Saturday, October 23, 2010

kisah apam coklat

Bismillahirrahmanirrahim...

Dah lama rasanya tak kongsi cerita dari Baiti Jannati.. kalau dulu pernah kongsi tentang laman-laman yang boleh cari resepi yang best-best, kali ni nak share homemade recipe..

pernah rasa apam coklat kukus tak? huhu ni resepi terbaru yang mak jual, memang sedap sangat....Rasa macam kek coklat..tapi lembut macam apam la... makan satu tak cukup, jadi makan dua, makan dua pon tak cukup jadi makan tiga, makan tiga pon tak cukup hehe.. kalau tak percaya cubalah.. tersangatlah senang..

ok, resepinya..




1 cawan tepung gandum

1/2 cawan gula

1/2 cawan susu pekat

1/2 cawan minyak masak

1/2 cawan air

1 biji telor

1/2 sudu kecil soda bikarbonat

1 atau 2 sudu makan serbuk koko

Caranya..

1. Mixer kan semua bahan

2. kukus dlm acuan (10-15 minit)




okey.. selain tu, boleh juga divariasikan apam coklat tu kepada apam coklat pisang, resepinya



  • 12 cwn tepung gandum
  • 2 sudu makan serbuk koko
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder (semua bahan diayak bersama)
  • 1 sudu teh garam
  • 1 cwn pisang emas yang dilecek
  • 1 cwn minyak masak
  • 1 1/2 cawan gula perang
  • 2 biji telur (dipukul)

Cara-caranya seperti biasa

1)Panaskan kukusan.

2) Masukkan bahan yang telah diayak ke dalam mangkuk.

3) Masukkan bahanbahan yang tidak diayak ke dalam adunan tadi. Gaul sebati.

4) Masukkan dalam acuan kecil atau loyang.

5) Kukus selama ½ jam atau sehingga masak.

yang paling penting, supaya tak merosakkan kuih tadi, pastikan air kukusan tidak jatuh ke dalam loyang semasa mengukus. huhu..selamat mencuba semuanya!

11.26 a.m

24 oktober 2010

baiti jannati



No comments: