Tuesday, November 23, 2010

agar cantik di mata, indah di hati




Bismillahirrahmanirrahim..

Pena Anis Humaira masih cuba mencatit sesuatu. Masih sentiasa berlegar tentang sebuah kehidupan. Apa yang sentiasa terfikir, setiap manusia mempunyai jalan cerita hidup masing-masing. Allah s.w.t menciptakan kejadian alam dengan pelbagai kesan dan natijah yang berbeza-beza, baik lelaki ataupun insan bernama wanita. Bercakap soal wanita, wanita sering disifatkan sebagai seorang yang mempunyai naluri yang halus dan amat teliti. Tapi, kadang-kala disebabkan sifat teliti inilah, kadang-kala wanita terlalu berprasangka dan terlalu berfikir hingga otak menjadi tepu, stress dan kadangkala, tiada pengakhiran hanya berfikir tentang sesuatu tanpa hala tuju. Bagi Anis sendiri, sifat teliti yang ada harus disyukuri dengan memanfaatkan dengan berfikir dengan bijak, pintar dalam mentafsir apa jua kemahuan, serta tahu membezakan antara keperluan dan kehendak.



Perkara biasa yang terjadi pada insan bergelar wanita, sering tewas dengan nafsu, terlalu mengikut kehendak dari keperluan. Sebenarnya apa yang dikatakan sebagai kehendak dan apa pula yang dikatakan dengan keperluan? Ada beza ke? Huhu



Meh sini, Cik Anis terangkan…



Berdasarkan apa yang Anis faham dan belajar melalui subjek Perdagangan time muda-muda dulu (sekarang pun masih muda hehe), keperluan merupakan perkara yang mesti dipenuhi untuk kita terus hidup, lebih kepada keperluan asas seperti pakaian, tempat tinggal, makanan dan sebagainya. Tapi, bila bercakap soal kehendak ia lebih tertumpu sebagai pelengkap hidup manusia dan yang pasti sentiasa berubah-ubah dan TIADA HAD!!. Iye, lebih kepada memuaskan kehendak nafsu, padahal sekiranya tidak dipenuhi, manusia itu masih boleh meneruskan hidup. Contoh yang mudah, rumah adalah keperluan, tetapi kehendak untuk memiliki sebuah rumah mewah dan gah seperti ISTANA adalah suatu kehendak.



Jurang perbezaan antara dua perkara ini menuntut kita sentiasa dan sentiasa untuk lebih KRITIKAL dalam memahami kehendak hati agar tidak terpedaya oleh tipu daya syaitan. Apatah lagi bagi wanita yang berazam seboleh-bolehnya mahu doa menjadi teman hidup, semakin kuatlah syaitan dan bala tenteranya berusaha untuk menyesatkan kita.



Firman ALLAH dalam surah Shaad ayat 82-83:

Iblis menjawab: "Demi kekuasaan Engkau Aku akan menyesatkan mereka semuanya, Kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis di antara mereka.

Apa yang dimaksud dengan mukhlis dalam ayat ini ialah orang-orang yang Telah diberi taufiq untuk mentaati segala petunjuk dan perintah Allah s.w.t.


INGAT, INGAT DAN TERUSLAH INGAT



tidak ada perkara yang kita lakukan akan terlepas daripada pandangan RABB. Dari soal makan minum juga bukanlah perkara biasa kerana akan lahirlah darah daging yang bakal kita bawa sepanjang hayat. Jika busuk dagingnya, maka cacatlah riwayatnya.



Kadang-kala, arus kemodenan dan jahiliah pada masa kini menyebabkan kegilaan untuk menampilakn sesuatu mengikut trend, sehingga mampu menjerumuskan wanita ke lembah kehinaan. Fenomena keruntuhan AKHLAK dan benteng AURAT WANITA ISLAM semakin hari semakin meruncing. Tidak kira di mana-mana, itu yang kadang-kala menyedihkan Anis sendiri. Memang tidak dinafikan wanita itu dilahirkan dengan KECANTIKAN masing-masing, HAKIKAT TANPA SEDAR DAN SERING LUPA BAHAWA MUNGKIN ANUGERAH ITULAH YANG sering menjadi SATU FITNAH BUAT MEREKA.



Anis masih ingat lagi, sebuah kisah benar tentang HAKIKAT BERTUDUNG yang benar-benar menyentuh hati Anis dan sesiapa sahaja. Anis pernah kongsikan sebelum ini. Kata-kata seorang wanita yang benar-benar MEMAHAMI HAKIKAT AURAT DAN TUDUNG sehingga MENYERLAHKAN KECANTIKAN dan KEJELITAAN SEJATI yang tidak kelihatan pada KECANTIKAN PALSU yang ada pada wanita yang tidak memahami HIKMAH MENUTUP AURAT. Subhanallah.



Annisa : aku hairan,wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari. “mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik”



Isteri jiranku
: Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggung jawabkan dihadapan Allah SWT nanti, tudung adalah perlindungan untuk wanita .

Annisa : apakah hakikat tudung ?

Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhrim kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia ..sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu.. tulah hakikat tudung

Subhanallah…Wanita, Agar Dirimu Cantik Dimata Dan Indah Di Hati…. Hayatilah Erti Seorang Wanita



Agar cantik di mata, indah di hati…

Bijaklah membedakan antara keperluan dan kehendak…

Penuhilah kehendak hanya sekadarnya…


Agar cantik di mata, indah di hati…

Ikutilah apa jua yang telah tertulis dan AL-KITAB…

Hai nabi, Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, Karena itu mereka tidak di ganggu. dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.(al-ahzab:53)


Agar cantik di mata, indah di hati…

Sarunglah pakaianmu diiringi dengan sekudus doa…

اللهم اني أسألك من خيره وخير ما هو له. وأعوذبك من شره وشر ما هو له

wahai tuhanku, bahawasanya aku memohon kepadaMU dari kebajikan pakaian ini dan dari kebajikan sesuatu yang pakaian ini dibuat untuknya. Dan aku berlindung dengan engkau dari kejahatan sesuatu yang pakaian ini dibuat untuknya.”



Agar cantik di mata, indah di hati…

Janganlah..

Kita bangga dengan kecantikan yang dimiliki,

kita selesa bila pakaian kita indah daripada yang lain,

kita ‘ujub bila Berjaya daripada yang lain,

kita teruja bila kita lebih daripada yang lain,

sedang kita lupa…

mungkin kecantikan itu tiada pada yang lain,

tetapi hanya UJIAN DAN PINJAMAN ALLAH,

mungkin pakaian itu tiada untuk yang lain,

tetapi hanya UJIAN DAN PINJAMAN ALLAH,

mungkin KEJAYAAN itu tiada untuk yang lain,

tetapi hanya UJIAN DAN PINJAMAN ALLAH,

mungkin apa jua yang lebih itu tiada pada yang lain,

tetapi hanya UJIAN DAN PINJAMAN ALLAH..

TIDAK SALAH UNTUK MENIMATI, NAMUN JANGAN SAMPAI BUTA HATI..



Dihujung pena Anis Humaira,

24 November 2010,

1.05 p.m

Fi Baiti Sakinah.



7 comments:

anis said...

salam... alhamdulillah,, Allah telah temukan saya dgn blog akak.. sy suka baca coretan akak,, hingga ia menemukan ketenangan di hati sy.. Subhanallah.. =)

Mat Ganu said...

nice...tQ

aNis hUmaiRa said...

>>anis: nama kite sama lah..hehe.. alhmdllh, kak anis sekadar mcoret ilmu y ada..moga2 sama2 dpt pbaiki diri ye..

>> mat ganu: u r welcome ^-^

penGemiS rEDHA Ilahi....~ said...

salam ya ukht..
mnta izin copy bhgn hakikat bertudung tu ea..
syukran..=)

Ayu Safieza @ Humaira' said...

Assalamualaikumwbh ya ukhti, mohn berkongsi ilmu ini....:)

aNis hUmaiRa said...

>> pengemis cinta Ilahi
silakan my dear

aNis hUmaiRa said...

>> ayu
silakan ukht..