangat-sangat terkilan dengan diri. Terasa tersangat-sangat JAHIL. (KASAR sangat ke perkataan ni?)

Masa tu saya kecik lagi, tak fikir jauh lagi…

Kalaulah saya fikir jauh, sudah tentu saya tidak hanya nampak matlamat jangka pendek. Iye! tidak dinafikan berada di sekolah yang sangat bagus dan masing-masing mahu mengejar “A”!  

Bagus! Hadis A, al-Quran A, Feqah A, Nahu A, Adab Nusus A pendek kata memang straight A’s!  Namun, beberapa tahun ke belakang ini, Anis mula tersedar, Allah… mana ilmu-ilmu aku? “A” dapat dikendong,  tercatat utuh dalam sijil, slip peperiksaan, namun, mana ilmunya???

Allah…sangat sedih terasa. Dek kerana saya kecik lagi, tak fikir jauh lagi waktu tu, apa yang saya lakukan hanyalah untuk mengejar matlamat akademik. Ustaz ustazah kata hafaz, Anis pun hafaz. Memang begitulah sejak sekolah rendah dan menengah. Walaupun ada ustaz dan ustazah menekankan kepentingan ilmu ni untuk masa hadapan, tapi semuanya hanya berlalu umpama mencurah air ke daun keladi.

SEKARANG! saya sangat-sangat terasa, bahawa sayalah orang yang paling rugi, berapa puluh hadis yang saya dah lupa! berapa banyak sirah yang saya ingat-ingat lupa, berapa banyak ilmu fiqh yang saya ingat sekadarnya! dan berapa berapa berapa berapa..

Allah…bekal saya masih kosong…”

Beberapa angka hari yang lepas, Anis terdetik untuk membaca blog seorang sahabat sekolah rendah dahulu katanya:

Tatkala Imam Bukhari ditanya apakah rahsia untuk mengekalkan ingatan yang kuat, maka jawabnya
"keinginan seorang lelaki dan sentiasa melihat yakni sentiasa mengulangkaji"
Berasa bersalah dengan hafazan yang dulu dihafal ketika di sekolah. Niat di hati mahu murajaah balik.Tapi dugaan dari syaitan terlalu kuat..Ya Allah kurniakan taufik kepadaku untuk kembali mengingati ayat-ayatMu!!!

Sungguh! terjentik hati ini. Walaupun di sini, Anis mampu untuk terus menghafaz ayat-ayatnya, namun cukup berkeinginan untuk terus melafazkan hadis selancar dahulu, ilmu semuanya di dada.


Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘Ass radiallahu anhuma berkata, “Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: “Bahawasanya Allah SWT tidak mencabut (menghilangkan) akan ‘ilmu itu sekaligus dari (dada) manusia, tetapi Allah SWT menghilangkan ‘ilmu itu dengan mematikan ‘alim ‘ulama’, maka apabila sudah ditiadakan ‘alim ‘ulama’, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ‘ilmu pengetahuan. Maka mereka sesat dan menyesatkan orang lain.” (Hadith riwayat Imam Muslim)

Mula belajar untuk ilmu, kerana Allah, untuk bekalan, senang melafazkan, ingat! hatimu, hatimu, bukan hanya dilidahmu… belajar untuk menjadi guru seikhlasnya! (walaupun ilmu pedagogi). BIAR KITA CEMERLANG DI SISI ALLAH!
JOM BELAJAR JADI HAMBA CEMERLANG DALAM URUSAN DUNIA DAN AKHIRAT! T_T

Nota      1 : Rasulullah s.a.w. mendoakan kepada Sayidina Ibn Abbas dengan lafaz:
اللهم فقهه فى الدين وعلمه التأويل
Maksudnya: “Ya Allah, ajarkanlah Ibn Abbas ini dalam urusan agama. Dan ajarkanlah dia Takwil.” (Hadith riwayat al-Bukhari. Sila lihat “Fath al-Bari” ms. 169, jld. 1)
Nota 2   : Banyak perkara yang dikesali di dunia yang tidak dapat berpatah kembali, penyesalan di akhirat..Allah…jauhkan aku dari golongan yang rugi itu…

Nota 3   : Kata pensyarah Anis, Ustazah Safinah, ada hikmah kita lupa sesetengah perkara, cuba bayangkan kalau kita ingat semua perkara? agak-agak apa yang akan terjadi?

Ditulis 29 Januari 2012,
Disambung pada 31 Januari 2012,
Fi M 302,
2.29 P.M

4 comments:

SyaheeDah said...

k.nis..bbrapa ketika menyepi,sungguh,terasa diri teramat2 kosong hakikatnya..

i've nothing! hny itu kata2 yg mmpu trbit.
mgkn Allah bkhndk myambung teguranNya melalui pnulisan k.ns ni.alhmdlillah,syukrn.

tringat wrning ni..mrk yg hfz, tp dgn klalaiannya dy mlupakan hflnnya, seolah2 sm keadaanny dgn seorg yg alim tp kmbali mnjd jahil. stlh Allah mbri dy kurnia,dy bahkn mlalaiknnya.
sdh tentu org y jahil(y x bpluang) adlh lbh baek.

...kdg2, 'x pk jauh' 2 dirasa lbh baek, sbb ms 2 msh bljr & msh ingt..
bila fkiran dh mkin jauh, br sdar, aku ni dh jauh rupanya!T_T

'ala kulli hal, whatever is happening, yakin pd Allah, dis is da best 4 us.insyaAllah.

Anis said...

Kita hamba yang dibatasi takdir
Di situlah nokhtah segala tadbir...

moga2 "benar" bhw kita tlh berusaha sebaik tadbir..

ok! skrg Allah dh jentik hati! aku dh jauh ya Allah,,jemput aku kembali, pimpin aku kembali y Allah...

blh jd jgk ilmu y kita lupa disebabkan mksiat y membaluti hati dr hari ke hari, hari ni selapis, esok selapis, luSA selapis lagi, lama2 hati ni makin gelap, wat sikit je dosa hari ni, tp impaknya amat besar sbnrnya, AL'ILMU NURUN, WA NURULLAH LA YAHDI AL-'AASI...

Bulan Syurga Firdausi said...

singgah ziarah :)

ahsfantasy24 said...

Ramai yang belajar untuk mengejar A,
tapi akan ada satu masa kita akan rasa yang A tu tak membawa apa-apa makna..