Saturday, October 31, 2009

::semudah melafazkannya kah???::


tutt tutt...bunyi mesej masuk...dengan tenang anis mbacanya..seorang sahabat bertanya satu persoalan... satu persoalan yang senang bunyinya tapi sebenarnya agak sukar untuk menjawabnya...”anis, apa erti sebenarnya kita mencintai seseorang kerana ALLAH S.W.T??“

bagi anis, mencintai seseorang kerana ALLAH S.W.T bukanlah semudah yang disangka. Firman ALLAH S.W.T dalam surah al-baqarah ayat 165 yang bermaksud

(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia Yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang Yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. dan kalaulah orang-orang Yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, Bahawa Sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan Bahawa Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).

mcintai seseorang kerana allah bermakna menjadikan cinta itu sebagai landasan untuk lebih dekat kepada Allah, menjadikan anugerah CINTA itu sbegai kekuatan untuk mencintai apa yang ALLAH cintai kerana hanya ALLAH yang bisa menabur benih CINTA kita kepada insan yang kita cintai. Tapi jika cinta itu hanya membuatkan kita makin lalai.. makin jauh dari ALLAH itulah CINTA NAFSU.

Buatmu sahabatku..detikkan dijiwamu..

Bismillahirrahmanirrahim

Ya ALLAH

jika aku jatuh cinta

cintakanlahpada seseorang yang melabuhkan cintanya padamu

agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu

Ya Muhaimin

Jika aku jatuh hati

Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padamu

agar tidak terjatuh ke dalam jurang cinta nafsu

ya rabbana

jika aku jatuh hati

jagalah hatiku

agar tidak berpaling daripada hatimu

ya rabbul izzati

jika aku rindu

rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanmu

Ya Allah

jika aku menikmati cinta kekasihmu

janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat sepertiga malam terakhirmu

ya allah jika aku jatuh hati pada kekasihmu

jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadamu

ya ALLAH

jika kau halalkan aku merindui kekasihmu

jangan biarkan aku melampaui batas

sehingga melupakan aku pada CINTA HAKIKI dan RINDU ABADI

HANYA KEPADAMU

aminn

emmm rupanya bukan mudah hakikat mencintai seseorang kerana ALLAH lebih2 lagi sebelum mempunyai sebuah ikatan yang halal...

Ya ALLAH aku memohon supaya aku cinta padaMu dan cinta kepada orang yang mencintaimu, termasuk orang yang sayang kepada amalan yang boleh membawa kepada sayang kepadaMu”

hadis riwayat tarmidzi

psss:// mudah tak kita menjaga hati kita daripada merindui seseorang yang tidak halal bagi kita sebelum terikatnya dengan ikatan yang halal?? susahkan?? jadi renung2kanlah sahabat2ku...


7 comments:

Humayra' said...

assalamu'alaykum,
adik comey,
perawi hadith bukan tarmidzi, tapi TIRMIDZI...=)

p/s- ustazahhhh...nak warna pisssss - by anaqi - haha~

nuRRul syafi_iZZan said...

bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba~
kan ku cuba menghilangkan pesona maya ..


waa..susah2..menangis taw..tp xda la smpai nangis berdarah..

cuma hatiku kini mnjadi tenag dgn cinta pd NYA..sgt tenang..

setenang sungai nil..

alhamdulillah..

Ya Allah kau teguhkan lah hatiku dan hati sahabatku..aminn

Anonymous said...

memang x mudah nak jage atie kiter dari merindui seseorang yg x halal bg kiter...
mcm da pengalaman jek????

aNis hUmaiRa said...

anis>> k.humayra @ k.echah
typing error kak..(^-^)

alala... anaqi..penat ustzah g cr wrn piss nasib baek ust akif ada wrna piss klu x majuk lg la dia x nak wat keje..aduhai budak2

aNis hUmaiRa said...

anis>>k.fizan
memang betul kak.. berat ujian ni tp bila kita da luahkan semuanya mmg akan lahir ketenangan dihati
aminn..syukran atas doanya

aNis hUmaiRa said...

anis>>Anonymous
betul tu ..

pengalaman?? xde lagi rasanya.. belajar dr persekitaran

aNis hUmaiRa said...

anis>>Anonymous
betul tu ..

pengalaman?? xde lagi rasanya.. belajar dr persekitaran