Saturday, December 18, 2010

Bicara seorang ID: syurga kecil


Bismillahirrahmanirrahim




Syurga kecil?

Pernah impikan untuk rasa aman dan tenang dalam ruang yang sempit di sama ada fi baiti sakinah ataupun di asrama ? huhu

Bagi Anis, kamar beradu di kampus merupakan syurga kecil, kerana di ruang terbatas itulah lahirnya suatu inspirasi.

Iye, inspirasi untuk terus menulis..



Bilik tidur di asrama atau di rumah jika dipandang di sudut mata Anis, kedua-keduanya bukan saja berfungsi sebagai ruang tidur malah ia juga menjadi ruang untuk menyimpan dan menguruskan barangan peribadi. Dan yang paling penting ia juga biasanya menjadi ruang untuk belajar khususnya bagi “murid” dan “pelajar” mahupun “guru”.

Sekalipun ruang yang terbatas di dalam bilik tidur, namun ia tidak patut menjadi alasan mengapa kita tidak perlu “menghidupkan” syurga kecil kita.

Bagi Anis sendiri, ruang yang kecil sebenarnya memberi kita peluang yang besar untuk kita berusaha menceriakan ruang belajar yang selesa. Mengapa tidak? Mungkin bagi yang tidak terlalu kreatif cukuplah sekadar memastikan bilik anda kemas, tidak membiarkan bersepah, pastikan cadar katil, susunan buku, pakaian di dalam almari semuanya dalam keadaan yang rapi.

Iye, apa yang pasti SUASANA pembelajaran yang selesa tidak hanya tertumpu di bilik darjah, dewan kuliah, sebaliknya ruang belajar di bilik juga memainkan peranan penting bagi menjamin sesi ulang kaji yang berjaya.

Terdapat sebahagian pelajar yang menggunakan ruang tamu, di depan televisyen mahupun meja makan sebagai tempat untuk menelaah pelajaran ketika berada di rumah.

Cara itu ternyata salah kerana tumpuan yang diberikan kepada ulang kaji MUNGKIN boleh terganggu akibat pencahayaan yang kurang ataupun gangguan perhatian daripada orang lain.


BERDEKATAN TINGKAP




Pencahayaan, aliran udara dan pemandangan menarik penting bagi menjamin keadaan yang rileks. Pastikan meja belajar diletakkan bertentangan mahupun berdekatan dengan tingkap bilik. Jika dilihat, di kampus Anis sendiri, keadaan meja belajar yang diletak bersebelahan tingkap memungkin kadar pengcahayaan yang cukup.. dan sangat comel terutama apabila angin sepoi-sepoi bahasa menyapa lembut dan dapat merasa biasan hujan.

Apa yang pasti cara ini mampu membuatkan seseorang mengurangkan tekanan ketika belajar. Seperti yang Anis katakan tadi. Sahabat-sahabat boleh mencari pencuri lagi..hehe… boleh mencuri waktu untuk menyaksikan pemandangan luar selain menghirup udara segar.. ^-^


KUMPULKAN ALAT TULIS


Jangan selerakkan alat tulis di atas meja belajar mahupun di dalam laci. Perkara itu akan menyusahkan kerana leceh mencarinya saat diperlukan.

Sebaik-baiknya sediakan sebuah bakul mahupun cawan untuk meletakkan pensil, pen, pembaris mahupun gam di suatu tempat. Cara ini berkesan dan memudahkan anda mencapainya.

Selain itu, Anis cadangkan juga boleh menggunakan kreativiti menggunakan bahan-bahan terbuang seperti botol-botol air dan kotak untuk dihias menarik dan dijadikan bekas alat tulis. Pastikan bekas tidak terlalu memakan ruang, kalau boleh sesuaikan dengan saiz meja belajar sahabat2.


SUSUN BUKU MENGIKUT JENIS



Bila menyebut tentang belajar, Anis pasti buku menjadi perkara utama dalam menelaah pelajaran atau membaca. Buku-buku menjadi bahan wajib berada di atas meja belajar. Gunakan ruang meja tersebut untuk menyusun buku-buku mengikut jenis-jenisnya.


Asingkan buku ilmiah, buku bacaan santai, majalah dan buku latihan.


Macam perpustakaan tak? hehe


Tapi, kalau jumlah terlalu banyak, sediakan satu ruang lain untuk meletakkan buku-buku tersebut di atas rak. (terpaksalah keluarkan budget lebih sikit).


LAMPU BELAJAR


Pencahayaan penting bagi menjamin suasana pembelajaran yang selesa. Penting untuk mempunyai sebuah lampu meja yang terang di meja belajar.

Walaupun mempunyai pencahayaan di bilik yang terang, ia tidak bermakna mencukupi untuk memberi keselesaan ketika menghadap buku. Gangguan daripada bayang-bayang dan silau mampu menjejaskan tumpuan.



KERUSI YANG BETUL

Sekiranya memilih untuk membeli sebuah kerusi belajar baru, pastikan memilih kerusi dengan yang mampu menampung postur yang betul. Pilih kerusi yang mempunyai bahagian sandar dan mampu membuatkan kita duduk dengan tegak dan selesa ketika belajar. (kerusi di meja belajar IPTAA dah cukup selesa ^-^)..


TAMPAL BAHAN-BAHAN AKADEMIK


Jangan sesakkan meja belajar dengan gambar-gambar tidak berfaedah seperti poster artis (lebih baik digantikan dengan gambar family) sebaliknya gantikan ia dengan jadual waktu, bahan-bahan pelajaran, nota-nota ringkas serta ayat- ayat semangat.


INSPIRASI SYURGA KECIL






Beberapa point ini amat penting untuk dititik beratkan dalam mendapatkan ruang belajar yang selesa, tidak kiralah untuk menelaah bahan akademik, ilmiah atau untuk menulis. Bagi Anis, walaupun tak mampu menggapai impian untuk menjadi ID (interior designer) cukuplah sekadar menjadi ID bagi kamar sendiri, membina mini landskap di sudut belajar dan memastikan suasana bilik sentiasa berada dalam keadaan terbaik kerana bilik yang kemas amat menenangkan jiwa, memberi banyak inspirasi untuk menulis seterusnya mendidik diri untuk menjadi muslimah yang tahu menghidupkan SYURGA KECIL.

Di hujung pena Anis Humaira,

18 Disember 2010,

10.07 p.m,

Fi Baiti Sakinah.



4 comments:

BaiTiL a'tiQa said...

kak nis...
bru prasan x folo ag...
huu...
patot xde dlm dash...

iqa suka blog kak & ziarah slalu(bukan bodek)...
hee..

aNis hUmaiRa said...

hehe..mekasih ye dik manis.. ^-^.. syukran sudi singgah ke teratak kak anis..

ruhuljadeed said...

salam ziarah:::
seronok bace^__^
cume inspirasi syurga kecil takde ag.huk33
hehehhehe~~
lamo dy cuti;::::

aNis hUmaiRa said...

waalaikumslm... hehe... xpe2 nnti carilah "inspirasi tu" ...cuti lamo0o? beselah institut pguruan kan, mcm bdk sekolah lah.. kak sisah yang kiut... sgt rindu kecomelan pipi kamu ^-^