Saturday, February 4, 2017

Al-Quran adalah terapi harian saya




Rasulullah pernah bersabda:



تَهَادُوْا تَحَابُّوْا

“Saling memberi hadiahlah kalian nescaya kalian akan saling mencintai.”

(HR. Al-Bukhari dalam Al-Adabul Mufrad no. 594, dihasankan Al-Imam Al-Albani t dalam Irwa`ul Ghalil no. 1601)



Antara perkara wajib saya tatap dan baca setiap hari adalah al-Quran.

 

Hari tanpa al-Quran adalah hari penuh gundah dan kesedihan bagi saya.

 

 

Sepenat apa pun saya, saya akan paksa diri saya membaca dan adalah satu keajaiban yang telah saya alami, kebiasaannya kepenatan saya hilang apabila lidah saya mengalunkan ayat suci ini.

 

 Al-Quran adalah terapi harian saya. Kerana itu, Al-quran adalah teman terindah yang saya miliki.

 

Kerana kecintaan mendalam ini, saat @quranshoppe memaklumkan mereka ada mengepos al-quran untuk saya. Saya menangis dan berfikir ya Allah apakah kebaikan yang telah aku lakukan sehingga engkau memberi aku rezeki dan kebaikan kepadaku pada pagi ini. Al-Quran pink saya yang lama telah lusuh dan terkoyak kulitnya tetapi itulah teman saya paling setia untuk bacaan harian dan di bawa untuk mengajar di sekolah.

 

Ternyata Allah telah menggantikannya dengan Al-quran pink yang baharu.
Anda mahu mempraktiskan sunnah Rasulullah dengan memberikan hadiah kepada yang tersayang atau ingin membeli hadiah untuk diri sendiri?

 

 

Apa kata bulan ini belanjakan sedikit gaji anda untuk membeli al-Quran. Jom laju-laju intai dan beli al-quran di @quranshoppe Insya Allah anda pasti berpuas hati dan rambang mata dengan koleksi al-Quran dari Quranshoppe!

 

#quranshoppe
#alquranpelangitasnim



2 comments:

Mohd Yunus Sharum said...

Saya setuju/sependapat dgn saudari. Al-Quran memang sewajarnya jadi rujukan harian.

Alhamdulillah. Blog saudari telah mengajar saya sesuatu yg saya sedang cari. Terima kasih kerana menghasilkan blog yg sangat bermanfaat.

('komen kamu sangat Anis hargai'? Perkataan 'kamu' tak sesuai kalau individu yang nak beri komen lebih tua dari saudari. Boleh guna 'anda' supaya lebih umum.)

Humaira said...

Alhamdulillah, ini adalah kebaikan daripada Tuhanku. Terima kasih atas pandangan.