Tuesday, December 15, 2009

::belajar drpd buDak kecik::

sedar x sedar dalam kehidupan kita kadangkala orang yang lebih muda drpd kita kadangkala bisa menjadi guru yang terbaik buat kita...mungkin ada orang yang sedar hakikat ini bukan? atau mungkin tidak..bagi anis sendiri contoh yang terbaik dapat anis ambil daripada adik anis yang tersayang,danial.. walaupun baru berusia tujuh tahun namun sejak kecik lagi danial banyak mengajar kami seisi keluarga.. kadangkala anis sendiri dikala xde apa2 utk dilakukan pada jam 3-4petang..selepas landing atas katil pasti akan terlelap..namun seketika selepas azan asar berkumandang pasti danial akan memainkan peranannya mengejutkan sape2 y tertido untk solat .. “k.nis!!!bangun..bangun...maye asar! masuk doh waktu ni... n adik besenya lepas puas mengejutkan sape2 je dia pasti akan menunaikan solat dan selepas seketika akan datang balik utk memastikan sama ada orang tersebut sudah bangun atau tidak.. klu x,adik pasti akan berusaha mengejutkan orang tersebut sehingga bangun utk menunaikan solat..

pernah suatu ketika emak terlewat mengejutkan danial bangun utk solat subuh...bukan main kuat menangis bimbang waktu subuh habis..jadi apa yang kita blh contohi? jika budak kecik seperti danial yang belum baligh sedaya upaya yang terbaik untuk menunaikan solat dan seawal mungkin..bagaimana pula dengan kita? mungkin kadangkala kita hanya menganggap dan melihat anak sekecil itu seperti tiada apa2 tapi sebenarnya banyak yang boleh diperolehi...jika kita meneliti..

teringat anis kenangan ketika menjadi pengarah program tamrin tunas solehah .Saat paling berkesan dalam program ialah ketika malam di mana k.yang menceritakan kisah kematian ayahnya sehingga menyentuh hati adik-adik serta semua coordinator dan diiringi suara dari kubur yang memaparkan saat dari mula manusia mati sehingga gambaran seksaan dari dalam kubur. Saat tu semua orang menangis sama ada ketakutan atau air mata keinsafan itu anis pun x pasti. Paling mengejutkan apabila salah seorang peserta menjerit “ALLAHUAKBAR!ALLAHUAKBAR!ALLAHUAKBAR!”.Tidak henti2 dia menyebutkan kebesaran Allah sehingga terpaksa ditenangkan oleh kami. Selesainya sesi tersebut masing-masing bersalaman dengan coordinator dan meminta maaf terhadap kesilapan mereka sepanjang program. Manakala adik yang menjerit tadi, bila kami dekati mengapa dia menjerit sedemikian sehingga beberapa peserta lain turut menjerit dia memberitahu bahawa ketika mendengar suara dari kubur tadi dia amat takut ..takut akan seksaan api neraka ,takutkan azab allah. Begitulah murni dan sucinya hati tunas-tunas mmp. Ketika itulah aku mula terfikir mengapa anak-anak perlu dididik sejak awal ini kerana hati mereka yang suci itu mudah menerima sebarang tarbiah..

memang..anak2 yang kecil jika tarbiahnya baik maka baiklah mereka...dan yang paling ketara pada anak2 kecil ini mereka biasanya mudah mendengar kata2 cikgu mereka.. “ustazah adik oyak.... bukan macam tula k.nis...cikgu kato...bla bla bla..” mudah bukan? jadi sebagai bakal guru atau memang da jd ustazah dah rasanya peluang mendekati anak2 sekecil 7 tahun haruslah digunakan sebaiknya bukan?

sebenarnya banyak lagi contoh2 baik yang dapat kita amek dari budak kecik atau orang yang lebih muda daripada kita memang x semonya baik tapi x salah jika kita amek apa yang baik bukan?

No comments: