Friday, May 13, 2016

FESYEN KERANA ALLAH ATAU?







Imam Ibn Jawzi mencerita kisah lelaki soleh yang ingin memotong pokok yang disembah masyarakatnya bagi mengelak syirik, namun berjaya dipujuk oleh syaitan (dalam rupa manusia) agar tidak menebangnya dengan menjanjikan 2 dinar setiap pagi sebagai balasan.

Namun apabila disatu pagi, lelaki soleh mendapati tiada dua dinar lagi, dia bergegas ingin menebang pokok. Tatkala itu, syaitan memukulnya dan mengalahkannya dengan mudah

Syaitan mengatakan jika dahulu dia gagal menewaskan pemuda tersebut kerana niat ikhlas pemuda untuk menebang pokok syirik itu hanya kerana Allah, namun kini niat TELAH terpesong KERANA MARAHKAN TIADA DUA DINAR. atas sebab itu, dia mudah dikalahkan oleh Syaitan.

Begitulah juga Fesyen dan PENUTUPAN AURAT. Barangsiapa yang BERHABIS WANG DAN FIKIRAN bagi mencari jalan menutup aurat kerana ALLAH swt, maka syaitan tiada dapat menguasainya dan menipunya,


Barangsiapa menutup aurat kerana ingin dilihat cantik menawan, lebih ayu, mengikut aliran fesyen dan lain-lain. Wanita sebegini BAKAL di kuasai dan ditewaskan oleh Syaitan. Moga diselamatkan oleh Allah swt.


(Petikan ceramah Dr Zaharuddin A Rahman "Fesyen & Aurat, Masjid Rahimah, 21 Disember 2014)

No comments: