Saturday, November 6, 2010

dirimu disunting?


Bismillahirrahmanirrahim..


Berat rasanya mahu menulis tajuk ni, tapi digagahi juga, dah lama bertekad tidak mahu berbicara tentang ni, tapi mahunya sejauh mana bisa berlari ya Humaira’?


Hampir waktu dhuha membuka tabirnya, tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi, antara kisah dan tidak, akhirnya telefon tu ku tatap juga, sahabiahku rindu rupanya… mesej bernada sedih, membuatkan Anis sedikit bergurau manja dengannya…


rindu kat Anis… Anis, bagi sikit tips-tips nak jadi isteri solehah…”


Gulp!






Eh, budak comel ni buang tabiat ke, nak berguling-guling rasanya nak menjawab soalan,


Jujurnya memang banyak buku berkaitan yang telah dikhatam, tapi belum rasanya untuk berkongsi, dalam menelan rasa, cuba menjawab soalan budak comel.


Teorinya banyak budak comel, tapi semahunya tak semudah disangka.. satu perkataan je yang dapat Anis kongsikan buatmu sahabat…


“TAQWA…”


“lihat dan kaitkanlah perkataan itu dengan banyak cabang….”


“syukran anis…ana faham ..”





anis, saya nak bagitau satu perkara, kalau tak, saya akan berasa bersalah pula..”


“huhu…suspennya…”


“insyaALLAH, saya akan dinikahkan bulan ni..pada ######, semua tu perancangan kita sebagai hambanya, tak tahulah ketentuan ILAHI bagaimana pula… harap-harapnya berjalan lancar..”


Barakallahulakuma….


Sedikit terkejut pun ada..seorang lagi sahabiah berkahwin pada usia muda..


Semoga bisa melakar cinta hingga ke syurga ye… ^-^… dup dup… berdebar budak comel ni.. insyaALLAH, doa Anis sentiasa mengiringi, semoga ALLAH mempermudahkan segalanya buatmu..











Sahabat….

Syurga rumahtangga itu fitrah Ilahi Naluri semulajadi yang pinta diisi
Kerananya 'jejaka' rela menjadi suami
Kerananya 'perawan' rela menjadi isteri
Masing-masing dengan harapan
Agar rumahtangga membawa kebahagiaan

Matlamat yang satu tapi jalan berliku
Destinasi sama kaedah berbeza
Lalu bermacam-macamlah jalan ke sana


Binalah rumahtangga atas tapak iman

Tuliskan niat luruskan matlamat "suamiku, kaulah pemimpin menuju Ilahi ...

isteriku, kaulah permaisuri hati penyeri Islamku nanti"
Muktamadlah akad sahlah nikah
Dengan nama Allah
Gerbang perkahwinan pun terserlah

Diatas tapak iman dirikanlah hukum Tuhan
Iman itu tujuan syariat itu jalan
Tempat merujuk segala permasalahan
Tempat mencari semua penyelesaian
"Isteriku, taatilah hukum Allah"
"Suamiku, patuhilah sunnah Rasulullah"

Binalah hidup di neraca makruf
Rumah jadi sambungan madrasah
Serinya kerana solat
Indahnya oleh munajat
Tapaknya.........iman
Jalannya...........syariat
Natijahnya............akhlak
Tiga penjamin segala
Kunci kebahagiaan rumahtangga

Dan terciptalah: "setia dan penyayang suami ... cinta dan kasih isteri"
Lalu berbuahlah: 'mahmudah demi mahmudah'
Yang melahirkan 'soleh dan solehah'

~Credit to s0me0ne~


Cinta itu bukan tujuan… Cinta itu hanya jalan. Cinta itu bukan matlamat, cinta itu cuma alat. Rasa ingin mencintai dan dicintai dalam diri setiap manusia pada hakikatnya adalah untuk membolehkan manusia melaksanakan tujuan ia diciptakan. Cinta itu mengikat hati antara lelaki dengan wanita untuk sama-sama membentuk ikatan perkahwinan demi menyempurnakan agama.

Justeru kerana itulah Rasulullah s.a.w telah bersabda:


“Barang siapa yang berkahwin maka sempurnalah separuh agamanya, tinggal separuh lagi untuk dilaksanakan.”


Anis petik sedikit dari tulisan ukht Insyirah, sesungguhnya berkahwin bukan proses mencari tapi proses menjadi. Menjadi Fatimah supaya mendapat Ali, kalau tak dapat yang seperti Ali pun terima jer la. Lihat sejenak ke alam rumah tangga, sepasang suami isteri. Seorang penyabar, seorang kuat mengamuk. Kan Allah itu Maha Adil, kalau dua-dua mengamuk, anak-anak jadi mangsa keadaan.


Bagi yang masih menanti, Jangan terlalu mencari, jangan terlalu meletakkan LIST sepanjang-panjangnya pada bakal suami, tapi sebaliknya letakkan LIST yang kamu harapkan pada lelaki dengan mencoraknya dalam diri kamu.


Benar tu…


Ingat dan yakin janji Allah, wanita baik utk lelaki yang baik.

Kahwin bukan proses MENCARI tapi proses MENJADI. Menjadi solehah, menjadi penyabar, menjadi penyayang, menjadi penyejuk mata, menjadi penawar hati, menjadi pendidik.

Huhu… masih juga dalam sebuah kembara itu….

(~~.)… Hmmm apalah yang Anis merepek pada hari ni… papepon buat budak c0mel, sem0ga menjadi ISTERI YANG SOLEHAH… “KASIHKU AMANAHMU”..

Pernikahan, menginsafkan kita
Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah


Di hujung pena Anis Humaira,

10.15 a.m

7 november 2010

Fi baiti Sakinah.

5 comments:

simfonikasih said...

perkongsian yg menarik...:-)

aNis hUmaiRa said...

syukran ye "simfonikasih"... hanya sekadar berkongsi ^-^

simfonikasih said...

afwan...
sy suke content dlm blog ni..:-)
perkgsian unt insan yg dhagakan ilmu..

N I A said...

salam syukran atas perkongsian yang menarik,..Allahhuakbar,.(^_^)

aNis hUmaiRa said...

simfoni: masyaALLAH..

Nia: afwan..semuanya drpd ALLAH