Saturday, December 26, 2009

::7 haRi?::



Hari Ini, Hari Isnin
Salahkah Tempatku
Salah Waktuku
Apakah, Rahsianya
Seakan Selasa Baru Menjelma

Pastasnya Masa Berlalu
Meninggalkanku
Bagai Mimpi
Terumbang Ambing
Seakan Dilanda Badai Di Dalam Jiwa

Nafas Terhenti, Alam Membisu
Terhenti, Tertunggu Ditimpa Ragu
Rabu, Khamis, Jumaat Dan Sabtu
Tiada Bedanya, Tiada Syahdu

Di Dalam Jiwa, Pesana Tertera
Kepalsuan Cuma Seketika Sejauh Mana Santapan Hawa
Pabila Malam Dijemput Senja
Di Kala Jiwa Digamit Duka
Kebenaran Akan Menghilang Gelita

Jam Di Dinding Pukul Tiga Pagi

Hairan, Tidak Terasa Seperti Malam Hari
Tak Tersedarkah Aku, Mengapa Begini
Butakah Kalbuku, Kelamnya Hati


"Yang paling jauh bukannya bintang, mentari pun bukan jua rembulan. Tetapi adalah masa yg berlalu & tidak akan kembali lagi. Kelmarin yg luput menjadi secangkir kenangan. Kelmarin yg luput mengukir sesalan. yg ada hanya hari ini & akan datang. Gunakan hari ini sebaik mungkin kerana esok belum tentu milik kita. sedangkan semalam telah pergi buat selamanya"-IMAM SYAFIE

pss: anis sendiri sering x terasa 7 hari berlalu...kejap je masa sekarang kan...allahu akbar... semakin kita meniti usia..sebenarnya kite semakin muda...semakin muda kepada keMATIan..renung2kanlah..adakah diri ini jua tmasuk dalam golongan yang rugi sebagaimana firman allah:
“Demi MASA. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh.
Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN”.
surah al-Asr

No comments: