Sunday, October 24, 2010

mereka selalu tanya yang pelik2


Bismillahirrahmanirrahim..

teringat ketika micro-teaching untuk Pendidikan Islam, time tu tajuk yang dipilih berkaitan dengan “Beriman dengan Malaikat” dan paling best (ye ke?) adalah saat kawan-kawan yang berlakon jadi budak-budak tak cukup umur tu mengenakan “ustazah” kat depan ni..



ustazah, malaikat jibril da tak de kerje ea?”


“huh?” sedikit kaget..


maksud kamu”


“iyelah.. tugas malaikat jibril kan menyampaikan wahyu, tapi sekarang ni Nabi dah takde, jadi malaikat dah tak de keje lah kan?”



argh!!! saje je korang ni nak kenakan “ustazah” kat depan ni.. dah tau Anis ni tak suka jadi cikgu, bertambah-tambah lagilah suke ye korang menyakat ..sob3.. (~~#)”



SEKADAR ENTRY



Situasi tadi sekadar entry sahaja. Sebenarnya pelbagai situasi lagi yang mungkin dihadapi oleh guru atau ibubapa sendiri. Malah, seorang lecturer anis yang mengajar subjek akidah, pernah mausk kelas sambil mengeluh menceritakan persoalan-persoalan berkaitan akidah dan agama yang diutarakan oleh anaknya yang baru berusia 7 tahun. Mengeluh tatkala gagal memberikan jawapan terbaik kepada anaknya walaupun beliau sendiri mengajar subjek akidah diperingkat IPT.


Mungkin, peningkatan intelektual anak-anak seiring dengan kemajuan ilmiah masa kini mendorong pertanyaan yang lebih kritis daripada anak-anak tentang kewujudan Allah dan serta alam ghaib.


teringat sebuah pertanyaan yang diutarakan



“Ustazah, ALLAH tu tinggal di langit ye?”



Justeru ibu bapa seharusnya memantapkan diri dengan ilmu-ilmu akidah untuk menjawab segala persoalan yang terbuku di hati anak-anak tentang Allah dan alam ghaib.


Pencarian bahan bacaan terbaru semalam menemukan anis dengan sebuah buku, mungkin sebelum ini gagal mencuit hati anis, tapi petang tadi berjaya membuatkan hati ini tertaut.





Satu pernyataan yang pasti:


Tinggalkan jawapan tradisional dan kuno seperti , “Ayah tidak tahu”, “Jangan kamu bertanya lagi” atau , “ Pergi tanya ustaz”. Jawapan-jawapan klise seperti ini sudah pasti akan meninggalkan anak-anak terkapai –kapai dan akhirnya anak-anak bosan untuk bertanya lagi. Lebih malang jika anak-anak itu membesar tanpa ilmu akidah yang mantap akibat kekurangan pendedahan tentang ilmu akidah semasa kecil.




Benar, anis sendiri merasakan bahawa kehadiran buku ini sedikit sebanyak dapat membantu membentuk anak menjadi seorang Muslim sejati di awal pembentukan mindanya. Selain ia dapat mengelakkan “penyakit masyarakat” yang suka menyesatkan minda anak-anak dengan ilmu tentang Allah dan alam ghaib yang merapu dan dongeng semata. Seharusnya anak-anak dididik seimbang dengan ilmu dunia dan akhiratnya. Bak kata, jika dia menjadi akauntan kelak, biarlah akauntan yang mantap ilmu akidahnya. Tugas utama ibu bapa selain membesarkan anak-anak ibu bapa perlu mengasah dan meneguhkan iman anak-anak.



Di sini anis kongsikan sedikit penerangan ringkas mengenai buku ini:



Hadirnya buku ‘Bila anak-anak bertanya tentang Allah dan alam ghaib’ ini sebagai panduan yang membantu ibu bapa memimpin tangan-tangan kecil itu dalam mengenal Allah. Terdapat beberapa metode yang digunakan dalam buku ini :


1. Buku ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama: Makrifat tentang Allah dan bahagian ke dua: Makrifat Tentang Alam Ghaib.


2. 48 pertanyaan yang dikemukakan dalam buku ini adalah pertanyaan yang sering ditanya anak-anak berkenaan Allah dan alam ghaib.

3.Setiap pertanyaan dijawab dengan huraian berserta dalil al-Quran yang mantap.



Anis cukup merasakan bahawa dengan metode tanya jawab tersebut, anak-anak akan mudah memahami secara benar Wujud Allah Swt. dan tanda-tanda kekuasaan-Nya, sehingga akan lahir kecintaan kuat dalam jiwa anak-anak akan Kemahakuasaan Allah Swt. Dengan kecintaan tersebut, mereka akan mampu menetapi setiap perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya dengan penuh kesadaran dan tanggung jawab.



Inilah buku pedoman sederhana untuk membentuk jiwa anak shalih dan shalihah. Bukankah Anda sungguh mengidamkannya? (macam ayat iklan je hehe)







p/s: mencari-cari buku idaman Bijak Berbicara Mencuit Rasa tapi ALLAH menemukan dengan “sesuatu” yang lebih baik. Ada yang sudi carikan untuk Anis? (~~#)” nak hadiahkan pon tak pe..


Kerana ALLAH kita BERJUANG, kerana ISLAM kita saling MENGUATKAN, kerana itulah IKHLASkanlah segalanya...

Sekadar perkongsian,

24 oktober 2010

11.34 p.m

Baiti Jannati


5 comments:

anas said...

anak2 mesti dibentuk agar menjdkan muslim mukmin mttaqin n daei sbg profession utama bgnya kelak...
betol ker??

aNis hUmaiRa said...

anas amek katner penyataan ini?

tapi jika merujuk kepada makna asal dai'e (da'aa) yang secara tak langsung dikaitkan dengan dakwah, memang tidak dinafikan bahawa dakwah itu wajib ke atas setiap individu muslim, sama ada individu itu mahu melihat atau dilihat dai'e sebagai profesion utamanya atau tidak ia terpulang ke atas dirinya, namun Sesungguhnya para ulama sepakat bahwa dakwah menuju agama Allah hukumnya wajib walaupun terdapat juga ulama' yang mengatakan dakwah itu f.kifayah. Hal ini berdasarkan perintah Allah untuk berdakwah sebagaimana terdapat di beberapa tempat di dalam Al Qur`an.

Dan hendaklah ada dari kamu satu umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; mereka adalah orang-orang yang beruntung. (QS Ali Imran:104).


Firman Allah s.w.t yang bermaksud : " Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik, dan berbincanglah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesunguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk" (surah al-Nahl : 125)

Firman Allah swt yang bermaksud : "Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata : Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri." (Surah Fussilat : 33)



Jika anas merujuk kepada kenyataan Abu Karim Zaidan menjelaskan bahawa kewajipan berdakwah ke atas seseorang itu ada dua peringkat. Pertama, peringkat perseorangan yang mesti dilakukan oleh setiap orang Islam berdasarkan dia itu orang Islam. Kedua, peringkat berjamaah berdasarkan dia itu menjadi anggota kepada jamaah. Berdasarkan kepada keterangan-keterangan yang telah dijelaskan, dapat dibuat kesimpulan bahawa tanggungjawab dakwah adalah terlalu besar. Ia bukan setakat fardhu ain ke atas setiap orang Islam, malah juga fardhu kifayah ke atas seluruh orang Islam mengikut kemampuan masing-masing. Dakwah bukan setakat ceramah agama, tetapi usaha-usaha yang disusun dengan baik untuk mengubah fikiran, sikap dan tabiat manusia supaya selaras dengan kehendak Allah dan RasulNya.

tetapi perlu diingatkan sepantasnya seorang da’i juga memiliki pekerjaan dan usaha untuk mencukupi keperluannya, sehingga dia tidak menggantungkan kepada umat. krn makanan terbaik yang dimakan oleh seseorang ialah hasil keringatnya sendiri. Nabi Muhammad n bersabda:

Tidaklah seorangpun memakan makanan sama sekali yang lebih baik daripada dia makan dari pekerjaan tangannya. Dan sesungguhnya Nabi Allah, Dawud q , dia makan dari pekerjaan tangannya. (HR Bukhari, no. 2072).

jika anas tak pasti, bolehlah merujuk kepada yang lebih 'arif ye.. (^^.) maaf ye.. anis pon amat kurang ilmunya

anas said...

Waa..pnjg nyer..hehe.ntah.amek kat mne ntah penyataan nie,tp ustaz uztazah biase sebut ayat ni time skolah2 dlu.diorg kte diorg x kisah anak2 murid dia nak kerja ape pon, engineer ke, guru ke yg penting kerja2 mnegakkan islam ini tetap dijalankan...satu lagi ayat yg biase disebut, "jdlah benih yg apabila dilontarkan ke laut menjd pulau, kedarat menjd permata di angkasa menjadi kejora"hehe

aNis hUmaiRa said...

wah!!! bagusnya ustazah anas tu.. betul tu.. nnti anis pon nak ckp mcm tulah kat anak2 murid anis

anas said...

erm..profesion guru adalah profesion yang paling banyak peluang dan kesempatan nak berdakwah kan?
berhadapan dengan anak-anak yang masih lagi suci jiwanya, yang bisa dilentur, yang bakal menjadi pemuda yang menjadi tonggak utama dalam menegakkan deen ini...bestnya.aih,rase cam nak jadi cikgu la plak.hehe