Thursday, June 17, 2010

Janji-janji yang diikar dalam solat


Bismillahirrahmanirrahim...


Inginku berkongsi suatu tentang sahabat

sebuah kisah yang pernah tercatat

dirinya benar-benar hebat

kepada ALLAH hatinya terikat

sepenuh jiwa dalam solat


Kisah ini benar-benar menyentuh qalbi..sebuah kisah dari buku Khusyuk Dalam Solat karya Tuan GuruDato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat......andai bisa ku sepertinya....


Seorang murid kepada Abdullah Bin Mas’ud r.a bernama Rabel’ bin Haiban adalah seorang yang amat prihatan dalam menjaga pandangannya. Oleh kerana beliau sering memejamkan matanya demi menjaga penglihatannya dari ternampak perkara yang tidak diharuskan oleh ALLAH atau yang terlarang oleh ALLAH, maka sehingga disangka bahawa ia buta oleh orang ramai.


Seorang budak penjaga rumah Abdullah Bin Mas’ud apabila melihat Rabel’ bin Haiban datang, lantas dia segara memberitahu Abdullah bin Mas’ud bahawa orang buta telah datang. Abdullah bin Mas’ud tersenyum mendengar pemberitahuan pembantu rumahnya kerana sebanarnya Rabel’ bin Haiban bukanlah seorang yang buta tetapi oleh kerana beliau terlalu lama memejamkan mata maka ramai budak-budak yang menyangka beliau seorang yang buta.


Rabel’ bin Haiban adalah seorang yang hatinya sangat hampir kepada ALLAH kerana dia merasakan bahawa ALLAH snetiasa memerhatikan segala perbuatan dan gerak-gerinya.


Suatu ketika, Abdullah bin Mas’ud telah membawa Rabel’ bin Haiban berjalan-jalan dan melihat perusahaan pertukangan besi. Apabila tukang besi itu menekan pum angin bagi memarakkan api untuk membakar besi-besi, menyebabkan api keluar menjulang dari dapur pembakar itu. Secar spontat Rabel’ bin Haiban terpandang api itu dan tiba-tiba sahaj dia jatuh rebah dan pengsan.


Apabila Abdullah bin Mas’ud melihat anak muridnya pengsan, beliau segera berusaha memulihkannya dari keadaan pengsan tersebut. Walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk menyedarkannya, namun ia tidak berhasil. Rabel’ bin Haiban terus juga pengsan dan tidak sedarkan diri.


Abdullah membawa muridnya pulang ke rumahnya sehingga keesokan harinya barulah Rabel’ bin Haiban sedarkan diri. Kata Abdullah bin Mas’ud bahawa yang menyebabkan Rabel’ bin Haiban pengsan setelah melihat api yang menjulang dari dapur tukang besi ialah kerana Rabel’ bin Haiban adalah seorang yang hatinya sangat gerun dengan ancaman balasan azab neraka kepada hamba-hamaba ALLAH yang ingkar.


Maka, apabila beliau terpandang api dunia ini, beliau seperti terlihat bayangan api neraka, sedangkan api dunia ini adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan api neraka ALLAH yang telah ALLAH janjikan pada mereka yang ingkar. Demikianlah bagi orang yang hatinya gerun kepada ALLAH S.W.T, apa jua yang dipandangnya ia akan segera terbayang segala yang berlaku di akhirat.


Jika terpandang waniat cantik, ia segera terbayang para bidadari di syurga yang sentiasa perawan, yang disediakan oleh ALLAH untuk hambanya yang mukmin. Jika ia melihat api, maka ia terbayang api neraka tempat kembali bagi orang-orang kuffar dan ingkar. Jika ia menikmati makanan lazat, ia segera membayangkan bahawa kelazatan makanan di syurga tidak terperi oleh akal manusia. Jika ia terjatuh ke dalam kesusahan dunia maka ia merasakan bahawa kesusahan yang ditanggung di dunia adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan penderitaan di Akhirat.


Maka orang seperti Rabel apabila datang waktu solat baginya tiada apa yang dirungsingkan kecuali ia bimbang terhadap ALLAH S.W.T yang sentiasa memerhatikan gerak geri solatnya. Ia merasa bimbang terhadap kesudahna solatnya, apakah ia menepati apa yang disyariatkan oleh ALLAH S.W.T. Ia benar-benar runsing terhadap ucapannya yang sering dilafazkan dalam solatnya. “Apakah aku benar-benar menunaikan sumpah yang aku lafazkan bahawa segala perbuatanku hidup dan matiku hanya kerana ALLAH S.W.T semata-mata atau ia hanya kalimah yang dihafaz semata-mata kerana ia terlalu lazim disebut??


p/s: pesan buat diri.. Orang yang hatinya berdamping dengan ALLAH tidak terpesona dengan kecantikan paras wanita, tidak tergoda dengan kesenangan hidup yang sementara, tidak merasa kecewa dengan kesusahan yang dialami semasa hidup di dunia sebaliknya ia merasa balasan baik buruk di akhirat yang tiada taranya.

No comments: