Tuesday, December 29, 2009

...cermin hidup?


bismillahirrahmanirrahim..

kite sering mendengar sahabat diumpamakan cermin bagi diri kite kan? memang benar sahabat memang umpama cermin bagi diri kita kerna kite sendiri x mampu mentafsir kekuatan serta kelemahan diri kite sehinggalah orang yang paling hampir dengan kite y cukup mengenali kite itulah y mampu mencerminkan sifat kite y sebenar bukan?

Kita perlukan cermin hidup melihat wajah kita, melihat siapa kita, untuk menilai siapa kita. Cermin hidup adalah insan yang kita yakin, yang boleh memberikan jawapan atau gambaran siapa kita, apa kita, dan bagaimana kita di khalayak sebenarnya.

Cermin mati hanya mampu memberikan gambaran wajah kita yang sebenar. Kalau kita mempunyai parut di muka, cermin mati akan menunjukkan kita ada parut itu, tetapi kalau kita ada sifat buruk di sebalik wajah cantik atau kacak, bolehkah cermin mati beritahu kita? Mesti tidak kan.

Sebab itu kita perlukan cermin hidup, seseorang yang boleh membicarakan tentang perangai dan tingkah laku serta tindakan bodoh yang sering kita lakukan.

Kita perlukan seseorang yang selesa membicarakan hal kita kepada diri kita sendiri, tanpa ragu-ragu, tanpa takut-takut, tanpa was-was, bahawa kita akan menolak dia. Maknanya cermin hidup ini seorang yang amat jujur, baik, tetapi tidak begitu rapat dengan kita, namun kita yakin dia boleh memberikan pendapatnya kepada kita tentang diri kita.

Tetapi mampukah kita mendapatkan watak sebegini?

Inilah watak cermin hati kita, cermin yang boleh bercakap dan tidak sekadar menunjukkan bagaimana wajah kita tetapi memberitahu kita jauh daripada itu. Cermin hidup ini akan memberitahu kita siap sebenarnya kita. Cermin hidup boleh membelai hati kecil sebab hati kecil selalunya lebih jujur.

...namun kadangkala cermin jua ada kelemahan serta tidak mampu menjadi y terbaik buat diri kite..sebagai contoh ada cermin y membuatkan diri kite Nampak lebih gemuk atau kurus dan ada juga cermin y bisa menampakkan diri kite y sebenar2nya..begitu juga diumpamakan sahabat...dalam hidup ini ada sahabat y mampu mnjadi sebenar2 sahabat namun ada juga sahabat y tdk dpt mnjadi y tbaik buat diri kite....namun bagaimanapun diri kite tidaklah harus disalahkan ke atas sahabat sepenuhnya kerna mungkin seperti cermin juga..sahabat hanya dapat melihat diri kita apabila kite berdiri dihadapan cermin baik buruk kite y terserlah itulah y dijadikan penguat dalam persahabatn dan cukup jarang2 sekali ada cermin y dapat melihat apa y dibelakang kite bukan? entah2 langsung tiada..begitulah sahabat...mustahil sekali sekali kite dapat mengharapkan kesempurnaan dari sebuah cermin y mempunyai kekurangan jua seperti diri kite.... apa yang penting dalam persahabatan..terimalah baik buruk sahabat kite sebaiknya...jika ditegur terimakah dengan terbuka ...kerna cermin juga x mampu menampakkan diri kite y sebenar2nya jika betul maka terimalah jika tidak terima juga dan jadikan sempadan...

Kawan sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalmu dengan sebenar benarnya iaitu baik dan burukmu.

anis kata: emmm di manakah cermin diri saya sekarang...T_T..heee entah apalah y anis tulis nih.. kebuntuan idea sebenarnya....(^-^) cermin itu dapat nampakkan ruang lebih luas bukan sama seperti sahabat kadangkala membuatkan hidup ini lebih indah...terasa lebih lapang..namun kadangkala tidak seindah yang disangka...T_T

anis kata lagi :Jika anda menyayangi seseorang itu kerana Allah, maka janganlah bertengkar dan berbalah dengannya, janganlah menanyakan sesiapa tentangnya, kerana orang yang ditanya itu mungkin memberitahu anda perkara yang mengelirukan yang boleh menghalang perhubungan anda dengan orang itu.

Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari ( Saidina Ali)

Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang -Hamka

No comments: