Monday, November 22, 2010

sutera kasih




Bismillahirrahmanirrahim..

Entah ke mana semangat untuk menulis menghilang. Ya ALLAH maafkan diri ini, tak mampu mengharungi ujianmu dengan seadanya. Iye, tatkala ia datang, mahu keupayaan berfikir seolah-olah membeku, kejangnya urat mata hanya ALLAH yang tahu. Dalam hampir-hampir mengambil keputusan untuk mendelete blog ini dan telah pon mendeactive faceb0ok baut selamanya beberapa hari yang lalu lantaran terfikir, terkadang , ada hasil penulisan yang ditulis bukanlah ikhlas daripada hati, dan terfikir tatkala ada yang membaca mempunyai niat yang lain,hingga menyebabkan ada yang terlalai di skrin PC dan computer riba masing-masing. Maafkan Anis, andai kehadiran blog ini kadang-kala menyebabkan ada yang terlalai.

Satu soalan pernah terfikir, adakah pembaca blog Anis telah pun meneliti ayat-ayat suci AL-QURAN pada hari dan detik dia meneliti bait-bait kata yang tidak seberapa dari teratak usang ini??


Masih basah dibibir ini sebuah hadith yang sering dituturkan :



Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda: “Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah,” (s.a.w.).(Imam Malik).


Pastinya yang utama adalah kitabullah dan hadithnya…


Anis terpana seketika tatkala membaca tulisan Ukht Ain :


Kita seringkali melihat rakan-rakan kita menulis diari tentang kehidupan mereka, tapi dalam satu sudut mengapa mesti menulis tentang kehidupan? Sedih semalam, luka semalam, kegembiraan semalam..dan semua yang berkaitan dengan hari yang telah berlalu. Sedangkan, apa yang perlu dirisaukan adalah hari esok. Ya, hari dimana kita semua akan berkumpul dan ditanya tentang amal kebajikan kita..iaitu natijah dari hari semalam!

Imtiazsofea,jun09

Terfikir, adakah kadangkala kita dah terlalu leka dengan pengalaman manusia lain yang masih lagi hidup yang sentiasa dan terus-terusan diuji olehNYA sebagai inspirasi sedangkan telah terang-terang, dipermulaan Kalamullah, diingatkan bahawa kitab al-Quran itulah inspirasi yang Maha Hebat dariNYA. Maha SuciMu, ya Allah.

Anis hadirkan teratak ini pada umumnya hanya sebagai permulaan untuk belajar, belajar mewujudkan sebuah medium dakwah di alam maya bagi BADAN DAKWAH DAN TARBIYAH ISLAMIYAH (BADATI) Maahad Muhammadi Perempuan. Setelah mula mengenal apa itu blog pada usia 17 tahun pada tahun 2007, yelah time tu kebanyakan kami masih buta apa itu internet, kurang mahir dan kurang tahu, Anis cuba membuat blog sendiri dan cuba memanfaatkan blog sendiri sebagai medium untuk menyampaikan segala gerak kerja BADATI di alam maya, namun akhirnya kami Berjaya (Anis dan sahabat Fatimah), telah kembali mengaktifkan blog lama BADATI yang terbiar lantaran blog itu menggunakan cara yang lama untuk mengedit dan lain-lainnya, dan kamu cuba-cuba memandai mengedit blog itu dan akhirnya blog ini yang merupakan blog kedua BADATI iaitu blog percubaan untuk berlatih memahami tentang dunia blog, akhirnya blog ini telah dibiarkan dan Anis akhirnya kembali menggunakan blog ini sebagai blog peribadi. Sekadar menyampaikan sedikit perkongsian sama ada dalam bentuk tazkirah yang banyak berbentuk muhasabah, open diary dan tak lupa juga perkongsian dari ibrah kehidupan. Hanya untuk Anis dan teman-teman. Itulah niat Anis pada permulaan, Sehinggalah pada hari ini, blog ini mempunyai 100 followers dan pembaca-pembaca yang tetap membaca teratak yang tak pernah Anis sendiri impikan untuk mewujudkannya untuk diri sendiri pada ketika dahulu.

Sungguh! Anis seorang yang banyak kelemahan, terlalu banyak yang perlu dibimbing, dan terlalu banyak yang Anis tak tahu dan setiap kali Anis ke belakang, memerhati setiap rentetan kehidupan, Anis jadi terkedu kerana hampir kebanyakkannya Anis kalah di antara perang tiga penjuru, peperangan di antara nafsu, syaitan dan keimanan, dan Anis tetap kalah. Allahu.

Jadi walaupun terkadang, Anis suka membaca catatan hidup manusia, namun Anis tetap perlu dan sentiasa mengingatkan diri bahawa, ibrah kisah-kisah yang di bawa di dalam AL-QURAN lebih besar manfaatnya dari ibrah kehidupan manusia. Walaupun pada zahir paparan di catatan post mereka, mereka kelihatan tinggi iman mereka, tapi kita tak tahu penilaian Allah bagaimana, hatta, pengakhirannya pun kita tak tahu bagaimana. Oleh itu, batasilah setiap catatan hidup manusia kini dengan batasan yang telah ditetapkan dalam manual hidup muslim.

.

Pada awal catatan ini, Anis meminta maaf jika kehadiran teratak ini terkadang melalaikan hati. Iye, Anis adalah seorang wanita. Wanita yang terlalu berlegar fitnah. Dan Anis mohon manusia agar janganlah dilegarkan lagi fitnah tersebut. Fitnah tercipta oleh pelbagai sebab, dan Anis mohon maaf atas khilaf Anis terhadap perkara itu sehingga munculnya fitnah-fitnah tersebut. Maafkanlah wanita yang pelupa ini. Maafkanlah…

Tujuan Anis hanya satu, ingin sekali berkongsi ilmu, ingin sekali menyampaikan walau sepatah kata.. Hanya ini kekuatan yang ada dalam berdakwah, ingin memanfaatkan kekuatan ini, di hujung pena Anis Humaira inginku sampaikan.. Ya ALLAH bantulah AKU… bukan mudah menjadi orang yang ikhlas walaupun dalam menyampaikan sepatah kata..

Sesungguhnya dalam mencari ilmu inilah membawa Anis semakin mengenal SUTERA KASIH RABBI….

Kian lama terpenjara
Mencari makna cinta
Dalam ungkap kata bersulam dusta

Bila gerbang rahmat terbuka
Menjelma cinta suci
Sehalus dan selembut sutera kasih

Terbentanglah tersingkap kebenaran
Terlerailah terbenam kepalsuan
Tuhan pada-Mu ada kedamaian

Diribaan-Mu kebahagiaan
Tiada lagi rasa kesangsian di hati
Cinta Mu cinta tulus suci murni
Kasih-Mu nan abadi

Bertautlah bercambahlah cinta
Mengharum dalam jiwa
Menemukan kerinduan syahdu
Pada yang Maha Esa

Sutera kasih membelai
Membalut kelukaan itu
Sutera kasih melambai
Mengisi kekosongan pengharapan

Rela pasrahkan kehidupan
Mengharungi cabaran
Rintangan perjalanan di hadapan

Doa dan titis air mata
Mendamba sutera kasih
Agar terus bersemi selamanya



Kalam Hati Anis Humaira,

22 November 2010

9.18 p.m

Baiti Jannati.


No comments: