Sunday, December 4, 2011

Alhamdulillah..my weeding card


Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah, dengan izin-NYA Anis di sini ingin menyampaikan hasrat di hati untuk semua pembaca blog ini. Saya, Anis Humaira dengan sukacitanya menjemput anda untuk sama-sama hadir ke majlis sebagaimana kad di bawah (right click, open in new tab), Insya ALLAH semoga Allah redha pada kalian dan semoga Anis masih tidak terlewat untuk menjemput kalian (maaf sangat-sangat sekiranya terlewat) Harap sahabat-sahabat sudi untuk luangkan masa. 










Allah…. sahabat-sahabat.. renungkanlah…
Sebenarnya, inilah jemputan daripada Allah yang sangat menyayangi kita semua. Cuma kita yang jarang memandang kad jemputan yang banyak tercatat dalam Al-Quran yang ternyata lebih menjanjikan kebahagiaan berganda di akhirat dan keberkatan serta rahmat di dunia.

Firman Allah yang Maha Penyayang:
Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. (al-Israa’:79)

“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah solat tahajjud pada waktu malam, selain daripada sedikit masa (yang tidak dapat tidak untuk berehat) iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya: dan bacalah al-Quran dengan tartiil”  (Surah al-Muzammil ayat 1-4)

Orang yang mendirikan solat malam mendapat kebaikan dan kerahmatan, sebagaimana dijelaskan dalam al-Quran

“Sesungguhnya orang yang bertakwa ditempatkan dalam syurga, dengan mata air mata air terpancar. Mereka mengambil apa yang diberikan oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan diakhir malam mereka beristighfar kepada Allah.”  (az-Zariyat:15-18)

Anis membaca satu hadis yang Anis kira perlu dikongsi di sini yang bermaksud:

Daripada Abu Hurairah : Aku bertanya : Wahai Rasulullah! Beritahulah kepadaku tentang suatu  amalan yang membolehkan aku masuk Syurga lalu Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud :  Sebarkanlah salam, jamukanlah makan, dirikanlah solat sedangkan manusia lain sedang tidur  nescaya engkau akan masuk Syurga dengan selamat – (Dikeluarkan oleh Imam Ahmad, Hakim  dan Ibnu Habban dengan sanad sohih)

Indahnya memadu kasih dan cinta kepada Rabb pada saat insan lain masih lena dalam dakapan mimpi. Alangkah ruginya saat tidak terjaga dan bukan tergolong dalam kalangan manusia yang ringan badannya untuk memperbanyakkan sujud kepada penciptanya.

Imam al-Mubarakfuri berkata:
"Suatu malam aku bangun dan merenungi al-Quran, lalu aku bandingkan amalanku dengan amalan ahli syurga. Ternyata, aku dapati bahawa amalan mereka begitu berat (mantap). Hampir tidak ada malam yang berlalu tanpa mereka gunakan untuk beribadah. Setiap malam mereka bersujud dan berdiri di hadapan Rabb mereka. Ku lihat diriku bukanlah termasuk di antara mereka."

Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Tuhan kita Yang Maha Berkat dan Maha Tinggi turun ke langit dunia setiap malam, pada sepertiga malam terakhir dan berfirman, 'Barangsiapa yang berdoa kepadaKu pasti Aku kabulkan, barangsiapa meminta kepadaKu pasti Aku beri, dan barangsiapa yang memohon ampunanKu pasti Aku ampuni'."  (HR Bukhari)

Pesan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat:
“Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam itu, ia sebenarnya satu anugerah dari Allah. Allah kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah. Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa-apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah. Kemudian tidurlah.
Kalau kita sedar, kemudian kita terus sambung tidur tanpa ucapkan apa-apa (contoh beristighfar, bertahmid dan sebagainya). Kemudian malam kedua dan malam ketiga pun begitu juga. Kita bimbang malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita”.

Terjaga kita diawal pagi, adalah satu rahmat yang merupakan kurniaan Allah SWT. Siapa tahu saat Allah takdirkan kita terjaga, sebenarnya Allah menunggu untuk memakbulkan sebarang permintaan malam tersebut. Mulalah dari langkah pertama, berdoa sebaik terjaga. malah mintalah dari Allah untuk bangkitkan kita malam-malam seterusnya.

Itulah caranya mengucapkan terima kasih kerana terjaga saat sedang tidur. Tetapi, alangkah baiknya andai Tahajud dapat ditunaikan....Insya ALLAH, hari ini kita hanya bangun berdoa, mudah-mudahan langkah seterusnya adalah kita mampu kuatkan diri untuk sujud kepadaNYA.


P/s: Rasa malu pada Allah bila terjaga pagi-pagi buta, Allah sedang tunggu permintaan kita untuk dikabulkan tapi kita menyombongkan diri dengan memejam rapat mata kita. Allah..ampunkan aku saat aku tidak kuat melawan nafsu.


Hanya sekadar berkongsi,
5 Disember 2011
11.02 a.m

7 comments:

imtiaz khan said...

:')

Srikandi permata said...

Assalamualaikum,
moga kehidupan enti sentiasa indah dalam dakapan cinta-NYa.
amin

SyaheeDah said...

syukran atas perkongsian yg saaangat brmakna..

alangkah indah jika ruh yg kembali menyatu dgn jasad itu kita 'pegang' erat..sokmo.

..sebelum ia kembali berpisah utk selamanya..

itulah rezeki..kan..

*nex sem berjiran lg ye^_^

aNis hUmaiRa said...

>> kak ain

^-^..hadiah utk kak ain

aNis hUmaiRa said...

>>Srikandi Agama
Allah....allahumma amen syukran kathir, wa anti aidon

aNis hUmaiRa said...

>>dik ida..

"alangkah indah jika ruh yg kembali menyatu dgn jasad itu kita 'pegang' erat..sokmo"

Insya ALLAH...

..sebelum ia kembali berpisah utk selamanya.. =_=" SAAT PENUH DEBARAN


INSYA allah... hehe maafla klu kak nis jiran y gege..hehe

Bella said...

As'salamualaikum , alhamdulillah , izinkan saya share . terima kasih (: