Wednesday, April 13, 2011

umpamanya pensil...


Bismillahirrahmanirrahim..


Terus di kejar oleh amanah membuatkan diri dan menulis terpaksa berpisah seketika (kesian kat diri sendiri huhu). Coretan Kak Az (X-MMP) membuatkan diri termenung seketika. Bagi anis, ia satu kiasan yang cukup mudah, tapi kita mungkin jarang memikirkannya.



Pensil…


Anis suka pensil, mudah untuk melukis.. ^-^


Pasti kawan-kawan kenal pensel kan? (mustahil lah xkenal)


Dan pasti juga pernah menggunakan pensil bukan?



AKU DAN PENSIL


pernah tak sahabat-sahabat fikir bahawa banyak perkara yang boleh kita kaitkan dengan sebatang pensil? Pensil yang hakikatnya cukup rapat dengan diri kita.




PENSIL PERLUKAN MANUSIA


Pensil dicipta oleh manusia yang dikurniakan Allah akal dan kemahiran untuk mencipta.. tanpa manusia yang memegang, menulis, melukis dan sebagainya, pensil tu takkan dapat menconteng dengan sendirinya. Pensil memerlukan tempat untuk bergantung, begitu juga kita manusia. Kita tidak terjadi dengan sendiri. Kita diciptakan Allah untuk memberi manfaat kepada penduduk bumi, memakmurkan bumi dengan kalimahNYA dan untuk melakukan semua amanah yang diberikan, kita memerlukan satu tempat pergantungan yang boleh memimpin kita melalui jalan yang lurus dan tak lain pergantungan kita ialah ALLAH S.W.T..



PENSIL DAN SHARPENER



Selepas kita dah banyak kali menggunakan pensil, pastilalah pensil itu akan semakin tumpul kan? ketika itu kita akan tajamkan balik pensil tu dengan sharpener untuk menghasilkan karya yang lebih menarik dan cantik. “ce” kita bandingkan dengan diri kita pula, dalam perjuangan kita sehari-hari sebagai khalifah, mesti ada masa kita akan rasa down dan lemah. Tapi di saat kita lemah, kita tidak boleh terus lemah. Pasti kita memerlukan 'sharpener' untuk menarik kita kembali, memberi kekuatan dan semangat untuk kita teruskan langkah. tak lain juga 'sharpener' kita adalah kembali Allah dan Rasul-NYA. Kita sebagai manusia kadang-kadang memerlukan sahabat-sahabat yang mampu mengingatkan kita kepada-NYA dan juga semangat dari kedua ibu bapa.





PENSIL DAN PEMADAM


Dalam kita melukis dan menulis, pasti kita akan “tersilap”. Ketika tu mulalah kalut..



mana pemadam ni! Huhu.. tersilap plak!”.



Setiap kesalahan yang dilakukan oleh pensil, kita boleh padam menggunakan pemadam. Haaa (^^,) kita pun macam tu juga. Mustahil kita tidak melakukan kesilapan dalam hidup kerana memang diciptakan manusia itu lemah dan sering terlupa. Tapi, betapa “comelnya” kerana Allah mengajar kita untuk memadam balik kesilapan tu dengan 'istighfar' dan taubat nasuha.





PENSIL DAH HABIS!



eh, pensil dah habis la…huhu.”



Jangka hayat pensil akan tamat bila karbon yang ada sudah habis. Manusia pun begitu. satu waktu yang ditetapkan, kita akan kembali semula kepada PEMILIK kita yang hakiki. jadi, gunakanlah waktu yang berbaki ini, sebelum ajal menjemput pergi untuk perkara-perkara kebaikan dan memanfaatkan ummah. sesungguhnya Islam tetap akan gemilang tanpa kita tapi kitalah yang akan rugi jika tidak menjadikan ISLAM sebagai CARA HIDUP.



Kesimpulannya, segala benda yang ada di langit dan di bumi adalah milik Allah. sekiranya kita melihat setiap ciptaan Allah itu dengan mata hati, kita akan melihat hikmahnya Allah menciptakan segalanya untuk kita berfikir dan mengambil pengajaran kerana bezanya kita dengan makhluk ciptaan Allah yang lain adalah akal fikiran. Jadi, gunakanlah sebaiknya untuk menghayati dan memahami..



subhanallah…..”



Bermaknanya hidup ini,

Anis Humaira

14 April 2011

12.39 p.m

Kelas Pai/AQ/BA


4 comments:

Syabab said...

Assalamualaikum,

Terima kasih, satu perumpamaan yang cukup baik dan cukup dekat dengan diri kita..

Anis said...

sama2..mudah2an kembali merenung hakikat sesuatu ciptaan..

Syabab said...

insya Allah

Laman Srikandi As Sofa said...

salam alaiki..
barakallahu fik..
salam ziarah ke
lamansrikandisofa.blogspot.com
insyaALLAH syukran..