Monday, November 8, 2010

siapa kata tak rindu???




Bismillahirrahmanirrahim..


Siapa kata tak rindu?...

Sejak beberapa hari ni, ramai sahabat menyatakan rindu, kebanyakannya merasa rindu tatkala ujian menyapa, tatkala kita berkongsi rasa….tak kurang tatkala kaki mula melangkah ke alam rumahtangga..



rindu bi’ah maahad dulu…..”



“rindu pada kenangan dulu nis…”



“begitu merindui ukhuwah kita yang sangat indah …”



“nis…….rindu nis…….”



Satu persatu luahan rindu yang menerpa

Ya ALLAH………

Buat sahabat-sahabat yang dikasihi kerana ALLAH,

Siapa kata kak nis tak rindu?

Entah-entah kak nis yang paling merindu kalian……

Rindu sentiasa ada dilubuk hati… hanya mampu melayarkan kembali pada sebuah memori yang pasti membuatkan bibir mengukir senyum… tak kurang sebak mengingatkan saat di uji…

Yang pasti….

Lembaran-lembaran gambar dan aktiviti bersama-sama adik-adik dan sahabat-sahabat menjadi tatapan saya dikala bila rasa rindu menggamit.






kenangan jamuan akhir BE & Exco BADATI 07'
tempat: Bilik Gerakan sementara BADATI


kenangan selepas meeting
tempat: Bilik Dhobitah


Apatah lagi disaat disibukkan dengan tugasan yang sedia ada, mesej-mesej sahabat-sahabat, adik-adik yang berupa untaian ingatan kembali mengingatkan kak nis pada rakaman episod lalu. Namun kini, sudah pastinya setiap langkah dan jalan yang dilalui telah berbeda. Ujiannya juga tidak sama.

Mungkin inilah kesan tarbiyah ukhwah yang diterap sedari di alam sekolah mula memberi impak maksima dan ianya memberi sumber kekuatan disaat diri keseorangan. Sungguh, kak nis rindukan nasihat-nasihat, teguran-teguran kalian.

Kak nis masih ingat saat kaki melangkah ke daerah yang baru ini… kak nis keseorangan… tak seperti kalian yang ada sahabat kita di sisi seiring sejalan ke daerah yang baru.. namun berbekalkan semangat yang masih ada… di sini kak nis temui lebih besar erti PERJUANGAN ISLAM.. iye… daie mesti berjiwa besar.. tidak seharusnya berjiwa kecil

Minggu ni dan minggu lalu antara paling bermakna….. akhirnya rahsia terbongkar jua.. bukan kak nis tak mahu berbicara, kak nis juga setia menanti saat yang paling sesuai, menanti bila sahabat kak nis ini mahu berterus-terang dengan diri ni….

Saat itu, terasa mahu dipeluk-peluk…

kak nis….wahida dah lama tunggu kak nis..sejak sekolah lagi… kita adik beradik selamanya ye!...”

“kak nis… kenapa tak bagitau….huhu….gembiranya……”

“kak yang takkan tak boleh bace kak nis… kak nis je duk tunggu bilalah kak yang nak “melamar” kak nis..dahlah kak nis ni pemalu hehe (^-^”)…….

Iye..cepat atau lambat langkah kita tetap sama akhirnya…jalan dan cara kita mencari berbeza… namun kita tetap bersatu pada akhirnya…

Sahabat….

Setiap putaran waktu yang berlari setiap hari sentiasa membawa ingatan kepada sahabat-sahabat. Allahurrabi. Kuat penangan yang kalian berikan pada kak nis dahulu, sehingga kini menyebabkan kak nis sentiasa berdoa untuk bersama sahabat-sahabat. Doa rabithah yang pernah dihafal ketika tamrin dahulu bukan lagi sekadar hafalan, namun ia benar-benar meresap ke dalam jiwa dan peneman setia…

Sahabat..kak nis tahu ada yang sedang diuji…

Kak nis dapat rasakan apa yang kalian rasakan. Jangan sesekali sedih sahabat, kerana sunnah orang berjuang, tiada yang mudah, dan tiada hamparan permaidani merah. Sedikit ujian yang datang, tandanya ALLAH sayang pada kita. Carilah hikmah disebalik percaturan yang ditetapkan.

Sahabat… jalan kita tak seperti dahulu…

Cabaran kita berbeda, jika dahulu setiap kali perit melanda, ada sahabat yang begitu memahami… pasti sukar mencari pengganti bukan? Kak nis tak dapat berada di sisi selalu.. tak dapat lagi meminjamkan bahu..tapi kak nis sentiasa ada di sisi walaupun tanpa jasad yang hadir.. kak nis masih sudi mendengar apa jua yang dapat dikongsi…mudah-mudah ikatan hati makin terikat rapi…

Sahabat, kelihatannya…

Pendek sahaja bingkisan buat kalian, moga-moga ianya mampu mengubat rindu untuk menguatkan langkah yang masih panjang.

Kak nis doakan moga kalian terus dan terus maju, jangan diundur walau setapak. Pujuklah diri, dan mengadulah pada yang ESA, nescaya kalian temui ketenangan. Ameen.

Nah!

Kak nis hadiahkan lagu bingkisan rindu buat semua…

Siapa kate tak rindu???

Pasti semua jawab rindu kan….



Bingkisan Rindu

Antara kita tiada rahsia
SUSAH DAN SENANG TETAP BERSAMA
Terpatri namamu
Kau takkan kulupa

Sudah bertahun lama
Kita tidak lagi bersua
Hanya tinggal kenangan
Yang tak mungkin kita lupa


KIRIMKAN KHABAR SELALU
SEIRINGAN HEMBUSAN BAYU
SEKADAR PENGUBAT RASA RINDU DIKALBU

Pantas masa berlalu
Meninggalkan kita semua
Tanpa disedari bertambahlah usia kita
Potret lama masih kusimpan
Kubingkaikan kenangan
Hingga terkadangku
Tersenyum sendirian

OH PERJALANAN KITA MASIH JAUH
JALANAN BERLIKU AKAN KITA TEMPUH
IMBASLAH KENANGAN SEMALAM JADI AZIMAT
PENGUAT SEMANGAT MENEMPUH MASA HADAPAN
Harapanku kau kan bahagia selalu

Padaku engkau penghibur duka
Pengubat hati resah kecewa
Dikala malamku kau bawa cahaya
Antara kita tiada rahsia
Susah dan senang tetap bersama
Terpatri namamu
Kau takkan kulupa

Perjalanan kita masih jauh
Jalanan berliku akan kita tempuh
Imbaslah kenangan semalam jadi azimat
Penguat semangat menempuh masa hadapan
Harapan ku kau kan bahagia selalu

SEMATKANLAH BINGKISAN RINDU DIKALBU

Dihujung pena Anis Humaira

9 november 2010 12.30 malam.. terhenti blackout..

Disambung pada 9.00 pagi..

Fi M326..

4 comments:

ahsfantasy24 said...

nis,
i miss u too!!
hehe..
^^,

aNis hUmaiRa said...

hehe...thanks kak..^-^..

Albino said...

masyaAllah...hebatnya ukhwah yg terbina antara kalian..

ruhuljadeed said...

salam ziarah
k.anis rindunya ::::
huhuhu
menggamit memori~~