Saturday, January 31, 2009

sUrat bUat diRimu


p/s: inilah cerpen yang ana katakan tu.. diharap anda membaca sehingga ke noktah terakhir bagi mengelakkan salah faham.. selamat membaca dan beramal dengannya.

Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna. Dok dalam kelas kawan-kawan sume tak suka. Saya nak join diorang ..diorang kata saya menyibuk. Ada jugak yang kata saya emosional [emo..]. sikit-sikit nak marah. Padahal sebenarnya saya nak tegur diorang buat salah. Pastu saya cuba wat lawak..konon nak tarik perhatian orang lain.. saya paling gembira bila ada orang gelak ngan lawak saya. Especially budak-budak perempuan. Budak-budak laki semua kata saya “mat capap”. Tapi saya tak kesah.. asalkan ada yang terhibur. Tapi saya tetap merasakan kekosongan. Memang lumrah manusia. Orang lelaki akan tertarik pada wanita . Macam tulah yang saya rasa! saya tengok kawan-kawan.. dah ada yang couple. Kat dorm.. sms awek sampai satu malam.. boleh abes 10 ringgit.Saya mula fikir.. adakah aku perlu berCINTA? dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 5, saya pun mula menanam tekad untuk bercouple. Masa tulah saya kenal awak! saya rasa saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya . Mula-mula tu awak jual mahal, tapi saya tak kesah.. saya nak beli jugak! huhu.. last-last pendek cerita saya mulalah bercinta.

Masa berCINTA, memang saya sangat-sangat bersemangat. Apa orang minang kata? ALL OUT lah!! saya selalu call awak.. awak pun selalu call saya. Gayut malam-malam .. kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam.. tapi segala PENGORBANAN yang dilakukan pada masa tu tak terasa pun kehilangannya. Masa bercinta memang indah..semuanya indah Sikit-sikit ..gurau-gurau dan gelak-gelak.. kalau merajuk main pujuk-pujuk. Kalau birthday main wish-wish.. untuk diri ini, terasa amat bahagia. Sebab masa itulah, terasa diri ini dihargai. Saya pernah fikir, biarlah kawan-kawan saya pandang semacam dan kata saya macam-macam .. asalkan awak memahami saya.

Satu hari saya dengar ceramah agama . Alhamdulillah dalam ceramah tu saya sedar saya banyak buat dosa dan saya kena berubah. Hidup saya mesti selari dengan ISLAM. saya kena jadi baik sebab memang tu fitrah manusia.. inginkan kebaikan. Semua orang nak masuk syurga kan? samalah macam saya.

Sejak dari tu, saya mula rapatkan diri dengan masjid..selalu sembahyang berjemaah.. selalu dengar tazkirah. Dan saya tak nak jadi baik sorang-sorang. So saya ajak awak sekali. Saya ajak awak baca Quran.. saya kejut awak bangun subuh [calling..] saya bagi tazkirah. Mula-mula tu awak terkejut dengan perubahan saya.. awak ingat saya nak jadi ‘alim.. nak berhenti couple. saya kata kita bukan buat salah. BerCINTA kerana allah. Kita couple tak macam orang lain. Orang lain couple jiwang-jiwang.. ada yang couple ALLAHUAKBAR!! sampai buat maksiat! pegang-pegang tangan and so on. Tapi kita couple baik-baik.. jaga batas-batas syara’ ..tak nak guna ayat-ayat jiwang. Janji tak nak jumpa, takut berlaku maksiat. Dan awak pun terima perubahan saya. saya pun banyak nasihat awak.. awak pun terima. Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa. Dan akhirnya saya rasa hubungan kita semkin diredhai. Saya selalu doa, supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan.

Dalam proses perubahan saya, saya mula sedar bahawa DAKWAH itu WAJIB. Kita kena menyampaikan pada orang tentang kebenaran. Kalau tak.. kita akan dipertanggungjawabkan oleh ALLAH di AKHIRAT kelak. sesuai dengan firmanNYa dalam suarah AL-A’RAAF surah ke tujuh.. ayat 164. Maksudnya: “dan ingatlah ketika suatu umat di antara mereka berkata: “mengapa kamu menasihati kaum yang ALLAH akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras? mereka menjawab: agar kami Mempunyai alasan [pelepas tangunggjawab] kepada tuhanmu dan supaya mereka berTAQWA.

Pastu saya mulalah beri tazkirah kepada kawan-kawan.. adik-adik.. tegur diorang, apa yang diaorang buat silap. Saya tak boleh tahan bila tengah orang buat salah atau dosa. saya mesti tegur. Seleamah-lemah iman tegur dengan hati. Oleh sebab saya nak jadi orang kuat IMAN, apa lagi? tegur secara direct la.. hu~

Pastu suatu masa saya terbaca pasal couple.. “COUPLE HARAM”. Saya tak percaya. Tapi bila baca detail-detail yang dia bagi.. macam betul pulak! Huhu~ tapi biasala kan.. kalau kita suke satu benda tu.. kita tetap akan cari alas an untuk teguhkan pendapat kita. Saya pun buat tak tau je pasal benda tu.. dan teruskan hubungan kita.. kita tak buat maksiat..kita tak de pegang-pegang tangan.. tak de jiwang-jiwang.. just saling ambil berat..tanya khabar..borak-borak.. siap bagi tazkirah lagi! Apa yang haramnya dengan benda camni??? Huhu~ tak kesahla.

Masa terus berlalu.. masa ni dah nak dekat trial SPM.. lagi tiga minggu kot trial~ entah lupa. Tak catat dalam diari pun. Sebab saya tak de diari pun !! hahaha dalam masa tu saya memang rajin ajar kawan-kawan. Pada masa yang sama, bagi tazkirah kt diorang gak.. ada yang respect.. ada yang prospek [pandang slack] kadang-kadang bila tegur, saya kena marah balik.. macam-macamlah.. ada yang kata saya poyo je.. tapi tak pe saya ada tempat mengadu [ehem-ehem]

Satu masa ketika sedang bertadarus seorang diri, saya terjumpa ayat ini “mengapa kamu suruh orang alin [mengerjakan] kebajikan sedang kamu melupakan diri [kewajipan] mu sendiri, padahal kamu membaca al-kitab [taurat]? maka tidakkah kamu berfikir? [surah al-baqarah ayat 44]. saya pun terfikir.. “selama ni aku dok tegur orang je ..tapi aku sendiri masih banyak kekurangan ..cepat marah [emo].. suka buang masa.. ada juga dosa-dosa kecik yang masih dilakukan .. camne eh??. Pastu terjumpa ayat ni pulak. “dan jangnlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan jangnlah kamu sembunyikan yang hak itu sedang kamu mengetahui [surah al-baqarah ayat 42]. Tiba-tiba saya terfikir satu kritikan kawan.. “ala.. ko tuh.. cakap berasap.. gaya alim.. tapi couple jugak.. same je ngan kitorang.. tegur orang konon huh~..” saya terfikir sejenak.. sebenarnya couple ni boleh ke tak? adakah selama ini saya menganggap ia boleh dah tu kenapa saya rasa malu bila mak ayah tau saya selalu contact perempuan? dan terkadang rasa serba salah.. macam-macam yang saya fikir.. dipendekkan cerita lagi.. saya ke Penang mengikuti satu seminar dakwah. Saya harap dengan seminar ni, kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap. Sebelum pergi seminar itu, saya still sms’ing lagi ngan awak.. Tanya khabar.. sempat lagi pasan-pesan suapaya jangan lupa baca quran hari ini. Dalam fikiran saya,”ni kira dakwah jugak ni! saling ingat-mengingati.”

…………………………………

Majlis malam tu berakhir dengan sesi taaruf. Pada pukul 10 malam semua orang dah bebas nak buat ape.. lagipun kitorang penat.. takkan la nak dipanjangkan program sampai tengah malam? pihak penganjur pun faham keletihan kitorang.

Tetiba je saya tergerak hati nak berkongsi masalah dengan fasilitator yang ada kat situ. Saya rasa nila masa terbaik nak Tanya pendapat dia pasal couple. Tapi saya teragak-agak.. ”kalau betullah couple itu salah.. abis tu nak buat camne? aku kena clash ke?? a’ah.. buat apa nak fikir macam tu?? Tanya jela.. kalau tak buat salah, nak buat ape takut???

Lalu saya menghampiri brother fasilitator tu… mase dia tengah belek-belek terjemahan al-quran sorang-sorang.. maka terjadilah perbualan antara saya dengan brother tu..

“Assalamualaikum abang.. saya nak tanya sikit boleh??”

“Waalaikumussalam.. emm boleh..duduk lah. Nak tanye pe??”

“Err..macam nie, saya nak tanya.. sebelum saya terlibat dnegan dakwah ni, saya adala kenal sorang kawan nie.. perempuanla.. tapi bukanlah setakat kawan biase je, rapat jugak la..”

“bercinta ke??”

saya malu nak cakap yang saya couple.. apa pulak brother tu kata? mesti dia pandang slack nanti.. saya angguk je la pastu saya tanya..

“sebenarnya couple ni boleh tak abang?”

“akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik dengan perempuan begitu juga perempuan akan tertarik dengan lelaki.. tapi dalam ISLAM perasaan tu perlu ada batasannya.. pergaulan perlu dijaga.. kan Allah berfirman dalam surah al-isra surah ke 17 dalam ayat ke 32.. “dan janganlah kamu menghampiri zina. sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk”

“Tapi abang, saya tak Nampak pun menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami.. sms tu pun tak dela jiwang-jiwang selalu bagi tazkirah.. kami selang-selang lagi. Hari ini saya, esok dia, kan ke baik tu” saya tak nak mengalah..

“memang betul niat anta baik. Tapi NIAT tak pernah menghalalkan cara. Yang BATIL tetap BATIL yang HAK tetap HAK. Cuba tengok ayat ni..” sambil brother tu buka al-quran dia dan tunjuk kat saya ayat dia. “Dan [juga] kaum Ad dan Tsamud dan sungguh telah nyata bagi kamu [kehancuran mereka] dari temapt tinggal mereka dan syaitan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka lalu ia menghalangi mereka dari jalan ALLAH sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam” [surah al-ankabut surah 29 ayat 38]

“akhi kalau anta tengok ayat ni syaitan telah buat anta pandang indah benda buruk yang anta lakukan. Walaupun anta berpandangan tajam maksudnya anta berilmu tinggi, memangla pada mulanya niat anta baik tapi ingat, syaitan licik!. Dia akan sedaya-upaya membuat anta terjerumus ke dalam kemaksiatan..”

saya pun cakap la..

“tapi abang, saya dah janji dengan dia tak nak jumpa lagi sebab saya tau kalau berjumpa nanti, banyak bahayanya.. dan dia pun setuju. Kmai sama-sama menjaga diri. Takkan la ia boleh membawa kepada zina juga bang??”

“Emm betul anta dah janji tak nak jumpa dia lagi. Anta dah dapat elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. Kalau anta janji tak nak kol dia selalu, anta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akhi, masih ada zina yang tetap anta tak dapat elak bila bercouple..”

“zina hati??” saya mencelah.

“Betul, zina hati! Semua nila yang Rasulullah menjelaskan dalam hadisnya.. bagaimana menghampiri zina tu. Anta boleh check dalam Riyadhus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dengan kata-kata, tangan boleh berzina dengan berpegangan, kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat, hati pula boleh berzina dengan merindui, mengingati.. membayangi si dia.. hakikatnya macam mane pun anta buat anta tetap tidak dapat lari dari zina hati”

Saya terdiam kelu. Tak tau nak kata ape. Semua yang brother tu kata.. tak nampak pun salahnya, Pastu dia sambung…

“Ana dulu pun couple jugak. Lagi lama daripada anta sejak sekolah samapai dah masuk U.. dah nak gred. Tapi bila ana sedar pasal ni,ana terus tinggalkan. Ana siap fikir dialah bakal isteri ana yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak ikutkan lagi, besar lagi masalah ana daripada anta”.

“Saya risaulah abang.. nanti ape kawan-kawan die kata? Dulu saya selalu mintak tolong diorang untuk rapat dengan dia, sure nanti diorang semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pulak saya takut apa-apa jadi kat dia. Kalau dia tak dapat terima keputusan ni… sebab kami dah rapat sangat-sangat”.

Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Nangis depan brother tu citer pasal benda ni. Ntah pape. Nasib baik takde orang lain tengok pada masa tu.. Brother tu jawab..

“ kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, diorang nak buat pe? paling teruk pun diorang akan mengata belakang anta. Anta tak kurang sikit pun. Lagi pun dalam berdakwah ni kita nak cari keredhaan Allah.. kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi..”

Saya terdiam lagi….

“ Pasal dia pulak cuba anta fikir dari sudut positif.. mungkin dia akan terima keputusan anta secara matang. Mungkin dia jugak akan buat keputusan untuk tidak bercouple lagi. Ana yakin dia takkan buat ape-ape perkara bodoh. Kalau dia buat sekalipun tu bukan tanggungjawab anta.. ape yang anta nak buat tu betul.. meninggalkan maksiat.. semua orang akan tanggung balasan atas perbuatan sendiri..”

Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa tu saya nangis. Saya dah sedar yang saya kene berhenti couple dan jelas yang sebarang couple tu HARAM…

“Jadi, macam mana nak buat abang???”

“Ana dulu , hantar 1 sms je kat dia. Ana terangkan hubungan yang dibina tu salah. Minta maaf kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Pastu ana terus tukar nombor.. dia tak contact ana langsung dah”,

“Maksudnya, saya tak leh contact die lagi ke? Tapi abang, saya ade jugak kawan perempuan lain. Boleh tak saya contact diorang?”

“Dengan dia ni lain, anta dah pernah ada sejarah dengan dia. Tapi kalau nanti ditakdirkan anta satu universiti dengan dia, satu kuliah, pastu kene pulak buat group discussion. Masa tu anta hanya layan die just sebagai group discussion partner “.

Tetiba saya terfikir.. “ Dia nie nak suruh aku clash malam ni jugak ke?? sekarang jugak ke?? takkanla awal sangat?” saya cakap.. “ saya rasa saya lom ada kekutan la abang. Leh tak saya tunggu ada kekuatan baru saya tinggalkan benda ni?” Saya bajet nak lari la. Sekali dia jawab.

“ Akhi kena ingat, kekuatan tu tak boleh ditunggu.. tapi perlu dibina, ALLAH takkan ubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu sendiri mengubah keadaan dirinya. Boleh rujuk surah ARrad surah ke 13 ayat 11. “bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, Yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) Dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa Yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa Yang ada pada diri mereka sendiri. dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun Yang dapat menolak atau menahan apa Yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun Yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadanya.”

Sekalipunpun anta nak tunggu sapai bile baru nak tinggalkan couple nie?? Abang-abang kat sini pun ramai yang pernah couple bile masuk dakwah mereka tinggalkan”. Alamak, xleh lari lagi la nampaknya. Saya rasa macam brother ni paksa saya clash mase tu jugak.

“Semuanya dah jelas rasenya.. nampaknya saya kena tinggalkan benda nie jugak ye?? Cam tak larat je rasanya nak tekan butang tepon ni.. rasa tak sanggup..”

“Kalau tak sanggup meh ana tolong tekankan..”

“Eh takpe la abang, biar saya taip sendiri..”

Teragak-agak saya nak taip masa tu.. tapi saya gagahkan jugak diri.

“Semuanya dah jelas buat ape aku tangguhkan lagi.. nanti takut hidayah nie ALLAH tarik.. susah la nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan maksiat so rasanya inilah masanya..” lalu pelan-pelan saya taip sms tu.

“ Assalamualaikum.. sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi ISLAM. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita ia dah dibolehkan tapi sebenarnya tetap berdosa. Saya harap, awak akan istiqamah teruskan perubahan yang awak dah buat, kerana ALLAH… saya minta maaf atas semua yang berlaku.. kalau ada jodoh, INSYA ALLAH akan bertemu jua.. assalamualaikum..”

Berat betul nak hantar mesej tu kat awak. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tinggal. Sebab tu dalam sms tu saya akhirkan dengan ucapan salam.. lepas beberapa ketika, saya tekan jugak butang [SEND].. pastu tertera kat skrin[SENDING]…. [MESSAGE SENT]. Mase tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang… macam dah tak percaya je.. saya dah hantar satu sms dan clash dengan awak..

“Terima kasih abang”.

“Takpe.. dah tanggungjawab”

Malam tu saya tidur dengan linangan air mata.. tak sangka, memang tak dijangkan.. saya memang tak pernah terfikir nak clash.. tapi tu langkah terbaik untuk diri kita sebenarnya.. teringat ayat dalam surah al-baqarah ayat 216 “kamu Diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara Yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya…”

…………………………………

Masa terus berlalu.. saya terus menyibukkan diri denga keje-keje lain dalam usaha melupakan awak.. bukan senang tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah ingatkan orang. Saya bagi taklimat kat masjid cite kat orang couple tu haram. Tunjuk segala dalil. Macam-macam yang berlaku. Ada kritikan ada jugak yang setuju.. tapi tak kisah la semua tu….

Tiba2 satu pagi ni dapat pulak mesej dari awak.. awak bagi gambar bunga. Bawah tu ada ayat. “seindah gubahan pertama”. Saya rasa awak still tak leh lupakan saya.. saya fikir kena tegaskan rasanya pastu saya hantarla sms ni dan saya rasa itulah yang terakhir…

“TIADA YANG LEBIH INDAH DARIPADA MENDAPAT KEREDHAAN ILAHI SEINDAH MANA PUN GUBAHAN PERTAMA TU SELAGI TAK MENDAPAT KEREDHAANNYA TETAP TAK BERGUNA…

Assalamualaikum,, saya tau dulu saya cakap kalau ada jodoh INSYA ALLAH akan bertemu jua tapi saya tak nak awak tunggu. Lupakan saya!!! Biarlah ALLAH yang menentukan. Lagi satu, jangan cari cinta MANUSIA .. ia penuh dengan penipuan, kekecewaan dan tak kekal. Tapi carilah cinta ALLAH. Tiada penipuan, tidak akan pernah mengecewakan. Itulah cinta Abadi. Cinta yang diredhai ..~yang terakhir~

[SEND]..[SENDING..].. [MESSAGE SENT]

Saya dah buat keputusan.. ape yang saya buat ni betul. Saya yakin ALLAH akan sediakan yang terbaik untuk saya. Saya takkan berpatah balik.. takkan buat selama-lamanya.

TAKKAN BERPATAH BALIK BUAT SELAMA-LAMANYA
TAKKAN BUAT SELAMA –LAMANYA!!!!!

THE END..
“sama2la kita menghayati..”

DISEDIAKAN OLEH:
NAQIBAT LIQA’ FIKRI
id_humaira@yahoo.com
SUMBER:
AN-NUR MMP

No comments: