Saturday, July 25, 2009

:: Sebuah perKongsian::

Jari jemari kaku untuk menulis... Tetiba kebingungan untuk sebuah perkongsian.. kesunyian di kamar nan sepi.. [~~] Namun cuba n cuba juga.. Kali ni nk share sikit tentang buku yang baru je anis baca.. “ kisah cinta dalam quran” buku ni seorang sahabat anis yang hadiahkan.. Memang merentap jiwa kisah2 cinta di dalamnya... Mungkin kita sering mendengar kisah2 ini namun tidak pernah untuk menjiwainya bukan?


KISAH CINTA DALAM QURAN : MENGENAL CINTA MERAIH ALLAH

TUAN GURU DATO NIK ABDUL AZIZ NIK MAT..BERBICARA TENTANG CINTA

Cinta diistilahkan sebagai tajuk yang “terbungkus” kerana ia berupa perasaan. Jauh di dasar agama, ia bersifat “ malu-malu”, berwajah seni dan menjadi bawaan jiwa. Ia seakan-akan menjadi “taboo” dari dikupas rahsianya. Hadirnya ghaib tetapi roh kezahirannya wujud memukau dan sering meninggalkan kesan cakaran yang keliru di mana-mana. Dengan itu menjadikan cinta itu sendiri memerlukan pentakrifan dan pemerincian. Inilah asas kewajaran yang menjadi kewujudan buku ini... Cubalah baca dan salami kisah2 di dalamnya. Ia mewah menghidangkan gelora cinta yang melanda, lewat kisah-kisah yang pernha dilalui oleh para nabi dan rasul-rasul pilihan.

Firman Allah s.w.t:

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

[ali imran:31]

Jika kita mengkaji sejarah cinta yang termaktub dalam ayat2 al-quran secara keseluruhan, akan memerlukan waktu yang lama. Namun, di antara sejarah cinta yang paling masyhur daripada rentetan kisah-kisah cinta yang ada adalah kisah cinta zulaikha isteri perdana menteri mesir kepada yusuf a.s, pemuda tampan yang menjadi kekasihnya. Firman allah merkam jelas kisah kasih dua anak manusia tersebut sebagaimana yang termaktub pada surah yusuf.

Al-quran juga menegaskan keindahan kisah tersebut sebagaimana firmannya:

Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad) seindah-indah kisah Dengan jalan Kami wahyukan kepadamu Al-Quran ini, padahal sebenarnya Engkau sebelum datangnya wahyu itu, adalah dari orang-orang Yang tidak pernah menyedari akan halnya.

[yusuf:3]

Kisah cinta zulaikha dijelaskan secara terperinci di dalam buku ini... Di mana di akhir kisahnya, selepas pernikahan dengan zulaikah, yusuf benar-benar tidak berdaya menahan dirinya malah sentiasa ingin meneguk cinta dunia setiap kali menatap wajah isterinya. Yusuf selalu meminta nafsu kepada zulaikah tetapi zulaikhah yang sekarang bukanlah zulaikah yang dulu, setiap kali dia ingin meneguk kenikmatan duniawi, dia dapati isterinya begitu khusyuk mendirikan solat, yusuf pun tidak berdaya menunggu berlama-lama isterinya begitu khusyuk mendirikan solat.

Dia berkata: wahai zulaikhah, bukankah dulu engkau yang mengoyak bajukukerana ingin menelempias haratmu padaku? Zulaikhah mengucapkan salam menyudahi solatnya. Dia berkata kepada suaminya: dulu aku memang ghairah sampai merobek bajumu kerana saat itu aku belum memuarakan cintaku pada sang maha kasih. Kini, muara cintaku hanya padanya. Ketahuilah wahai suamiku,kini hatiku tidak seperti dulu lagi. Aku beriman dan berislam. Hatiku hanyalah untuk Allah.

Untuk mengetahui apakah yang terjadi seterusnya dan bagaimana yusuf pula yang cuba mendapatkan cinta zulaikhah dan banyak lagi kisah-kisah cinta yang lain jangan lupa untuk membaca buku :

KISAH CINTA DALAM AL-QURAN: MENGENAL CINTA MERAIH ALLAH:

pasti merentap jiwa! [^^]

1 comment:

nuRRul syafi_iZZan said...

heheh..nak pinjam..dah ciap bace kan??/