Wednesday, April 7, 2010

~tiada yang KAMIL~

bismillahirrahmanirrahim...

berbicara tentang sebuah amanah dan tanggungjawab bukanlah semudah yang disangka.. kadangkala kita mudah mengungkap kata tapi kita tak pernah cuba memahami rasa. ... rasa bagaimana memikul amanah itu... anis akui setiap amanah dan tanggungjawab yang dipikul mempunyai mehnah, cubaan dan dugaan yang berbeza... sebagai seorang insan, seorang islam yang memahami erti sebuah amanah, kita cuba untuk membuat yang terbaik. Untuk membuat sesuatu keputusan, anis akui, perlunya berfikir dalam dan luar kotak, perlunya berfikir banyak cabang.. dan lain-lain lagi. Namun, sebagai seorang manusia, seorang makhluk yang dicipta oleh al-khaliq yang maha sempurna sedangkan kita seribu satu atau mungkin setiap sudut mempunyai kelemahan dan kedhaifan pasti tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Namun, perlukah kita sering mencari kesalahan dan kekurangan orang lain, andai silap tegurlah, andai salah perbetulkanlah.. tidak perlu dicanang dan disindir.. kita perlu sedar dan perlu cuba berfikir sejenak, andai kita berada di kedudukan seseorang yang diberi amanah, bagaimana pula kita? adakah kita mampu melakukan sebaik orang itu? atau mungkin ALLAH bakal menguji kita dengan seribu satu kekurangan dan kesilapan..kita juga perlu fikir, andai kita di bawah bagaimana pula peranan sebenar kita?... menjadi orang yang diberi dan dipertanggungjawabkan dengan sebuah amanah yang terikat dengan pelbagai badan dan cabang pasti memeningkan andai kita memandang ia sebagai bebanan tapi andai kita memandangnya sebagai suatu tanda kasih sayang ALLAH kerana telah memilih kita diantara manusia-manusia yang ada..bersyukurlah tapi bersedialah untuk menjawab di sana nanti, TANGGUNGJAWAB= TANGGUNG di dunia + JAWAB di akhirat nnti...Hmmm entahla... juz fikir-fikirkanlah...

~andainya kau ditempatku..pasti kau mengerti erti sebuah amanah, andai benar ALLAH memilihmu sebagai salah seorang penguat di jalan ini..mudah-mudahan dikau bisa menjadi salah satu tulang belakangku yang sentiasa menguatkanku~ kuatkan aku ya ALLAH ~intasurullaha yansurukum wa yusabbit aqdamakum~

07 APRIL 2010 11.39PM

No comments: