Saturday, October 23, 2010

Lihat apa yang tersirat

Bismillahirrahmanirrahim..

Coretan kali ini hanyalah sekadar luahan yang anis sendiri pasti ada ramai yang kurang mengerti apa yang tersirat disebalik apa yang tersurat ini, namun, jika ada mampu mengambil ibrah... sesungguhnya beruntunglah bagi sesiapa yang bisa melihat hikmah yang terhijab.. (huhu tak yah baca pon tak pe) peace....(^-^)v!

KISAH 1

Minggu-minggu yang dipenuhi pelbagai mehnah harap bisa mentarbiyah diri yang sedang “goyah” ini. Hanya ALLAH yang MAHA mengetahui apa HIKMAH yang tersirat disebalik keputusan yang dibuat ini. Seusai keluar dari Dewan Peperiksaan pagi jumaat, otak masih lagi ligat memikirkan apakah keputusan terbaik untuk dipilih. Setelah semua kegembiraan yang dirancang adakalanya juga dilihat sebagai sebuah “tragedy” yang pasti tak akan luput dari layar memori. Namun, ada juga insan yang melihat “tragedy” itu sebagai sebuah kenangan paling manis walaupun insan-insan tersebut menangis antara terkejut dan dan gembira. Iye, seharusnya bisa melihat sesuatu tragedy dengan positif. Namun, apabila implikasinya tidak sama seperti yang diharapkan adakalanya berharap agar tragedy itu tidak pernah terjadi... Bersyukur, tatkala semua insan yang menjadi “mangsa” bisa melakar senyuman biarpun ada yang mendapat torehan sehingga membekaskan parut.

KISAH 2

Banyak keluarga (yang dimaksudkan bukan keluarga dalam erti sebenar) yang dijaga bukan semudah yang disangka. Selepas satu persatu dilalui, hanya mengharapkan tangisan pada malam muhasabah itu adalah pengakhiran bagi semua persoalan.. adik, sabarlah.. banyak lagi yang perlu kamu pelajari.. andai kamu terus kuat, kamu pasti akan tersenyum disebalik tangisan demi tangisan.. bahu ini tumpangkan seorang demi seorang dari kamu, sama ada kamu yang luahkan atau kak anis sendiri yang luahkan apa yang menyesakkan dada ini, apa yang membuatkan dada ini penat semua itu amat melegakan. Pagi jumaat itu, sukanya hati melihat adik-adik bisa tersenyum kembali.. bermain dan menyanyi dalam satu halaqah cinta yang sedang kita lalui dengan pelbagai mehnah, walaupun ada dalam kalangan kita yang telah tersungkur dengan keindahan dunia ini.. namun, kak nis sendiri masih mengharapkan tangan yang kak nis hulurkan setiap hari ini akan disambut dan dan dihargai.. Kuat ye! sikit lagi adik.. huhu jangan sesakkan kak nis dengan ppelbagai persoalan yang membuatkan kak nis serba salah lagi ye! peace ! (^-^)V

KISAH 3

Seusai makan tengahari, keputusan mendadak terpaksa diambil... meninggalkan perancangan bercuti ke Kuantan, beralih ke Kelantan.. semoga ada insan yang lega mendengar keputusan yang dibuat dengan tergesa-gesa ini. Banyaknya hikmah yang ingin KAU tunjukkan padaku. Ya ALLAH tak semua insan bisa menerima ungkapan

terimalah seadanya apa yang berlaku, insya ALLAH ada hikmah setiap apa yang berlaku..”

tidak juga mengharapkan agar difahami tapi cukuplah sekadar menerima, namun jika kata-kata yang membuatkan diri ini kurang enak berada di sana.. insyaALLAH inilah keputusan terbaik. Semoga bisa mengecapi kebahagiaan yang dilihat sebagai sesuatu yang diharapkan. Usah merasa tenteram andai kamu hanya menjaga hablum minallah tetapi mengabaikan hablum minannas sehingga menyesakkan orang ingin membahagiakan kamu sedang kamu mencaci dan menghina orang yang menyanyangimu..

KISAH 4

Waduh, waduh... enak benar rasanya berada di rumah..

NO MORE ASSIGNMENT!

Ujian AKhir Kursus?

SELESAI!!!

Alhamdulillah..alhamdulillah..

huhu... minggu-minggu yang benar-benar mengujiku makin berlalu.. (^-^)..

rindu-rindu.. pada kakak, abang.. tak sabar rasanya.. menanti penyambung perjuangan Rasulullah ini melihat dunia..

MENANTI MUJAHID@MUJAHIDAH KECIL!!!!!

perit mendengar luahan kakak, rupanya

rupanya bukan senang nak jadi seorang ibu, barulah rasa apa yang mak rasa selama ini..”

sebak juga mendengar luahan kaki, lemah tak bermaya..

kakak hang tu malam-malam asyik telefon ja... duk minta maaf kat mak tak berhenti, susahnya, dia duk kata baru tau apa yang mak rasa “ mak berkata-kata padaku... sambil menyusun kuih-muih dalam bekas, anis sendiri sebak, itu kakak yang baik.. kalau anis? hehe yang nakal ni..takut pon ada..hehe.. buat-buat tak tau terus susun kuih untuk dijual.. sabar ye cik Kak..jangan manja-manja..kih3..

hmmm semoga anis menjadi anak yang benar-benar solehah... besar juga ye dugaan hidup ni

banyak ibrah yang dapat anis ambil dari apa yang berlaku, sebenarnya banyak perkara yang betul-betul menguji kebergantungan kepada ALLAH.. teringat pesanan seorang ukht..

dulu sebelum kak sakit, kak sering mencari-cari bahu untuk berkongsi masalah, tapi selepas peristiwa tu, barulah akak sedar betapa kebergantungan kepada ALLAH, AL-QURAN penenang jiwa.. hanya PADA ALLAH kita bergantung..”

betul tu kak..

teringat tatkala sakit menyerang, menyepikan diri dalam kamar tanpa mahu menyusahkan sahabat yang lain, menangis hanya pada ALLAH meminta dikurangkan sakit. Saat susah barulah sesiapa sahaja sering melihat yang MAHA SEGALANYA sebagai tempat kebergantungan.

Di depan sana harapan menantikan
Munculnya wahana sinar kejayaan
Yang bisa bangun setelah direbahkan
Diratap kecewa sepi sendirian

Iltizam kita perlulah ditingkatkan
Sahsiah kan hebat menyerlah
Iman kita itulah kekuatan
Berjihad di segala bidang

Bukalah minda kan terlihat rahsia
Apa yang difikir menyingkap yang zahir
Betapa bijana kebijaksanaan
Mentafsir perkasa ilmu diilhamkan

Nilai hidupkan bererti
Maruah dihargai
Islam terus dihormati
Indah dihayati


Sandiwara tipuan khayalan
Kejahilan mainan syaitan
Emosi bukanlah penyelesaian
WIBAWA SEORANG YANG BERILTIZAM

Kerana ALLAH kita BERJUANG, kerana ISLAM kita saling MENGUATKAN, kerana itulah IKHLASkanlah segalanya...

CORETAN TANPA HALA TUJU,

10.05 a.m

24 Oktober 2010

Baiti Sakinah


No comments: