Monday, November 22, 2010

Jangan berebut!



Bismillahirrahmanirrahim..

Sebelum pulang dari kampus tempohari, sempat mengutip buku-buku yang telah dibeli dan dikumpulkan untuk di bawa pulang, di rumah ramai yang menanti. Mak Anis suka membaca, tak kurang adik-adik. Sampai je di rumah, adik-adik terus menyelongkar beg tersebut, berebut-berebut mahu memilih buku.


“cop! Adik nOk hok ni!”

“asyraf dulu nak yang ni….”..


“jangan berebut!”


Hmm berebut-berebut! Huhu..


Kalau duk layan gelagat budak-budak sampai esok pun tak habis.. ^-^


Okey, habis kisah budak-budak, sekarang nak kongsikan sedikit buku yang sedang diusahakan untuk menghabiskannya… mungkin dah ada sahabat-sahabat dah khatam membacanya.. alhamdulillah








Tajuk: Tokoh-Tokoh Besar Gerakan Islam Dalam Sejarah - Kisah-Kisah Inspiratif Para Pemimpin Gerakan Islam Sedunia
Penulis: Saari Sungip
Terbitan: Rijal Media
Harga: RM21.90 (nak lebih murah, jom sama2 beli di Jaafar Rawas)


Buku yang menarik, bahasa yang digunakan mudah dan cara penyampaian agak ringan. Buku ni lebih untuk membawa pembaca untuk mendekati dan mengenali sejarah Islam bererti kita belajar dari kegemilangan Islam masa lalu melalui sama-sama menelusuri kisah hidup para sejarawan Islam seperti Fadzil Noor, Dr Yusuf Al-Qardawi, Hassan Al-Banna, Ayatollah Khomeini, dan Teungku Hasan Krueng Kali yang kini sudah menjadi barisan lagenda yang dikenang sepanjang hayat..



Mereka adalah orang-orang yang berjiwa besar mempertahankan kesyumulan Islam. Kehadiran buku ini bertamu di minda anda untuk mengimbau semula tokoh sejarah Islam yang semakin dilupakan. Mungkin tanpa mereka, tiadalah titik awal perjuangan Islam. Tanpa mereka juga tiadalah penyambung pada perjuangan Nabi Muhammad S.A.W.



Yang pasti!




Buku yang sarat dengan fakta ini menjadi bahan bacaan wajib bagi mereka yang cinta pada Islam dan ingin mengenali tokoh-tokoh yang berjuang di sebalik kejayaan Islam. Ada beberapa sebab mengapa anda harus memilih buku bertajuk Tokoh-Tokoh Besar Gerakan Islam dalam Sejarah:


1. Mengenali dengan lebih mendalam pejuang-pejuang Islam yang kental dan berhati waja di negara seperti Malaysia, Mesir dan Indonesia.


2. Mengambil segala inti pati perjuangan mereka lalu serapkan di nurani kita betapa besar jasa dan perjuangan mereka mempertahankan Islam


3. Kisah susur galur dengan tertubuhnya gerakan Islam seperti PAS, HAMAS, HISBULLAH dan IKHWANUL MUSLIMIN


4. Mengetuk dinding hati kita agar ingin berjihad di jalan Allah seperti yang mereka lakukan.




Anis Humaira: masih dalam proses menghabiskan buku yang terkandas sekejap time exam hari tu.. ^-^



Koleksi Buku Anis Humaira,

22 November 2010

10.09 p.m

Baiti Jannati.


No comments: