Wednesday, February 22, 2012

Jange gadoh suko gak....

Bismillahirrahmanirrahim

Terusik dengan teguran Allah…
Jangan terlalu cepat gembira! Sabar dulu
Sebuah kisah kehidupan…
Suatu hari, Allah beri ujian, Alhamdulillah… pujuk hati..
Allah rindukan aku ni…..rindu nak dengar rintihan aku ni….”
Kemudian Allah beri kegembiraan dalam ujian. Hati girang penuh kesyukuran! Mengucapkan kesyukuran tanpa henti.
Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah ya Allah….” Hati riang diiringi perasaan sebak.
Allah tolong kita! Allah tolong kita….”  Hati meluahkan rasa kepada seorang sahabat.
Baru berjalan beberapa langkah.
Zup! Allah tarik balik “kegembiraan” tadi.
Allah beri ujian bertimpa-timpa.
Terfikir. Namun hati masih setenang-tenangnya.
Apakah perasaan ini? Adakah ini perasaan redha? Menerima segala ujian dengan mudahnya?
Namun, tiba-tiba, saat bersujud dihadapanMu…hati merintih…berbeza dengan hati dalam kanvas kehidupan sangat tenang…. Allah….Indahnya perasaan ini…hanya meluahkan keperitan kepada yang Haq.
Beberapa seketika Allah memberi lagi kegembiraan.
Jange gadoh suko gak..(jangan terlalu cepat gembira)…” Pesan seorang sahabat.
Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah ya Allah….” Hati sekali lagi riang diiringi perasaan sebak.
Baru berjalan beberapa langkah.
Zup! Allah tarik balik “kegembiraan” tadi. Kejap sangat Allah bagi pinjam…
Allah…
Allah beri ujian bertimpa-timpa. Kegembiraan seketika dicelah-celah ujian.
Tersedar. Diri masih dalam ujian, dia nak kuatkan hati di antara ujian dan ujian dengan kegembiraan. Jangan terlalu mudah gembira dengan sesuatu. Sebab “gembira” itu hanya pinjaman daripadaNya. Bukan milik mutlak diri ini. Namun, tak salah untuk merasai secubit kegembiraan, tanpa tidak lupa meletakkan sifat syukur pada kegembiraan itu.


Tanpa rasa “memiliki” sebuah kegembiraan…. hati ini takkan merasai “kehilangan” apabila kegembiraan dipulangkan kepada hakNya.

Alhamdulillah…
Allah…kekalkan rasa redha ini ^_^

p/s: Bila rasa lemah, letakkan tangan dekat dihatimu, tepuk perlahan-perlahan, dan perlahan-lahan sebut nama dirimu, ucapkan Allah ada bersamamu (INNALLAHA MA’AK)
Anis…Allah ada bersamamu…INNALLAHA MA’AK ^___^

Jange gadoh suko gak,
M302,
12.17 a.m.

4 comments:

RuMaH TuA said...

Assalamualaikum,,,

Tip top!

Allah berfirman dalam surah alluqman: 17,

يَا بُنَيَّ أَقِمِ الصَّلاةَ وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَاصْبِرْ عَلَى مَا أَصَابَكَ إِنَّ ذَلِكَ مِنْ عَزْمِ الأمُورِ

*bersabarlah

"Moga Allah redha"

Bulan Syurga Firdausi said...

baca yam hullahuma yasyak genggam & buat isyarat buang :) sy bace artikal untuk doa hilangkan kecewa :)

SyaheeDah said...

..silih berganti hingga akhirnya terbiasa dgn keadaan itu..

tenang,keluh kesah..

mrk yg mengerti diri..gelisah pabila tiada ujian yg mnimpa..
tiada ujian itulah ujian terbesar buatnya.

syukur, hamd lillah..Allah masih berkehendak utk mendidik hati.

hgga akhirnya, mgerti bhw Dia bkhndk mbuat kta bnr2 merasai hkikat usaha dan twkl itu..

ارح نفسك من التدبير فما قام به غيرك لا تقم به لنفسك
tenangkan hatimu dr urusn tdbir krn apa yg diatur oleh selainMu ttg urusn dirimu, tdk plu engkau cmpur tgn.
-alhikam

Srikandi permata said...

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan)…” (Ali-Imran: 200)