Wednesday, December 7, 2011

genggam tangan





Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, hari ini bisa menghirup nikmat Allah yang tidak terhitung dengan nikmat sihat sedikit ini yang entah sampai berapa saat Allah ingin meminjamkan pada jiwa ini.

Menghitung kembali jiwa-jiwa lama yang jauh dengan Allah. Membelek kembali rentetan sejarah hidup para sahabat yang ternyata benar-benar meruntun jiwa ini. Allah… dekatnya mereka dengan-Mu, dengan Kekasih-Mu.

Merekalah insan yang telah mencapai puncak keyakinan dan kepercayaan dengan segala apa yang telah dibawa kepada mereka daripada Allah tanpa sebarang keraguan terhadap suruhan agama.

MAJLIS-MAJLIS IMAN

Para sahabat adalah insan yang sangat mengambil berat di dalam mendidik diri mereka sendiri. Sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti pentarbiyyahan. Sudah menjadi kebiasaan sesetengahnya dalam kalangan mereka meminta bantuan dari sesetengan yang lain untuk membuat teguran dan nasihat terhadap diri mereka dalam rangka amar ma’ruf dan nahi munkar serta sentiasa berhimpun dalam majlis-majlis iman.

GENGGAM TANGAN

Pernah tak kita menggenggam tangan sahabat kita dan mengajak ke arah sesuatu?

mungkin..hmmmm

YA, pernah bersemangat mengajak sahabat sendiri menghabiskan masa terluang dengan makan di kafe sambil santai-santai menenangkan fikiran.

Ya, pernah bersemangat mengajak sahabat menonton cerita korea atau menonton bola dengan alasan mahu menghilangkan tekanan akibat belajar atau tugasan dan kebosanan sambil berteriak dan bergelak sakan.

Ya, pernah, bersemangat mengajak sahabat berbual kosong sambil menghidang teh panas di dalam bilik.

dan pelbagai kemungkinan lagi realiti yang berlaku disekeliling kita bukan?

GENGGAM TANGANKU LAGI..

Cukup berbeda zaman sahabat dan manusia pada hari ini bukan. Membaca Suri Teladan Kehidupan Para Sahabat karya Dr. ‘Ali Shurbaji, membuat jiwa terbayang kesucian hati para sahabat. Saya genggam tanganmu sahabat, jom kita sama-sama merenung kalimat ini…

Ibnu Abi Syaibah telah mengeluarkan sebuah hadith dari Abu Dzar R.a, dengan katanya:
“Pernah Umar memegang tangan seorang dua sahabat sambil menyeru kepada mereka: “Ayuh, kita tingkatkan iman.” Lantas mereka melakukan zikrullah ‘Azza Wajalla.

Al-Tayalisi telah meriwayatkan hadith dari Abi Darda’ dengan katanya:
“Pernah ‘Abdullah bin Rawahah r.a memegang tanganku sambil berkata: “Ayuh, kita tingkatkan keimanan kita kerana sebenarnya hati ini cepat berubah, lebih cepat dari kawah yang menggelegak.”

Lihatlah bagaimana teladan para sahabat Rasulullah terdahulu, sentiasa mengajak sahabat yang lain mendekatkan diri kepada Allah dan keredhaannya.

Renung kembali, adakah kita juga sedemikian atau hati kita begitu  girang dalam mengajak sahabat kita sama-sama ke arah kemurkaan Allah dan neraka-Nya atau sebaliknya.

Al-Iman Ahmad dan Al-Tabrani telah meriwayatkan sebuah hadis dari Abu Hurairah R.A dengan katanya: Rasulullah s.a telah bersabda: “Perbaharuilah iman kamu.”

Mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, bagaimana kami hendak memperbaharui iman kami?”
Jawab Rasulullah s.a.w “ Perbanyakkan menyebut kalimah LA ILAHA ILLALLAH.”           

Biarlah waktu telah berlalu dan bersenggang jauh kita dan para sahabat, namun gema pengaruhnya tetap segar dan mekar, buat memberi petunjuk pembentukan diri dalam melalui detik sebelum bertemu rabb…



ربي ... لا تخرجني من هذه الدنيا حتى ترضى عني
Ya Tuhanku, janganlah engkaulah keluarkan aku dari dunia ini sehingga engkau redha akan aku..

p/s: Aku risau ya Hafiz, andai saat ini, kau menjemputku pulang, aku tidak mampu kembali dengan diri yang sama seperti saat aku dilahirkan...sudah tentu malu diri ini tidak berbelah bahagi…


Sekadar menaip,
7 Disember 2011,
4.11 P.M.


5 comments:

SyaheeDah said...

adakalanya spt mahu lari,krn tak mampu mjadi spt mereka..

tapi...la' la'..

yg penting, usaha sehabis baek,kan?
alhamdulillah,mujur ada shbt yg spt k.nis^_^

*lbh suka sendirian di bilik..hmm,bila le ida nak berubah..T_T

aNis hUmaiRa said...

insyaALLAH ida mampu.. benar tu, ALLAH pndg usaha tu, bkn hasilnya. alhamdlh, Mjur ada ALLAH selalu nk ingatkan hati ni..

hmmm Dlu kak nis pn gtu, skrg pn gtu lg, tp teraktif skit utk bjln2 jgk mjegk shbt2 , cb utk wat prbhn..w.pon msh lg rse selesa berada di bilik je..

thn dpn kta jln2 sama2 la nk? ^_~

Bulan Syurga Firdaus said...

Semoga Allah berikn kekuatan n sentiase dlm jagaan Allah :)

aNis hUmaiRa said...

>>bln syurga Firdaus

Allahumma ameen... wa anta aidon.. Smoga ALLAH kasih

RuMaH TuA said...

Dalam menempuh kehidupan sementara ini, ketahuilah kita sentiasa perlu kepada genggaman sahabat. Jangan sesekali merasakan cukup dengan diri kita semata. Kerana dengan merasa cukup itu menunjukkan tanda kita terasa adanya kehebatan dalam diri sehingga tidak perlukan genggaman yang lain. Jadilah kita orang yang suka mengenggam dan digenggam.

Didik diri untuk mencari kebaikan dalam keburukan saudara kita serta mencari keburukan dalam kebaikan diri kita. Mudah - mudahan ikhlas itu kita miliki. Insyaallah, Allah akan pinjamkan sedikit kekuatannya buat kita.

"Moga Allah cinta kak Anis"