Thursday, December 9, 2010

bahasa ALAM

Bismillahirrahmanirrahim..



Malam itu, hujan bermula dengan renyai. Anis dan Sharifah berjalan perlahan-lahan dari kedai makan, hujan yang membasahi kami tidak sedikit pun menghalang kami dari meneliti kebesaran ALLAH. Walaupun malam itu cik bintang tidak kelihatan, tetapi mata terpaku ke tempat lain, tempat kegemaran, jambatan gantung. Hujan yang renyai langsung tidak kami endahkan. Gambar demi gambar dirakam Cik Sharifah.


Ada kilat sekali sekala, namun, kami yang nakal, masih lagi bermain hujan . Tiba-tiba kami tertarik dengan aksi seekor labah-labah. Cukup comel. Pada mulanya labah-labah itu hanya mendiamkan diri dalam hujan di atas sarangnya. Nampak ketika hujan makin lebat, kami melihat sesuatu yang tak pernah kami lihat sebelum ini.




Labah-labah itu kembali memakan sarangnya, dia menyedut kembali sarangnya sedikit demi sedikit ke dalam mulutnya!


Subhanallah!



Betapa tekunnya sang lelabah memakan kembali sarangnya dalam hujan yang lebat!









Pada mulanya Anis merasa bagai tidak percaya,


owh, begini rupa-rupanya..” bisik hati kecil memerhati keunikan sang lelabah..


Hebatnya bahasa ALAM yang perlu kita fahami…

Terlalu banyak nasihat yang disampaikan melalui ALAM ini…

AFALA TA’QILUN???


Haiwan sebagai makhluk ALLAH adalah sebuah pesan, contoh, pelajaran bagi manusia.

Labah-labah mengajarkan manusia tetap berjiwa besar, tak mudah berputus asa. Setiap angin menghancurkan sarangnya , labah-labah membuat lagi sarang yang baru. Seratus kali rumahnya rusak, seratus kali pula labah-labah membangunnya kembali.


Malah, ada sang labah-labah berusaha menyelamatkan rumahnya sebelum sang angin memusnahkan! Sama seperti yang Anis gambarkan tadi..


Ikan mengajarkan mengenai kesetiaan pada prinsip. Walau ikan hidup di air masin, tapi rasa ikan tidak serta merta menjadi masin.


Ayam mengajarkan manusia sifat rajin berusaha mencari nafkah. Sejak subuh sudah berkeliaran mencakar apa saja mencari makanan.

Semut adalah binatang kecil yang diinjak dengan jari kelingking sudah langsung mati. Makhluk ALLAH yang kecil, lemah tak berdaya, malah, cukup berbeza dengan seekor gajah..


Walau kecil, semut mampu mengangkat sesuatu yang besar dengan bergotong royong. Pernah tak sahabat-sahabat melihat sejumlah semut menggendong sesuatu yang berganda-ganda besarnya dari saiz mereka? Semut setiap kali bertemu saling berciuman. Semut tidak mengenal blok politik, lawan politik, pro kontra..


Jiwa gotong royong yang tinggi dari semut dapat ditiru oleh manusia. Semut yang tak memiliki akal saja dapat bergotong royong, apalagi manusia yang berakal, berpendidikan, berbudaya.


Justeru manusia seharusnya mengadaptasi jiwa dan hikmah dari kejadian ALAM,

Ternyata, ALLAH menyuruh manusia “membaca”,

MEMBACA bukan hanya pada BUKU, KITAB dan sebagainya…

TETAPI..manusia juga disuruh membaca semesta alam ciptaan-Nya,



BAGAIMANA AKAL DIGUNAKAN DALAM MENGANALISIS ALAM NYATA?

Seperti yang kita ketahui, akal merupakan asas penting kepada manusia dan dengannya dapat membezakan darjat manusia dengan makhluk lain

menurut kamus dewan, akal membawa maksud segala kegiatan berfikir dan tahap kecerdasan seseorang manusia dan menurut pendapat Ibn al-Manzur dalam kamusnya Lisan al-Arab, akal membawa pengertian kepintaran

Manakala, analisis adalah Penyelidikan atau penghuraian sesuatu (seperti keadaan, masalah, persoalan dan lain-lain) untuk mengetahui pelbagai aspeknya ( ciri-cirinya dan lain-lain) secara terperinci atau mendalam

Alam pula bermaksud dunia, atau bumi iaitu segala yang ada di langit dan di bumi (bumi,bintang-bintang, tenaga-tenaga yang ada dan lain-lain)

Ternyata, dalam Al-Quran menyebut banyak kali berkaitan dengan akal dan Allah menyatakan tentang bukti-bukti kekuasaan-Nya untuk manusia memikirkan dengan menggunakan akal untuk mengkaji, mencari ilmu dan mengukuhkan keimanan kepada-Nya.



MELALUI BUKTI KEKUASAAN ALLAH DI ALAM INI



Sebagai contohnya, Anis bawakan beberapa contoh yang terbiasa dalam kehidupan kita:

Fenomena HUJAN





Allah, dialah yang mengirim angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendaki-Nya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya, Maka apabila hujan itu turun mengenai hamba-hamba-Nya yang dikehendakiNya, tiba-tiba mereka menjadi gembira.



KEUNIKAN PENCIPTAAN SAYAP BURUNG SEBAGAI ALAT UNTUK TERBANG


Dan apakah mereka tidak memperhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? tidak ada yang menahannya (di udara) selain yang Maha Pemurah. Sesungguhnya dia Maha melihat segala sesuatu. (ALMULK 19)







Menurut Sains apabila seekor burung terbang, udara yang mengalir melalui bahagian atas sayap mempunyai halaju yang lebih tinggi daripada udara yang melalui bawah sayap.

Tekanan udara disebelah atas lebih rendah daripada tekanan udara di bawah. Perbezaan tekanan ini menghasilkan satu daya paduan bagi burung atau dikenali sebagai daya angkat.

Jadi tidakkah kita pernah berfikir, bagaimana ALLAH menjadikan saiz kepala burung yang kecil dan muncung yang tirus untuk memudahkan burung mengharungi tekanan udara di bahagian hadapan

Oleh SEBAB ITULAH, burung akan dapat terbang.

SUBHANALLAH…


JOM, KITA LIHAT PADA ANAI-ANAI DAN PENCIPTAAN BUSUTNYA….






Busut anai-anai adalah sebuah keajaiban reka bentuk yang dibina setinggi 5-6 meter. Di dalam sarang ini terdapat sistem-sistem yang sofistikated untuk memenuhi keperluan anai-anai yang tidak dapat muncul di bawah pancaran cahaya matahari disebabkan oleh struktur tubuh mereka.


Di dalam busut tersebut, terdapat sistem pengudaraan, terusan, bilik-bilik larva, koridor, perkarangan khas kalis kulat, pintu keluar keselamatan, bilik untuk musim panas dan sejuk; ringkasnya, segala-galanya. TETAPI APA YANG LEBIH MEMERANJATKAN IALAH SEMUA ANAI-ANAI YANG MEMBINA BUSUT INI ADALAH BUTA!!



BUAH-BUAHAN DIJADIKAN BERPASANGAN:

dan Dia lah Yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. ia juga melindungi siang Dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum Yang (mahu) berfikir. [AR-ra’d:3]

MADU SEBAGAI UBAT YANG MENYEMBUHKAN


kemudian makanlah dari Segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang Engkau sukai), serta Turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu Yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (dengan itu) akan keluarlah dari Dalam badannya minuman (madu) Yang berlainan warnanya, Yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada Yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang Yang mahu berfikir. [An-nahl:69]

KESIMPULANNYA..

(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan Ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, Maka peliharalah kami dari siksa neraka.

(Surat Al 'Imran: 190-191)

Di hujung pena Anis Humaira,

9 Disember 2010,

5.46 p.m,

Fi BAITI SAKINAH..



3 comments:

afnan said...

Satu komentar yg ckup baik... anis, minta untuk kongsikn aktiviti2 yg bleh dilakukn sewaktu program2 jatidiri atau kem2 remaja... mgkn anis ada byk pengalaman,jd konsikn...

afnan said...

mohon share...semuanya...

Anis said...

alhamdulillah, sekadar perkongsian, owh, iNSYA-ALLAH kalau ada peluang nanti akan dikongsikan