Friday, October 1, 2010

ia pasti memotong kamu!

Bismillahirrahmanirrahim..

nis....

lama kak tak cakap dengan awak..”

“hmm.. a’a lah kan..”

“macam baru je kenal awak..nama awak ape?, duk katner?”



adui..geli hati kak ni, jangan layan anis macam budak-budak k?.. anis nak jadi MATANG!

huhu..ada-ada je seorang ukht berceloteh, menggamit sedikit suasana suram ditemani demam, selsema, batuk yang datang dan pergi. Urusan menghambat diri seminggu dua ini. Sepanjang carnival minggu lepas pon, memandangkan semua ajk teknikal meninggalkan daku, hanya seorang je ajk teknikal, nak demam rasanya nak hambat kerja orang lain, di samping banyak lagi kerja sendiri yang cuba diselesaikan.. ‘ala kulli hal, bersyukur sangat, segala urusan sentiasa dipermudahkan sekalipun terasa teramat-amat down sedikit.


MASA sentiasa menghambat setiap insan bernama HAMBA, yang berbeza PASTI bagaimana CARA KITA MENGURUSKANNYA...


JUJURNYA,

semenjak kembali ke kampus anis tak sempat untuk meluangkan masa sedikitpun untuk menulis. Iye....

bukan tak nak menulis, ada dua dokumen yang telah ditulis, satu dah hampir 2 page ditaip tapi masih tak dapat focus, lantaran kepala ligat memikirkan kerja-kerja lain. satu lagi dokumen hanya lapan baris.. kui3... maaf sangat2... bukan tak nak.. nakkk sangat... tapu memikirkan banyak perkara lain yang patut diUTAMAKAN, menulis terpaksa diletak ditepi dahulu... aula laka fa aula..


MANA SIKAP PELAJAR ISLAM?


Sekembalinya dari kampung hari tu, setiap malam bersengkang mata menyiapkan assignment yang dalam angka 7 semuanya diterima pada tarikh yang sama dan perlu dihantar pada tarikh yang sama. Namun, walaupun setiap malam tidur hampir pukul 4pagi namun tugasan utama sempat disiapkan dan Alhamdulillah dapat dihantar pada tarikh yang ditetapkan walaupun masih ramai yang belum menghantar.

“acik wat apa?” kedengaran suara kakak sayup-sayup dari perbualan di telefon dengan mak

“acik tu duk ngadap laptop ja.. bukan sempat pon nak wat pape, duk wat kerja dia lah”

anis sendiri sedar fenomena ni..



Tiada sepatah kata yang dapat diluahkan selain kesyukuran kerna ALLAH masih memberi kesempatan untuk anis terus dengan sikap ini, andai dilayan dengan sikap malas dan mementingkan apa yang kurang penting dari apa yang terpenting sudah tentu tugasan-tugasan tersebut tak dapat disiapkan. MALAS, kalimah keramat ini sentiasa meniti di bibir guru pelatih, TAK CUKUP MASA, SIBUK BERAYA dan selainnya. Bagi anis, bak kata pepatah hendak SERIBU DAYA, TAK NAK SERIBU DALIH. Tapi seperti yang pernah anis tulis sebelum ni, kadang-kadang kita tak tau dia atau orang lain fikir apa. paling tak suka bila ada yang MENJAWAB-JAWAB dengan lecturer dengan KURANG SOPAN. “Ala encik, buat last minute baru dapat banyak ilham”.. ye lah tu, banyak dapat ilham ke banyak dapat ...................


ALASAN! ALASAN! ALASAN!


wallahua’lam. masing-masing da besar panjang, Cuma bijaklah membuat pilihan sama ada memilih jalan yang dirasakan mudah dan senang untuk kepentingan diri, atau jalan yang susah dahulu untuk senang dikemudian hari..



dulu kak pon macam anis juga, bila dapat kerja kitalah yang pertama siap.. tapi bila dah hampir lima tahun ni, terasa muak dah, nanti anis tengoklah perubahan diri anis, rasa-rasanya dalam masa lima tahun mampu tak bertahan macam ni”



bicara seorang ukht membuatkan anis sedikit berfikir...

mungkin ada betulnya atau ini mungkin ujian untuk terus sabar... lima tahun setengah? lama tu encik!

atau mungkin juga apa yang anis coretkan pada hari ini menjadi torehan pada hati anis kelak bila membacanya kembalinya... nauzubillah..

itu bab tugasan, assignment..

dalam gerak kerja pon masih ramai da’ie, ‘amilin yang bersikap suka bertangguh dan macam-macam sikap yang memuakkan... akhlak yang mazmumah serta pelbagai symptom-simptom penyakit yang lain.

Mungkin ada yang tak suka, bila sesuatu tugasan diberikan, nak dengan cepat-cepat, tapi anis memang begitu.



KUALITI?



sudah tentu kualiti mengiringi setiap gerak kerja..

kalau kita sedari awal cuba menyelesaikan amanah yang diberikan, sudah tentu kualiti dapat ditingkatkan, ini kerana proses meng”upgrade” setiap karya dapat dilakukan sehabis tugasan dilaksanakan, sebab? masa masih berbaki untuk membuat penambahbaikan.



CEREWET?



bukan cerewet, dalam gerak kerja sendiri, sudah tentu kita mahu yang TERBAIK

TERBAIK sudah tentu datang dari pelbagai faktor termasuk PENGURUSAN WAKTU.

bukankah ISLAM ITU SENDIRI MENAMPILKAN HANYA YANG TERBAIK?


malah, banyak perkara dapat kita lihat dan nilai dari orang yang suka MENANGGUHKAN KERJA.

INIKAH SIKAP ORANG ISLAM? LEBIH-LEBIH LAGI ORANG YANG BEKERJA UNTUK ISLAM, BERCAKAP BUKAN MAIN BERAPI TAPI GERAK KERJA???

inikah QUDWAH HASANAH YANG INGIN DITUNJUKKAN??

BERSAMA INTROSPEKSI DIRI, INIKAH SIFAT DAN SIKAP UMAT NABI MUHAMMAD S.A.W?

SIKAP SEORANG BAKAL MURABBI?

SIKAP SEORANG DA’IE

TEPUK DADA, TANYA IMAN..

INGAT! MASA TAKKAN PERNAH MENUNGGU KITA WALAUPUN SESAAT, JIKA KITA TIDAK MEMOTONG MASA, IA PASTI MEMOTONG KITA!

ingat pesan rasul junjungan

hiaskanlah dirimu

dengan sifat-sifat yang mulia

ia fitrah semua manusia

akhlak yang mulia ibarat bunga

ia disukai semua manusia

pastikan tertarik bila terpandangnya

ia sifat mahmudah yang mulia

akhlak yang mulia sangat istimewa

ia menjadi hiasan diri

ia disukai kawan dan lawan

AKHLAK MULIA BUNGA DIRI..

~ae-man~

JAGALAH AKHLAKMU, ENGKAU DIPANDANG KERANANYA...

maka, nikmat Tuhan yang mana satukah kamu dustakan?

adakah masa itu masih tidak cukup bagi kamu?

Demi ALLAH KITA BERJUANG, DEMI ISLAM, IKHLAS SEGALANYA...

1 oktober 2010

12.20 a.m

m326

2 comments:

AmirSyah Mazlan said...

kena kat batang hidung.

kerja banyak, masa sikit.

pejuang kena bijak atur masa kan?

setiap detik masa adalah jihad. sama ada dengan pena, laptop, atau medan dakwah.

semoga terus thabat..

Anis said...

samalah... catatan di tulis sekadar mengingatkan diri, tak selamanya semangat TERBAIK itu di atas, kadang-kadang dipijak2 oleh nafsu utk tunduk melayan seolah2 masa itu sentiasa senggang sedangkan tanggungjawab itu melebihi masa yang kite ada.. Inspirasi surah al-asr...

inspirasi dan aspirasi asas apresiasi ISLAM!