Monday, November 15, 2010

Sebenarnya macam ni..





(entry ni tak penting, dinasihatkan jangan baca..^-^.. betul.. tak tipu!!)

Bismillahirrahmanirrahim…



Ini mungkin catatan terakhir anis untuk semester ini (di bilik M326).


Ya Allah, seharusnya anis merasa lega selepas paper terakhir petang tadi..



Paper yang seharusnya dihabiskan dalam masa 2 jam setengah, namun dalam masa sejam Anis sudah menyiapkannya.. segera bangkit dari bangku beRangka giliran 81 membuatkan sahabat-sahabat lain memandang sedikit pelik. ..mana tidaknya soalan bahasa arab tadi sangat sangat susah..tapi anislah orang yang terawal bangun keluar..



(muka tak gembira..sedikit pucat)..








comelkan kucing ni..kiut..kiut.. (cute)..








Di sini Anis mahu lakarkan sebuah hakikat RAHSIA nak bagaimana mahu menjawab KERTAS BAHASA ARAB dengan cepat..



Seusai arahan membenarkan anis menjawab soalan, anis mula menjawab tepat jam 2.30 petang, soalan objektif dapat dijawab jawab dengan tenang… ALHAMDULILLAH..

Kemudian, mula beralih pada soalan struktur, ketika itu anis mula perasan..hati sudah tak tenang…tangan ini mula terketar..berdenyut-denyut urat kepala…

Rupa-rupanya MR.M (migraine) nak datang teman… sampai ke soalan esei, pen dah tak mampu nak digenggam..badan dah panas, tangan sejuk terketar-ketar menulis perkataan demi perkataan, sakit menyeri kepala, dipicit-picit agar hilang..tapi tetap tak mahu hilang… masih kuatkan semangat… otak dah tak boleh fikir sangat-sangat dah… loya-loya dah datang dan memang dah rasa bahawa anis takkan dapat tahan lama..cepat-cepat anis siapkan soalan esei, …check balik soalan objektif.. ya allah, betapa sukarnya mahu membulatkan jawapan, ketika itu genggaman pen dah tak kuat, namun, masih kuatkan kudrat sambil menahan sakit….dalam dewan tu sambil menahan sakit..anis dah mula sebak… air mata semampunya tak mahu dibiarkan menitis…dah tak mampu nak buat yang terbaik…

maafkan anis, ustaz…”



Anis Segera mengemas alat tulis, bangkit dan terus keluar tanpa mengangkat muka…. Ya ALLAH.. Anis tahu macam mana teruknya muka time tu.. terus berkejar ke bilik dan ke bilik air.. dan m###h…

Sedikit sedih dan terkilan, seumpamanya sejarah berulang lagi..


teringat ketika mengambil SPM, ketika itu, anis sangat-sangat gembira menantikan kertas BAHASA ARAB TINGGI.. subjek yang paling diminati..



Namun, perkara yang sama berlaku.. .. awalnya sihat..tiba-tiba dalam dewan, MR.M datang.. time tu sakitnya sangat-sangat menyeri.. urat mata dah sakit, hanya mampu menjawab dan menyiapkan sepantas mungkin..siapkan, terus keluar tanpa check balik jawpan.., iye, semahunya mahu membuat yang terbaik, namun apakah daya, terus berlari ke bilik air, m####h dan terlantar di bilik gerakan BADATI.. namun semuanya dengan takdir ALLAH, benar, ALLAH hanya mahu menguji sekejap sahaja, setelah itu ALLAH kurniakan hadiah yang lebih baik…, alhamdulillah dengan A1..



“Sesungguhnya MR.M, awak tersangat-sangat baik, sudi temankan saya saat-saat terakhir ini… saya sangat-sangat menghargai kehadiran awak..semoga inilah tarbiyah yang terbaik untuk mengajar saya erti sabar”



Benar………

"ALLAH beri ujian biarlah DIA memujuk dengan cara dan kehendak NYA."



Teringat, saat sekolah dulu, hampir setiap hari MR.M datang, mungkin kerana terlalu panas, anis sendiri berjalan ke tengah Bandar ke stesen bas dibaham bahang mentari, menanti bas dalam keadaan yang penat, kemudian bersesak-sesak dalam bas, berdiri lagi.. mana tidaknya memungkinkan peratusan kehadiran MR.M..

Paling sedih, tatkala sedang bergembira sama ada sedang belajar, musafir , membeli-belah dan ke mana-mana sahaja..dalam diam, MR.M sentiasa mengekoriku..huhu.. nakal juga MR.M ni..

Tidak hairan jugalah jika disebabkan kekerapan yang tinggi ini menyebabkan terkadang pernah terpaksa skip kuliah, liqa’, meeting dan sebagainya.. (semoga masih ada yang mengerti)..

Kisah ni hanya sekadar perkongsian dan satu fakta bahawa ANIS KELUAR AWAL TADI BUKAN SEBAB ANIS PANDAI BAHASA ARAB TAPI SEBAB MR.M minta temankan… ( a.k.a tak sihat… ^-^)



Hmmm, anis harap segalanya baik-baik sahaja.. hmmm ada sedikit rasa takut… B.A o0o B.A…

ALLAHU AKBAR..UJIAN LAST PAPER (KENANGAN PAHIT MENGHANTUI LAGI) T_T

Tadi sedang menggunakan laman social, tergelak dengan dialog seorang teman:

Cikgu Zihan ya ALLAH, pttla..anis dah stage bpe migrain ni? d0ktr ad kasi ubt x? dapatkan rawatan?

Numi Anis ‎>>jihan : ^-^..wallahu a'lam.. (wat muka comel)

Cikgu Zihan: anis dapatkan rawatan la, jgn biar, 6t makin teruk..jhn p0n sama dulu, sampai kena demam panas..tapi alhamdulillah, bila dah lama, makan ubat selalu, sekarang dah reda dah..cuma makanlah kena pantang sikit..kena cari penawar..

Numi Anis takutnya...cikgu zihan da marah kite..hehe..

Cikgu Zihan tak marah, cuma bimbang, tandanya sayang..jhn thu betapa sakit lau migrain 2 mnyerang, sbb 2 kalau b0leh elak dari brterusan..jhn dah prnah tgk 0rg sakit migrain stage yg truk..jadi jangan pandang ringan..anis cuba la ikhtiar, lau xnak rawatan m0den, ambil yg alternatif..kaedah syifa' ke..

Fida Nice aah anis,, kwn sy pnah mgrain truk smpai nmpak bji mata putih,,n hantuk2 kpala kt dinding...=( (dialog ni paling kejam)



anis jgn biar je taw..ikut nsht jhn tu...=) nti sy pn leh dodoikan anis slalu...hehe (part ni paling best..hehe janji kak fida..nk tuntut nnti ni kih3)

Cikgu Zihan:: ‎2 la fida..mmg bahaye..k.anis, dgr ckp k.fida 0k? ish..huhuhu

Numi Anis:: hehe



MUTIARA BUAT ANIS HUMAIRA:

Terokalah hikmah yang tersirat. Hikmah tersirat itu bukan lah di mana-mana, tetapi dalam hati, dalam hati yang mengingati Ilahi.

Sekian..maaf, banyak merepek malam ni..huhu

DIARI ANIS HUMAIRA,

M326

2.26 A.M

16 NOVEMBER 2010


No comments: