Saturday, June 19, 2010

::kita tak tahu ..::

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

“betul ke awak macam tu? dia cakap awak ni...bla..bla..bla”

“astaghfirullahal ‘azim...” tak mampu anis berkata apa-apa

mungkin dia ada sebab......

Kenapa manusia selalu sangat bersangka-sangka.....

KITA TAK TAHU DIA FIKIR APA....

anis juga pernah beberapa kali rapuh dalam memikirkan hal ini..

terutama apabila ia melanda lautan tenang hidup ini...

hadirnya fitnah tentang diri kadangkala bisa membenihkan kebencian dalam hati...

tapi andai mampu kita meleburkan sangkaan terhadap si dia

selamilah perasaan dia...mungkin dia tidak berniat begitu..

mungkin juga lidahnya berkata lain, namun..lain pula sangkaan dan fahaman orang lain...

Rasulullah s.a.w pernah menyebutkan bahawa dosa yang paling mudah menjerumuskan kita ke api neraka adalah mulut kita sendiri. Maka, berhati-hatilah dengan apa yang kita katakan..

KISAHMU KEKASIH HATI

tersenyum..apabila membaca kisah Kekasihku di laman seorang teman..

Tertarik dengan akhlak Rasulullah s.a.w. Pada satu hari, seorang wanita kafir menghadiahkan Rasulullah s.a.w sebakul buah limau. Atas rasa terima kasihnya baginda, baginda pun merasa sebiji buah limau tersebut. Dan kemudian Rasulullah merasa lagi, sebiji demi sebiji tanpa mempelawa sedikit pun sahabat-sahabat yang berada di sekitarnya.


Umar tertanya-tanya. Selalunya Rasulullah akan mempelawa mereka untuk bersama-sama menikmati makanan yang dihidangkan. Berbeza sungguh sikap Rasulullah pada waktu itu. Tapi sahabat-sahabat baginda tetap sabar menunggu sehingga baginda selesai. Setelah selesai, wanita kafir itu pulang.



Akhirnya baginda bersuara, "Aku tidak mempelawa kamu kerana wanita itu memberikan limau yang terlalu masam bagi pendapatku padaku. Dan aku tidak sampai hati jika kalian memakannya dan kamu akan ia akan memberi mudarat kepada perut kalian. Seluruhnya masam dan kerana itu aku tidak mempelawa kalian" indahnya akhlak Rasulullah. Dan wanita yang memberi limau tersebut, pulang dengan perasaan kecewa.


Tujuannya adalah untuk Rasulullah s.a.w marah apabila baginda memakan buah limau yang masam itu. Dan oleh itu, bolehlah dia jadikannya sebagai umpan kepada masyarakat supaya masyarakat tidak menerima Islam lagi selepas itu. Mana tahu, semua rancangannya gagal.

Indahnya akhlak baginda, lebih baik memudaratkan diri baginda dari sahabat-sahabatnya. Indahnya akhlak baginda, tidak sedikit pun baginda menjatuhkan maruah wanita itu sekali pun menyedari rancangannya. Masya Allah, inilah yang dinamakan adab dalam bersahabat, dan adab menjaga hati manusia lain.

LIDAH ADALAH AMANAH

wahai orang-orang yang beriman, takutlah kamu pada ALLAH s.w.t dan berkatalah dengan kata-kata yang benar.

“ Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), Karena sebagian dari purba-sangka itu dosa. dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang”. hujurat 12.

Bagi anis hendak menjaga lidah bukan mudah dan bukan senang.. kadang-kadang ia berlaku tanpa sedar dalam pergaulan seharian kita....

Jadi, PENDIAM lebih baik bukan?

huhuhuhu

kadang-kadang apabila seseorang sentiasa berkata belakang kita tak mampu anis meluahkan rasa...

(titt..titt) bunyi mesej masuk...

kak, saya minta maaf..rasa bersalah sangat dengan kak....”

ia..anis tak mampu berkata apa..hanya bertemankan firmannya hujurat 12 mampu anis luahkan padanya...

“akak tak tahu apa salah akak ..tapi yang pasti akak nak adik tahu yang akak amat sayang adik... apapun yang berlaku..akak tak mahu ingat semua tu.. akak tahu mungkin kadang-kadang akak tak tahu apa yang adik fikir...”

Tak semestinya anggapan kita adalah sama dengan pengertian orang lain. Boleh jadi suka kita adalah duka rakan kita...

Bersangka..jangan hanya pada manusia tidak boleh...

malah, sedar atau tak... janganlah kita bersangka buruk pada ALLAH..

Maha Adil ya Allah, Dia berikan ujian bukan hanya pada seorang manusia tetapi kepada semua, dan ambillah peluang ini untuk menaikkan iman kita, kerana jika kita berjaya, ada saham kita pada mereka. Masya Allah, Maha Adil-MU, wahai Allah.

ia..kita lihat kawan dan teman kita diuji... sedar atau tak.. sebenarnya ALLAH juga menguji diri kita sebagai temannya..

seorang ayah diuji... sebenarnya anak-anak dan isterinya juga diuji..



Janganlah kita dengan prasangka, menyangka yang bukan-bukan pada ujian yang diturunkan olehNYA. Menunding jari mengatakan itu adalah akibat dosa silamnya, tidak wahai manusia, wahai hati-hati yang membaca. Tidak. Dia juga menjadi ujian kepada kita. Dan hulurkanlah bantuan. Jangan difikirkan kisah silamnya dan sejarahnya. Tetapi ambillah peluang ini untuk DIA memberikan ganjaran juga kepada kita.



Didiklah hati, tahankan fikiran itu, dan peliharalah iman. Kita tak tahu apa yang difikirkan manusia atas tindakan mereka, tapi raikanlah. Ketahuilah, Allah bersama-sama dengan prasangka kita, maka, biarlah prasangka baik, dan hindarkan prasangka buruk. Setiap yang manusia lakukan, pasti ada sebab. Mesti ada sebab. Dan jika sebabnya menyimpang, bantulah.

fi baiti sakinah

20 jun 2010

9.40 pagi

2 comments:

penGemiS rEDHA Ilahi....~ said...

salam mahabbah ya ukhti..
nice p0st..
ssghnya Allah shj Yang Maha Mengetahui ttg sesuatu prkara..

n psl crita Rasulullah tu,
klau x slp,esknya wanita yg bri limau td bwk ramai org(hmba rsenyer),beratur di hdpn Baginda utk diislamkan..
katanya dia sengaja utk menguji Baginda dn mlht peribadi bgnda dn akhirnya trtarik kpd sifat yg ditonjolkn..

SubhanaLlah..btp indahnya akhlak junjungan kita..moga kita trpilih utk mndpt syafaatnya nnt..amin..

waLlahualam...=))

aNis hUmaiRa said...

betul tu ya ukht.. syukran ye