Saturday, October 7, 2017

Kreatif dengan Microsoft Power Point (Ep:12), Doa Untuk Orang Lain Yang Telah Berbuat Baik



Bismillahirrahmanirrahim



(Klik untuk besarkan)

Hadis selengkapnya ialah Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesiapa yang dilayan dengan baik kemudian dia mendoakan orang yang melakukannya, "Semoga Allah membalas kebaikanmu," bermakna dia benar-benar telah menyampaikan rasa terima kasihnya."


Kalimat "Semoga Allah membalas kebaikanmu," iaitu membalasnya dengan kebaikan atau memberikan kebaikan di antara kebaikan dunia dan akhirat.


Manakala kalimat "bermakna dia benar-benar telah menyampaikan rasa terima kasihnya," iaitu dia sudah amat berterima kasih. Ini bermakna dia mengakui keterbatasannyabahawa dia termasuk orang yang tidak mampu memberi balasan dan pujian untuknya. Lalu, dia menyerahkan balasannya kepada Allah, agar Dialah yang akan membalasnya.

2 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah. Karya saudari cantik dan comel. Kreatif.

Cuma kartun tu tak berapa nampak la. Boleh diperbaiki dgn cara trace atau serlahkan garisan sekeliling kartun tu

Seperti dlm kartun woody woodpecker ni (https://www.google.com/url?sa=i&rct=j&q=&esrc=s&source=images&cd=&cad=rja&uact=8&ved=0ahUKEwiEmtOv8erWAhUMqo8KHV6ADZ0QjhwIBQ&url=https%3A%2F%2Fwww.pinterest.com%2Fexplore%2Fcartoons%2F&psig=AOvVaw0VpHKmJrHXFvngKKuPMBR8&ust=1507890869437752)

Teruskan berkarya!

Humaira said...

Terima Kasih di atas perkongsian, in shaa Allah akan diperbaiki untuk karya akan datang.