Wednesday, December 14, 2011

fatamorgana yang dikejar


Bismillahirrahmanirrahim

Pernah mendengar tentang fatamorgana?

sudah tentu!
Anis pasti semuanya pasti pernah. Atau setidak-tidaknya pernah mendengar alunan nasyid bertajuk fatamorgana daripada kumpulan Hijjaz. (mungkinla :P)

Pernah mengejar fatamorgana? bagaimana pengakhirannya? adakah terasa kebodohan diri yang tertipu dengan sesuatu yang tiada pun pada hakikatnya… Rugi benar terasa jika hanya mendapat penat dan lelah diakhir pencarian namun tiada hasil walau setitis air.

Membaca dan meminjam kata-kata dari blog Kak Syafiqah:

“Dunia ni adalah fatamorgana. impian kita tidak pernah habis. tidak berpenghujung. Cuba tengok jalan raya waktu panas terik, kita nampak seperti ada garisan air di hadapan sana. Namun, apabila kita tiba di destinasi tersebut langsung tiada apa-apa walau setitis air. Itulah umpama kehidupan. kita mengejar kehidupan seumpama ada sinar bahagia di hadapan. apabila kita dapat apa yang dikejar, tiada apa pun selain kepuasan yang bersifat sementara. dan kita terus mengejar perkara di hadapan tanpa lelah”.

merenung sedalam-dalam…

inikah kehidupan yang kuimpikan?


….. PASTI MUSNAH!

Sesungguhnya Allah ‘Azza wajalla menyerahkan dunia ini kepada kamu, supaya dengannya kamu memperoleh akhirat. Bukan darinya supaya kamu bersenang dan leka dengannya kerana dunia ini fana, sedang akhirat itu kekal abadi. Janganlah hendaknya kamu menjadi sombong dengan barangan yang rosak  dan fana’ itu dan jangan juga hendaknya kamu sibuk hingga tertinggal dengan barangan yang kekal abadi itu. Justeru itu, utamakanlah sesuatu yang kekal dari yang fana’. Ketahuilah, bahawa dunia ini pasti terputus dari kamu, di akhirnya nanti pasti kamu bertemu dengan Allah. Oleh itu, bertaqwalah kepada Allah ‘Azza Wajalla kerana bertaqwa kepada Allah akan menjadi perisai dari kemurkaanNya.  (Ucapan Saidina Uthman Bin ‘Affan setelah ahli syura melakukan bai’ah kepadanya diriwayatkan khabarnya oleh Ibnu Jarir).

Sungguh benar, setiap bait kata-kata ini, sungguh benar sekali.. langkah yang rapuh, jiwa yang lemah, membuatkan mata terpana, terlekat pada barang yang fana’… berjuta  kesalahan, berlapis kesombongan, selalu sahaja datang menghampiri. Segala salah adalah milik kita. Hanya buat-MU kami sandarkan dan memohon keampunan.

SELAMAT TINGGAL DUNIA

Sesungguhnya dunia bukanlah sebuah kehidupan tetapi adalah sebuah pelayaran dan perniagaan untuk menuju ke sebuah kehidupan yang kekal. Sudah tentu kalimat tauhid yang meniti dibibir menjadi idaman hati saat dijemput-NYA pulang.
لا اله الا الله ، محمد رسول الله
“inilah Lafaz tauhid dan lafaz selamat tinggal terbaik..”

Kita selalu fikir masa depan, tapi kita lupa akan 'hari esok'. IYA… HARI ESOK…

"..dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa sahaja yg telah dilakukan utk HARI ESOK (AKHIRAT).." - [al-Hasyr 59:18-19]

TIADA MAAF BAGIMU

“……TIADA MAAF untukmu wahai SI MATI, yang mati dalam melakukan kesesatan yang disangkanya hidayah. Sama halnya yang mati dengan meninggalkan kebenaran kerana disangkanya kesesatan…” (ucapan Umar al-Khattab di hari Al-Jabiyyah : Kitab al-Kanz khabar dari periwayatan Musa bin ‘Uqbah)

Tergetar hati membaca setiap kalimat ucapan Saidina Umar ini. Allah, selamatkan aku.

“Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. nTunjukilah kami jalan yang lurus.  Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.. “ (Surah al-Fatihah 5-7)

3 PERKARA : MEMBUATKU KETAWA DAN MENANGIS
“tiga perkara telah membuatkan aku tertawa dan tiga perkara pula membuatkan aku menangis. Aku ketawakan pengidam dunia sedangkan kematian menunggunya, seseorang melupakan Allah sedangkan Allah tidak melupakannya dan seseorang yang ketawa sepuas hatinya sedangkan dia tidak mengetahui apakah Tuhannya memarahi atau bersenang denganNYA. Adapun tiga perkara yang membuatku menangis, aku akan berpisah dengan orang yang tercinta Muhammad Sallahu ‘alaihi wasallam dan sahabat-sahabatnya, kedahsyatan ketika nyawa dicabut semasa sakaratul -maut dan berdiri di hadapan RABB AL-ALAMIN, sedangkan aku ini apakah akan dicampak masuk ke dalam neraka atau ke syurga sebagai tempat aku ditempatkan…” (Salman Al-Farisi dalam Kitab AL-Hilyah dari periwayatan Ja’far bin Burqan)

ALLAH… itulah nasihat seorang insan mulia,  Salman Al-Farisi, seorang insan yang hampir dengan rabb-NYA .. pernahkah kita berfikir sedemikian rupa saat tertawa mengilai seolah-olah kita adalah ahli syurga..semoga kita tidak lupa….

p/s: “aku menangis berfikir saat kedahsyatan ketika nyawa dicabut semasa sakaratul -maut dan berdiri di hadapan RABB AL-ALAMIN, sedangkan aku ini apakah akan dicampak masuk ke dalam neraka atau ke syurga sebagai tempat aku ditempatkan…

muhasabah menuju redha-NYA,
15 Disember 2011,
11.37 a.m.

6 comments:

Bulan Syurga Firdausi said...

fatamurgana :)

RuMaH TuA said...

Assalamualaikum,

Jangan sampai menjadi hubbundunya, kerana semua penyakit akarnya dari cintakan dunia ini.

"Aku letak dunia di tangan bukan di hati"

Sepintas said...

Assalamualaikum..Nice post from Ustazah Anis..Tiada apa yang hendak dibanggakan dengan kehidupan didunia ini...melainkan kita sedari bahawa dunia itu satu tempat tuaian ke Negara Abadi yang akan menjemput kita pada bila-bila masa
di mana sahaja kita berada..MATI lah yang akan sentiasa memburu kita..

Teruskan Ustazah Anis..:)

Anis said...

>> bulan syurga firdaus:
hmm adakah saya telah tersalah ejaan?? @_@

Anis said...

>>rumah tua:
mudah2an kita mampu mencegah dari penyakit wahn itu~ ya ALLAH selamatkn kami semua

Anis said...

>>Albin0:
semuanya dari Allah.. insyaALLAH, sem0ga dikurniakan kesihatan y baik, cikgu. amin